Thank you admin sekiranya siarkan cerita aku nih.
Assalamualaikum readers. Yes, aku nak cerita pasal kakak iparku yg merupakan seorg mualaf. Kakak ipar ( Kak N)isteri kepada abg atas aku (Abg E). Aku 5 org adik beradik, yg sulung perempuan (Kak Long), the rest lelaki and aku anak bongsu (perempuan).
Alkisah, abg E kenal kak N masa diorang sama2 belajar kat satu IPTA. Dan abg E jatuh cinta kat kak N. Mula2nya, abg E bawa kak N jumpe kak long. Waktu tuh, kak N masih bukan Islam. Kak Long memang agak terkejut lah. Mungkin abg E bawa sebab dia tau kak Long ada sorang bestfren yg mualaf jugak. Jadi dia rasa kak Long boleh terima.
Lepas jumpa tuh, kak Long ada balik kg waktu cuti sekolah. Waktu tuh abg E pun sem break. Kak Long aku bg tau mak pasal abg E. Apa lagi, mak aku terus cakap ‘tak boleh’. Mak aku nih bukan ape, dia risau la. Takut akidah abg E lari ke ape sebab kak N kan. Dia takut kak N nih jenis sosial, kalo kawen takut tak ikhlas masuk Islam. Macam2 lah mak pikir waktu tuh. Kak Long pun senyap je, dia pun tak berani nak masuk campur.
Waktu tuh abg E dah final year. Aku nampak lah muka abg E mcm kusut jugak waktu tuh. Abg E cakap kat mak aku, kak N nih baik. Dia ramai kawan dgn org Islam. Even dia non Muslim pun, dia tak g clubbing, tak seksi, always pakai baju lengan pjg n seluar pjg. Tapi mak aku reject jugak. Plus, sejarah keluarga aku, tak penah lg ada yg kawen dgn mualaf.
Lepas blk uni, abg E bgtau kak N, dia kata mak tak bg. Kira mcm nak minta break lah. Kak N tabah gile, dia kata ok tak pe. Ang E kata dia tak nangis pun. So diorang pun cubalah berkawan je, tak lebih dari tu. Sampailah diorang grad dan kak N keje. Tiba2 satu hari tuh, besfren kak N bgtau abg E, kak N dah masuk Islam senyap2. Apa lg, terkejut lah Abg E.
Even besfren kak N tuh pun tak tau dia ada pegi pejabat agama semua. Pastuh besfren kak N bg tau abg E, sebenarnya time kat uni, kak N ada pegi jumpe sorang ustaz tanya pasal Islam. Ada kawan dia kenalkan dia dgn ustaz tuh. Selepas beberapa session dgn ustaz tuh, kak N mcm yakin agama Islam nih agama yg betul. Tp dia tak berani convert, sebab takut family dia pulaukan dia. Dari uni lg, dia dh keluar dgn kawan2 perempuan dia pakai tudung, tp abg E tak tau semua nih.
Waktu abg E tau dia dah convert tuh, abg E ajak kak long jumpe kak N kat rumah sewa kak N. Terkejut diorang nampak kak N dah bertudung. Kak Long pun interview lah kak N. Dia cerita kat kak Long, dari sek men lg, dia duduk asrama. Since tuh dia expose dgn Islam. Dan dia cuba buat perbandingan atr agama asal dia dgn Islam. Dan hati dia dah tertarik dgn Islam. Tima kat matriks pun dia kawan dgn org Melayu Islam je, sampailah ke uni.
Kak Long tanya, apa yg trigger dia convert. Dia kata sejak abg E bgtau nak break. Dia kata waktu tuh dia rasa miserable sgt, sebab kebetulan mak dia meninggal sebelum tue. Dia jadi sedih, dia rasa kosong. Then dia tiba2 je rasa nak solat. Sebab dia rasa Allah je boleh tlg dia. Since tuh lah dia betul2 belajar solat, cari kebenaran dgn tanya ustaz here and there. Sampailah hati dia betul2 yakin. Tp dia tak convert lg, dia takut family dia buang dia and tak ada tempat bergantung sebab dia masih belajar.
Pastuh waktu dia dh keje, ada kawan dia bg satu video kat dia pasal sorang mualaf yg ceritakan kenapa dia convert to Islam, kak N jadi semakin yakin. Dan esoknya, dia terus pegi pej agama. Sebab dia rasa dia tak boleh dah berpura2, dia rasa agama Islam nih betul dh. Dia tak bgtau sape2 waktu dia nak g pej agama tuh, sebab dia tak nak keputusan dia convert dipengaruhi oleh sape2. Lepas lafaz syahadah tuh, dia blk umah sewa dia, baru lah dia text bestfren dia.
Kak Long dengan abg E jd speechless. Malam tuh, Kak Long telefon mak, bgtau pasal kak N. Mak kata, tak pelah, mak nak jumpe kak N. Kak Long pun arrange lah pertemuan tuh. Aku pun ikut sekali. 1st time tgk dia, aku jadi segan gile. Aku pakai tudung, tp biasalah singkat sana sini. Kak N dia tak pakai tudung labuh pun, shawl biasa je. Tp shawl dia tuh elok cover dada semua. Baju pun loose, seluar pun loose. Aku dengan jeans ketatnya. Haish.
Waktu jumpa tuh, mak aku just tanya dia pasal family dia semua. Elok je mak aku layan dia. Dia kata family dia belum tau lg. Dia akan bgtau dlm masa terdekat. Lepas jumpe, kitorang pun blk kg. Dlm seminggu lepas tuh, abg E tepon, dia kata kak N dh bgtau keluarga dia, and Alhamdulillah keluarga dia ok sgt2. Abg E bgtau mak, dia nak kawen dgn kak N. Mak pun pegilah meminang kak N. Alhamdulillah semua berjalan lancar and diorang dah kawen dah pun.
Lepas kawen, abg E dalam sebulan sekali blk kg. Aku jadi makin segan dgn kak N, dia bgn solat sunat mlm2, pakai tudung elok, sentiasa jaga aurat kalo abg2 aku ada. Keluar sidai baju kat luar rumah pun dia pakai tudung, tutup aurat elok (time abg2 aku yg lain tak ada). Aku keluar tak pakai tudung pun. Alhamdulilah, aku pun dah mula berubah. Dah pakai tudung time abg ipar aku ada umah (husband kak long), dah pakai long sleeve shirt. Sebelum nih aku pakai tshirt lengan pendek je. Rasa segan aku kat Kak N tuh, dah buat aku makin ikhlas nak berubah.
Abg E pun dh byk berubah, dl dia solat kat umah mcm biasa je, tak g masjid semua. Since kawen, hari sabtu mlm je mesti dia g masjid dgn kak N. Dgr ceramah agama.
Kesimpulannya, kadang2 Allah hadirkan org mcm kak N nih utk smpaikan hidayah Dia pada kita. Tlg doakan aku dan keluarga aku istiqomah berubah ke arah kebaikan. Amiin.
– Little Sis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit