Assalamualaikum & Salam sejahtera. Andai kata perkongsian ini sudi disiarkan, terima kasih admin IIUMC.
Minggu-minggu hangat dengan topik Pasca-SPM. Yang cemerlang, tahniah. Yang biasa-biasa tu jangan sedih. Jangan pernah rasa kurang berjaya, tidak berjaya apatah lagi sampai rasa gagal dalam hidup gara-gara keputusan SPM. Adik-adik, orang yang hebat adalah orang yang selepas jatuhnya dia bangkit semula. Itu definisi berjaya yang sebenar.
Kak Cheeq ni cakap macam bajet bagus je kan? Orang dalam balapan yang menjadi juara, itulah pencapaian terbesar dia. Orang dalam balapan juga yang tersungkur teruk tetapi masih boleh bangun meneruskan langkah sampai penamat, walaupun bukan yang pertama, tapi itulah pencapaian terbesar dia.
Kak Cheeq pun bukanlah cemerlang SPM. Sejak zaman Kak Cheeq mula masuk sekolah menengah, satu benda yang Kak Cheeq tak pernah suarakan. Bimbang orang kata, sebab kau tak pandai, jadi kau cipta teori-teori untuk menyedapkan hati kau sendiri. Teori apa tu? Teori Kak Cheeq ialah Peperiksaan meletakkan label seseorang individu nampak pandai atau bodoh.
Bila kau dapat 6A ke atas, dikira pandai. 4A dan 5A tu biasa-biasa. Bila takde A tu, maaf cakap, langsung kena label bodoh ataupun kau dah rasa diri kau bodoh betul.
Bagi kak Cheeq sistem pendidikan ni lagi efektif kalau dapat ditumpukan terus pada minat dan kemampuan individu tu. Macam kak Cheeq, kak Cheeq sedar kebolehan kak Cheeq pada bahasa. Cepat serap cuma bila belajar bahasa ni memang kena banyak latihan dan ada orang untuk berlawan cakap atau diajak berbual, itu kekangan buat masa sekarang. So kak Cheeq hanyalah amatur yang tahu basic Mandarin, French dan Thai.
Ok, next topic.
Kak Cheeq tak nak beri harapan palsu dekat korang yang kalau korang ‘bernasib baik’ korang akan dengar dari mulut-mulut orang yang cuba untuk sedapkan hati korang dengan mengatakan pelajar yang dapat 9A / 10A masa SPM yang itulah yang ramai tersungkur dekat universiti. Dengan harapan korang akan rasa tenang dan tambah bersemangat? Abaikan kalau pernah dengar.
Yang penting, cara korang nak bangkit balik tu. Itu yang penting. Kak Cheeq ni SPM biasa-biasa je. Sebab impian Kak Cheeq masa SPM terlalu demand, kos diploma yang Kak Cheeq pilih semua tak mengena so Kak Cheeq sambung ke Tingkatan 6 and still result biasa-biasa je. Sampai sekarang dekat universiti pun, Kak Cheeq still student yang biasa-biasa. Kak Cheeq sentiasa cuba untuk tidak berada di bawah CGPA 3.0 je, dik.
Apa-apa pun, cari dulu alternatif yang mengupayakan adik-adik sambung belajar. Siapa yang datang dari keluarga berada tu, bolehlah ke private college kalau result biasa-biasa. Tapi macam Kak Cheeq yang orang ada-ada ni, nak save budget masuklah Tingkatan 6. Eh zaman kak Cheeq dah panggil pra-Universiti. Upgrade sikit. Carilah semangat dekat perkataan pra-Universiti tu, dik untuk melayakkan diri ke alam universiti.
Dekat universiti, tak ada orang yang kisah keputusan SPM/STPM berapa. Bawa diri baik-baik, jangan sampai tangguh pengajian. Itu antara yang kak Cheeq dapat pesan. 5% daripada kawan kau yang akan bersimpati dengan nasib kau kalau tangguh pengajian. 75% menjadikan kau bualan hangat dan bahan gelak diaorang dan 25% be like lantaklah bukan hal aku. Unless beberapa sebab lah macam contoh kau ada sakit ke kau tangguh pengajian sebab pregnant ke (bagi yang dah berkahwin yee).
Lepastu, hidup dalam kampus ni, mohon sedar diri sikit. Kalau hidup pun guna PTPTN macam kak Cheeq, tolong jangan berangan nak pakai iphone. Lagi sadis bila kau beli iphone guna duit PT kau lepastu ikat perut sebab tak nak menyusahkan mak ayah korang dekat kampung halaman. Itu masih okey lagi. Bagus juga kalau kau terfikir pasal mak ayah. Jangan jadi golongan lagi satu ni, yang beli iphone, lepastu minta duit mak ayah lagi dekat kampung. Bukan tertakluk pada iphone jelah, termasuk enjoy dengan kawan-kawan.
Kak Cheeq orang kampung ke? Taklah… Kak Cheeq orang bandar. Macam kak Chreq cakaplah orang ada-ada je sebab kak Cheeq ni anak sorang je. Kalau adik beradik ramai, pendapatan mak ayah kak Cheeq boleh jadi kami golongan miskin bandar juga. Apa kau fikir duduk rumah batu tu semua orang senang? Harga rumah dulu dengan sekarang kan lain. Jadi, disebabkan title orang “ada-ada”, mak ayah kak Cheeq selalu pesan, kita bukan orang senang. Walaupun tiap-tiap ayah kak Cheeq masukkan duit juga. Kalau korang bukan pemakan, duit PT tu cukup sangat. Kak Cheeq ni pemakan orangnya.
Kak Cheeq ni boleh dikatakan orang yang senang terpengaruh tapi kak Cheeq bersyukur sangat masih diberikan belas ikhsan dalam hati supaya tidak terlalu membebankan mak ayah. Jangan jadi makhluk yang mengupdate status kau homesick nak balik rumah bagai, rindu mak ayah konon tapi kat universiti kau lupa diri. Nak nampak mewah, cakap besar, assignment tak buat, buat kerja semua copy, cut and paste. Benda macam tu yang memarakkan api amarah kak Cheeq.
Kalau kau sedar diri kau siapa, dik.. Kau akan terpelihara. Tapi kalau kau ikutkan nafsu, nak berkawan dengan budak hot kampus, nak nampak cantik, nak nampak kaya supaya diterima… kau memang akan terima kejutan budaya yang dahsyat.
Bila dah masuk universiti, betulkan niat, tanam tekad. Tak perlu pun kau janji dengan mak ayah kau, kalau kau masuk universiti, kau akan belajar betul-betul. Buktikan untuk mereka. Majoriti mak ayah nak tengok anak mereka keluar sebagai graduan bukan keluar sebab kena tendang dari universiti lepas habiskan duit mereka.
Rasanya dah habis dah. Harap apa yang kak Cheeq cuba sampaikan dapat difahami sampai ke kalbu. Huhu. Tak mampu jadi inspirasi pun tapi harap-harap ada pengajaran dan panduan untuk adik-adik. Semua yang gelar adik, kenal tak kenal semua kak Cheeq sayang. Apa-apa pun, buat adik-adik pasca SPM, STPM, STAM dan yang sewaktu dengannya Kak Cheeq ucap selamat maju jaya!!!
– Kak Cheeq
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit