Menantu Pemalas

Cerita macam ni.. 1 kak ipar saya ni seorang pemalas saya gelarkan dia sebagai Timah.

Cerita ni bermula sejak dia mula-mula kahwin dengan abang saya dan sehingga sekarang.. dah kahwin 3 tahun dan tinggal bersama ahli keluarga saya (mak mertua dia la)..

Timah ni sangatlah pemalas bangun lambat pukul 12 tu kadang-kadang tak bangun lagi.. Mak saya dah tua, tahun ni dah umur 61 baru je kerat 2 jari kaki sebab kencing manis.. Saya seorang pelajar politeknik..

Back to story sister in law.. Dia pemalas tak pernah tolong mak atau saya masak dekat dapur.. Makan nak, masak tak nak..

Kalau lah pagi tu dia bangun untuk mandi.. Bila dia nampak mak dan saya tengah masak dia buat tak tahu jer.. Dia mandi dan naik masuk bilik.. Yes dia tak pandai memasak langsung.. Orang kampung jerr..

Kadang kala bila saya tengok dia berada di dapur saya akan suruh dia basuh pinggan.. Lepas jer aku suruh terus dia tarik muka.. Dia buat tu buat tapi dengan marah la.. Bunyi pinggan tu macam nak pecah jer dia basuh..

Timah ni tak boleh tegur.. Bila kita tegur dia tarik muka dan tak bercakap..

Pada satu hari ni saya tak mampu nak tahan dah dengan perangai pemalas nak mampus dia.. Saya tegur dia and cakap kat dia macam ni,

“Kak Timah nanti petang nanti turun la dapur tolong masak dengan mak, kalau tak pandai belajar tak kan lah nak makan jer” pastu petang tu dia tak turun geram aku.

And then malam tu aku nampak yang abang aku tak nak bercakap and aku.. Aku rasakan dia ni cakap buruk pasal aku ni kat abang aku..

Aku tak kesah sangat pun sebab tu bukan salah aku.. Timah tu yang pemalas nak mati.. Ingat dia cantik ehh hodoh gemuk la.. Gemuk la sebab makan tidur ii tak tolong orang.. Terperap dalam bilik..

Timah ni dia tak malu dengan adik beradik aku untuk tunjuk yang dia ni pemalas tapi dia ni malu tunjuk yang dia ni pemalas depan kakak ipar aku yang lain…

Bila kak ipar aku yang lain pulang ke rumah tolong masak dekat dapur dia akan tolong dia kak ipar aku yang lain nak tunjuk dia tu rajin la..

Tapi Timah ni tak tahu kak ipar aku ni tahu perangai si4l dia tu macam mana.. Abang aku pun tahu perangai Timah ni macam mana dan pernah cerita kat bini ii dia..

Pada satu hari ni kak ipar aku balik rumah mak aku untuk bermalam.. Hujung minggu la.. Pada petang tu kak ipar aku ni tengah masak tiba ii Timah ni datang dan tipu kak ipar aku ni…

Dia cakap yang anak saudara aku tu nak makan tomyam.. Kak ipar aku ni pelik la sebab anak saudara aku tu keluar dengan laki dia (abang aku).. Pastu anak saudara aku ni jenis tak makan benda berkuah n pedas..

So kak ipar aku ni bijak dan dia tak buat.. Bila anak saudara aku ni balik.. Kak ipar aku tanya ada cakap nak makan tomyam tak.. Anak saudara aku cakap tak.. Tomyam pun dia tak tahu apa benda.. Hahahaha..

Bila kak ipar aku ni tanya Timah ni petang ii sapa masak.. Timah ni pun cakap dia la yang masak tolong mak masak pagi n petang.. Kak ipar aku ni dah tahu yang perangai dia macam mana so kak ipar aku ni senyap la..

Pernah hari tu terkantoi n kak ipar aku ni.. Yang dia bangun lewat dalam pukul 1 petang..

Time tu kak ipar aku datang pagi jadi dia tak tahu la kak ipar aku ni ada…. Time tu aku mak n kak ipar aku tengah masak petang.. Dan Timah ni turun ke dapur untuk mandi..

Pastu kak ipar aku ni pun tanya baru bangun.. Timah terkejut mat hahaha..

Pastu dia pun cakap haah migrain semalam tu bangun lambat.. Tapi aku tahu tu hanya lah alasan sebab semalam aku nampak dia melantak tengah malam sambil tengok tv.. Lepas tu kak ipar aku pun bagi ayat deep kat Timah..

Kak ipar aku cakap, “Ehh bukan selalunya bangun lewat ke selalu masak pun tak tolong kan “Timah ni terdiam and naik ke atas semula.. Tak jadi mandi wehhhh.. Hahaha…

Bukan tu sahaja kak ipar aku ni juga jarang pulang ke rumah ibu bapa dia.. Alasanya adik beradik dia tak suka dia.. Dan mak dia jenis suka suruh menyuruh dia & lebihkan adik dia..

Pernah dia cakap yang ummi dia tak boleh jalan sebab jatuh dalam bilik air… dia cerita kat kami sekeluarga tapi…bila mak aku suruh dia pulang.. Dia boleh cakap takpe Siti ada (budak umur 13 tahun.. Adik angkat)..

Tak guna sungguh anak macam ni.. Balik la bukannya jauh pun 40 minit pun dah sampai dah rumah dia.. Bukan dia tak pandai bawak motor or kereta pun…. Sumpah aku n kakak aku tak boleh pikir Timah ni orang betul ke tidak terencat akal ke..

Kami ni adik beradik bila dengar mak ayah sakit terus pulang dari yang jauh luar negeri pulang ke rumah ambil cuti tanpa gaji tinggal suami dekat rumah..

Nak jaga mak yang sakit mak ayah dah tua.. Takut sangat ii kalau dia sakit takut la dia tinggalkan kami dan tak sempat jumpa mintak maaf..

Tapi Timah ni buat tak tahu jer.. Satu hari ayah dia kena bedah jantung kami tahu cerita tu dari mulut dia… Timah suruh kami doa kan ayah dia dipermudah operasi jantung ke esok kan hari.. Ok kak doa kan..

Tapi kami terkejut esok ayah dia dan operation tapi dia boleh suka ii tengok tv melantak makan dahla tak tolong masak…

Esok tu kami sekeluarga ingatkan dia pulang ke rumah or pergi melawat ayah dia yang akan buat operation petang tu..

Tapi tidak dia elok sahaja ada dalam rumah… bangun lewat.. Selepas seminggu 2 3 hari ayah dia pulang baru la dia pergi jenguk ayah dia.. Ingatkan nak bermalam kat rumah dia.. Tapi tidak dia pulang ke rumah.. Dia balik just berapa jam sahaja…

Dia tinggalkan mak ayah dia kepada adik dia umur 13 dan 24 tahun di rumah.. Kau bayangkan macam mana adik dia tu nak jaga nak ayah dia yang sakit dan tenat.. Makan kena disuap n dihantar… pakai pampers lagi.. Ya Allah sedih aku bila jadi mak ayah dia..

Tapi tulah dia macam anak tak kenang budi..

Bila mak aku bagi dia duit untuk beli barang dapur dia ambil belinya tidak.. Contoh bagi 100 Timah ni beli sayur sikit n sardin ok tu jerr…

Duit balance yang puluh ii tu diambil dah tak bagi balik.. Ehh si4l la dia buat yang mak aku ni kerja plak..

Timah ni tak pernah lagi aku nampak dia beli laut pauk beras or barang keperluan dapur guna duit dia sekali pun.. Dia just tunggu mak aku suruh aku or abang aku beli.. Atau kakak n abang ii aku beli.. Dia just melantak makan…bagaikan ratu…

Banyak kali mak aku menangis dan ayah aku jarang bercakap and Timah ni… ye lah sapa nak menantu macam tu..

Kalau lah tak ada orang kat rumah mak aku hajatnya taknak masak.. Makan tak pernah kak ipar aku yang dekat tepi rumah tu ada boleh bawa makanan untuk mak n ayah aku….

Tapi hati seorang emak takut anaknya lapar bila bangun sikit.. Laki Timah la…. So masak la mak aku ni walaupun sakit pakai tongkat.. Jalan tak stabil… jerat jari kan..

Jari mak aku juga ada yang tak sempurna.. 2 jari tangan mak aku tak boleh gerak dan keras lepas dikikis.. Tapi Timah ni tak ada perasaan langsung untuk tolong mak aku masak..

Mak aku pernah menangis depan kami anak beranak sebab kan Timah ni tak pernah tolong dia.. Dengan dia sakit demam.. Bila mak aku memang tak boleh nak gerak or bangun dia akan call kakak aku untuk pulang tolong jaga dia..

Kadang ii setiap hujung minggu mak aku akan call aku untuk pulang ke rumah …aku pulang hujung minggu sahaja maklum lah pelajar poli ada kelas..

Dah 3 tahun perkahwinan Timah ni tapi dia still tak boleh ubah perangai dia tu.. Nasib la dia tak ada anak lagi.. Aku rasakan bagus lah dia tak ada anak lagi dari ada.. Dia nak jaga anak dia macam mana.. Bangun pun lambat.. Tolong orang pun. Tidak…

Aku pernah masuk dalam bilik dia allahuakbar macam sarang tikus.. Pakaian yang bersepah.. Pinggan mangkuk pun ada dalam bilik.. Ehh water heater pun ada tau dalam bilik dia buat air milo la tuu… Bab milo cepat habis aku dah tau siapa ambil..

Gila rasanya duduk dengan seorang pemalas.. So, kalau korang ditempat aku, apa yang korang lakukan?

Sekian dari saya..

– Sya, si banyak mulut (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *