Kak Cik

Assalamualaikum. Aku tulis cerita ni berdasarkan memori aku menjadi kakak. Aku ada sembilan adik beradik. Tujuh lelaki tiga perempuan. Aku anak yang ke tujuh. Ada dua adik lagi bawah aku. Sepasang, seorang laki seoarng perempuan. Tapi aku Cuma nak luah perasaan untuk adik perempuan aku, kami sekeluarga panggil kakcik.

Pernah dengar mak cakap, abah berenti merokok masa mak mengandung kakcik. Kakcik cantik, muka macam anak cina. Putih cina. Mata sepet. semua perhatian oaring terdekat tumpu dekat dia, sebab dia bukan cantik je, dia pakej pandai, dengar cakap dan baik la. siapa yang kenal dia, susah nak benci dia, sebab dia memang boleh masuk dengan semua. Dulu masa sekolah rendah, cikgu selalu banding aku dengan dia.dia yang pendiam, dia yang baik dengan aku yang banyak cakap dan lasak. Rimas aku, tapi tu sebab aku asyik melekat dengan dia masa sekolah rendah, sebab aku taka da kawan. Dalam kelas dari darjah tiga sampai darjah enam, aku selalu dapat nombor dua puluh ke atas. Tapi, kakcik sentiasa dapat nombor satu.

Masa kelas kafa, ujian upkk, aku tak inggat keputusan aku, tapi tak ada markah tinggi. Tapi kakcik ujian upkk semua A. sebab jarak kami umur kami dua tahun je, aku darjah 3 . dia darjah satu. Aku darjah enam, dia darjah empat. Jadi kami sempat rehat sama sama. Sebab darjah satu sampai tiga, tahap satu jadi rehat awal sikit. Darjah empat sampai darjah enam, tahap dua, rehat lewat sikit berbanding tahap satu. Masa rehat, aku akan cop tempat makan, sebab kelas aku dekat denggan kantin. Aku tunggu dia sampai dia dating baru aku beli makanan. Kawan dia,Ainul pernah cakap “macam mana la nanti kak hang dah tak sekolah sini Rabiatul, sapa nak cop tempat rehat kita?”. Dia rimas sebab aku asyik ikut dia,semua kawan dia kenal aku. Pagi pagi, aku hantar dia pergi kelas dulu, lepas tu sembang bunyi loceng baru masuk kelas aku, tu pun kalau taka da kerja sekolah yang aku tak siap. Haha. Pemalas nya aku dulu.

Kakcik dari kecil, boleh namapk dia sorang yang rajin. Dia kan kalau tidur lewat, lepas subur, dia takkan tidur balik. Jauh sangat perangai dengan aku ni.lepas tu, dulu kami masa kecik kecik, lepas kemas rumah semua, akan duduk di meja dapur, belajar sampai waktu makan tengahari. Dulu, kalau aku bangun lewat, mesti rasa berdosa sangat dah sebab adik adik aku dekat meja tengah belajar. Tu yang belajar tak pandai tu, lepas subuh tidur.

Lepas upsr, aku yang dapat 1A4B masuk sekolah menengah biasa je dekat pekan. Masa minggu pendaftaran tu punya la aku ni tak ambil berat pasal sekolah, slip tu tak photostet , ic pun sama. Jadi aku dok kelas belakang. Haha sebab cikgu daftar tu geram dengan perangai sambil lewa aku. UPSR kakcik dapat 5A, dia interview dekat Terenganu, tapi tak dapat, diaorang bagi MRSM yang dekat denggan rumah. Tiap minggu ada orang melawat dia. Selalu aku ikut mak , melawat dia. Kakcik pernah cakap dekat aku, dia stress, sebab semua bagi harapan tinggi dekat dia. Bila dia dah sekali dapat nombor satu, orang lain harap dia akan sentiasa dapat nombor satu. Pernah sekali kakcik gaduh denggan mak, dia cerita kat aku, tapi aku lupa sebab apa, dia kelar tanggan dia, dia menagis dekat aku.

Masa tu, aku dengar apa dia cerita.sambil cakap janggan buat macam ni dah. Mungkin sebab umur kami tak banyak beza, aku dengan dia selalu kongsi cerita. Kalau dulu, aku kenal semua kawan dia, sebab kami satu sekolah, masa dia cerita tu dia akan bagi bayangan sapa kawan yang dia cerita tu. Masa mula mula masuk asrama, sapa yang satu bilik dia, siapa yang satu dorm, satu aras, sapa crush dia. Semua dia cerita.dulu walaupun aku selalu cemburu dengan dia, yelah, dah cantik, pandai, baik semua orang yang kenal dia, semua sayang dia. Kalau aku bergaduh dengan selalu aku cakap, kakcik tu anak kesayangan mak.

Lps spm, kami kerja part time dekat damansara utama, sebab pmr time tu habis awal, dan dia pun cuti lagi awal pada aku, dia kerja dulu. Lepas habis spm , aku pun ikut dia kerja. Tapi tak lama pun dalam sebulan macam tu. Aku balik kampong, pergi PLKN semua. Lps tu form six, tapi tak habis belajar. Aku lari pergi KL, cari kerja kat sini. Masa MRSM PDRM, dia lawan rugby, tapi rugby dengan lawan lari. Dia cukup suka lawan lari, sebab selalu dapat nombor satu. Kalau sekarang aku tengok balik dekat rumah, pinggat dia kalau kumpul, kami adik beradik lain masih tak boleh lawan, ada je pinggat dia. Dari yang jenis lembut, sampai yang betul besi tu.

Kakcik seorang yang tangan seni. Kalau kertas kosong, dia boleh ubah jadikan kad yang cantik, tak pun, dia gunting gunting, gam, lps tu, jadilah benda kretif yang unik. Kerja dia kemas, teratur ja.. dulu masa bulan terakhir persekolahan masa tingkatan tiga, dia buat kad ucapan terima kasih kat setiap cikgu dia tanda ingatan. Cantik sangat, banyak variasi warna, aku tengok dan aku tertarik. Aku ambik kad tu semua, sorokkan. Allahu, jahat betul aku dulu. Dia menagis, sampai mak dating Tanya ambik tak kad kad tu. Aku tak menagaku. Tapi kakcik tau je aku yang ambik.dan benda ni berlalu macam tu saja sampai dia dapat keputusan PMR.

Lps PMR dia apply MRSM Johor, dan Alhamdulillah dapat. Dekat MRSM Johor dia masuk silat pulak. Aktif sangat, bukan lagi budak pendiam macam kat sekolah rendah dulu. Bila dia ambik SPM , walaupun jarang jumpa, dia mesej aku guna messenger facebook. Masa tu dia mengadu, dalam dewan periksa sejuk, jadi mintak aku belikan sweater. Dia memang demand,dulu kalau melawat dia, dia mesti nak biskut yang mahal tu, macam macam lah dia mintak. Mak aku walaupun bebel kata jaga kakcik ni maintainant tinggi, tapi mak aku beli juga. Dia pulak suka stylo stylo, comel comel gitu. Jadi aku masa cari sweater tu, aku cari yang comel, masa aku balik kampong masa pilihan raya haritu, kakcik simpan lagi dan pakai sweater tu lagi, walaupun dah empat tahun. Betapa dia jaga barang orang hadiah dekat dia. Lepas habis MRSM Johor tu, dia masuk Politeknik Ipoh.

Dalam dok belajar tu , Dia kerja parttime, mak marah. Tapi dia still buat sebab mungkin nak pakai banyak duit.. Masa ni, selalu contact dia. Time ni, smartphone dah berkembang maju, ada whatsapp semua. Kadang kadang dia whatsapp pinjam duit, sebab terlebih belanja, lepas tu dia bayar balik. Lepas tu kalau aku sesak, aku mintak kat dia pulak. Mak aku ada tadika sendiri. Dulu dulu, kakak aku jadi cikgu tadika, lepas SPM, aku pulak, tapi lepas aku dating Kuala Lumpur, dia yang paling kecil, dan anak perempuan terakhir, dia cuba take over tadika, pelan pelan dia belajar macam mana nak urus tadika. Dalam dia belajar dekat politeknik tu, dia belajar marketing tadika tu di facebook.

Dalam dua minggu sekali time tu, selalu dating tempat aku, untuk masuk kelas marketing dia. Sebab dekat je denggan aku, jadi dia datang tidur rumah aku la. Lepas spm, dia dah ambil lessen kereta, pergi politeknik, mak pinjam kan dia kancil, buruk buruk kancil tu, berjasa banyak kat dia, sebab kakcik pernah cerita lampu tak berapa nak terang, aircond tak berapa nak sejuk. Habis tu, abah belikan skuter dekat dia, mungkin sebab dia mengadu kut, susah nak handle kancil tu, wallahualam aku pun tak tau. Tapi abah buat syarat dengan dia, nanti bayar balik.lps dia habis politeknik je, terus dia cari duit untuk bayar balik skuter tu kat abah. Betul betul tepati janji.

Bila aku dah kawin, dan mengandung, kakcik lah orang petama tau, selepas laki aku. Dia excited sangat. Dia suruh cerita dekat whatsapp family. Tapi aku segan. Haha, sebab aku tak berapa rapat sangat dengan semua keluarga aku. Tapi still aku bagitau jugak. Masa first aku buat ultrasound dan 3D untuk baby dalam perut, dia pesan, suruh jaga baby baik baik. Dia Tanya nak letak nama apa? Aku cakap, kalau perempuan, nama Fatimah Azzahra, tapi kalau lelaki, aku nak letak nama Muhammad Fatteh. Dia usik aku, cakap, islamik sangat nama bakal anak aku. Masa aku lima bulan dia suruh aku tayang baby bumb yang tak nampk tu, dia merungut kecik sangat. Haha. Masa aku tujuh bulan keatas, baby dah mula tending, aku selalu rakam, nak tunjuk dekat dia. Excited sangat.

Kakcik setiap malam akan call mak minta doa, minta maafkan dia.minta doa makin comel. Haha tapi memang betul pun,sebab aku pernah dengar dia minta mak doakan kecomelan dia. Mak pun melayan. Kalau dia balik kampong, bila waktu lepas solat, dia akan letak kepala atas riba mak. Mak pulak dok acah kepala kakcik berat,sambil tolak kepala kakcik, dok belawan lah diaorang dua, nak letak kepala nak tolak kepala.bukan tolak guna tangan tu, tolak dengan naikkan paha tak bagi kakcik letakkan kepala. Mengkekek la diaorang gelak dalam bilik. Kalau kakcik balik, memang dia akan tidur sebelah mak, abah dah tidur luar, biasa kalau hujung minggu ada siarang bola sepak di tv, lepas tengok bola, abah terus tidur dekat depan. Kakcik pulak jenis yang akan balik sekerap yang boleh untuk tengok bonda tercinta dengan abah yang tersayang

Masa pilihan raya baru baru ni, kami semua balik kampong, kecuali abang aku, sebab dia tentera laut. Masa tu dekat dapur, dia pegang perut besar aku yang lapan bulan. Dia selak lagi, dan pegang perut aku. “ni, first time, kakcik pegang dengan tengok depan mata, masa kalong mengandung, kakcik tak sempat nak rasa.” Malam tu sebab aku nak tunjuk real baby tending dalam perut, aku cari air manis dekat dapur. Jumpa kopi abah. Jadi aku pun minum sampai habis. Lepas dia Nampak baby tending tu, dia belai perut aku, dok bagi arahan diam. Haha. Abah balik masjid, cari kopi yang dia buat sebelum ke masjid dekat dapur. Kebetulan masa tu, kakcik dekat dapur, abah tuduh dia minum kopi abah. Haha, aku diam je dekat meja makan, mengkek gelak.

Dua hari lepas pilihan raya tu,awal subuh tu, aku dengan suami aku dok bersembang dekat dapur dengar mak aku beleter dekat kakcik suh bangun solat subuh. kami dok riuh dalam group whatsapp nak makan satu keluarga. Pakat dok share resipi apa nak masak. Haritu hari jumaat. Aku pagi tu keluar dengan suami aku cari durian. Dok pusing satu pekan cari durian. Dah puas pusing, orang yang jual durian taka da , kami pun balik. Lepas tu aku dengan kaklong dekat rumah tengah dok siap bahan nak masak, mak otw nak balik dari tadika lepas ajar mengaji. Lepas mak sampai tu, kami semua pakat tolong masak. Kakcik pulak balik dari tadika, lepas ajar tuition untuk anak murid dia. Tiba tiba, masa dok riuh kat dapur tu, ada orang dating naik motor, bagitu ada orang eksiden. Dia cakap nama dayah. Ahli keluarga kami mana ada gelaran tu, jadi, kami sangkal la, apa yang org tu sampaikan.

Lepas tu, ada lagi dua tiga orang datang rumah, bagitau benda yang sama. Kakcik tak balik lagi. Keluarga aku yang lelaki baru balik masjid solat Jumaat. Mak dah tak sedap hati. Wahtsapp kakcik, dia tak reply, mak terus nak pergi tengok siapa yang kemalangan tu. Mak keluar naik kereta. Lepas abah dapat tau, abah pun keluar jugak, naik motor. Tinggal kereta laki aku je kat luar rumah. Aku dengan kaklong, dok resah kat rumah. Tiba tiba dalam group whatsapp keluarga, abang aku yang tentera tu Tanya, siap yang kemalangan. Sebab kawan sekampung call dia kata adik dia kemalangan. Kami cepat cepat telefon abah Tanya apa situasi. Abah jawab”kakcik dah takdak.” Kaklong dah start meraung, aku time tu inggat abah melawak ja. Aku pangil laki aku cerita ringkas kat dia suruh bawak pergi tempat kakcik kemalangan.

Sebelum sampai tempat kemalangan, akan lalu sebelah masjid dulu, masa tu, namapk kereta mak, baru naka keluar dari masjid. Depan je masjid tu, tempat kemalangan kakcik. Orang ramai dah penuh berkerumun dekat situ.suami aku pimpin tangan aku untuk lintas jalan, yelah, denggan mengandung lagi, kalau terberanak dekat situ, tak memasal ja. dia pesan dekat adik aku yang lelaki tu, tengokkan kaklong lintas jalan , sebab dia dok meraung lagi masa tu tepi kereta. Jasad kakcik terbarik atas jalan dengan berlumuran darah. Ada paying dekat sebelah. Masa aku taip ni pun, mata dah berair, Allahu, kenangan tengok jasad keluarga kita dah tak bernyawa. Aku tak tau nak describe macam mana sedih dia tu. Yang aku tak tahan sekali, jasad dia masih di tengah jalan. Polis ada dua orang disitu.

Maaf, aku tak tahu sop macam mana, Cuma dalam hati, aku dok menagis, minta jasad adik aku dialihkan. Dalam kami sibuk menagis, mak peluk kaklong, minta bersabar, orang dating pujuk aku aku, kakipar aku yang kebetulan lalu jalan yang sama selepas kakcik kemalangan pun ada disitu pujuk aku, aku hargai sangat, tapi ada manusia yang kurang cerdik, ambil gambar kakcik, yang telah ditanggalkan tudung nya dan sebarkan di dalam group whatsapp. Kaklong memang meradang dah bila ada orang buka cerita ,ada yang sebarkan gambar kakcik kemalangan. Tapi kejadian ni sebelum kami sampai, hingga polis bertugas tu pesan, “siapa yang ambil gambar tolong padam, arwah meninggal dalam tutup aurat, kita pergi sebarkan aurat arwah.” Terima kasih encik polis.

Esok tu hari kebumi kakcik, aku, mak, kaklong antara yang mandikan dia. Mandikan dalam bilik mak, kami dah alihkan semua perabut bawak keluar supaya boleh letak tempat nak mandikan jenazah dalm bilik mak. Tambah pulak, bilik mak ada bilik air, jadi mudah la. dalam bilik tu, semua makcik aku, adik beradik abah dengan adik beradik mak. Mudah sangat nak mandikan kakcik. Walaupun terketar tangan ni jirus seluruh badan dia. Dia senyum Nampak gigi taring dia yang sebatang tu, Nampak hujung ja. Lepas mandikan, mak sarungkan baju yang mak pernah bawak ke mekah dulu.

Ajaib nya, badan mak yang besar tu, bila baju ni tersarung di jasad kakcik, baju ni ngam ja badan dia. Lepas tu, mak pakaikan telekung yang dia selalu pinjam dari mak kalau balk kampong. Berseri sangat, penuh rumah dengan tetamu yang dating zizarah kami, doakakn kakcik. Sebelum dipakaikan telekung tu, mak keluar bilik, pangil semua mahram kakcik,adik beradik kami, pakcik pakcik kami. Semua masuk bilik tu. Ikut giliran kami, cium pipi kakcik. Allahu sayang, sejuk pipi adik akak ni. Kakcik, kita tak pernah dapat ambil gambar sama sama yang cukup Sembilan beradik, tapi, hari tu, kami semua dapat berkumpul Cuma, seorang adik beradik kami da tinggalkan kami.

Mudah sangat kebumikan kakcik, angin tiup halus, tak panas, redup ja. Masa disebut wahai Rabiatul Adawiyah Binti Kamariah, oleh orang yang baca talkin tu, akan dkt sebelah dan mencurai dah air mata. Macam tak percaya, adik perempuan akak satu nya dah pergi dulu tinggalkan kami. mak carikan hang batu sungai untuk batu nisan hang kakcik.

Kakcik, sebulan lepas akak jumpa hang, akak jumpa seorang lagi insan yang penting dalam hidup akak, akak namakan dia dengan nama Rabiatul Adawiyah juga sayang. Masa akak bawah Rabiatul akak balik kampong melawat kubur umi chik dia, masing masing tengah tidur. Rabiatul akak tidur sekejap ja, lepas tu dah merengak bangun, tapi Rabiatul mak , dah tidur selamanya. Kakcik, sampai sekarang mak rindukan hang, mak akan berenti kereta menagis kalau ingat dengan hang.

Kakcik, mak tiap malam teringin nak dengar suara hang. Tiap kali solat mak akan menagis doakan kesejahteraan hang. Kakcik bertapa bertuah nya hang dapat dicintai sebegini dari mak. Akak doakan hang sentiasa diterangi cahaya dalam kubur, diluaskan kubur nya, dipermudahkan hisab. Aminn.

– Kak Nul

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *