Hai aku Makino (bukan nama sebenar) ada nak kongsi satu cerita, itupun kalau admin approve..hihi. First time tulis dan nak cuba hantar dekat iium confession untuk sekadar perkongsian dan renungan dari pengalaman sebenar.
Ini cerita 8 tahun lepas (2009), masa tu aku tingkatan 2. Dari form 1 sampai form 3, aku sekolah di sebuah sekolah asrama harian dekat Gombak. Aku budak asrama sebab masa tu budak kelas aliran agama dgn rancangan khas wajib duduk asrama. Dalam 1 dorm tu ada lah dlm 16 ke 20 orang campur dari form 1 sampai form 5, katil double decker, so aku duduk katil tingkat atas dan katil+locker aku kat belah belakang dorm, bukan dekat dgn pintu masuk dorm. Masa kat asrama dulu, aku jenis yg suka bangun awal, dalam 5.00 – 5.30 pg aku dah bangun (bangun sorang eh, org lain lambat sikit bangun dr aku), pergi mandi dan bersiap utk subuh berjemaah. Kakak-kakak dgn kwn2 dorm ni suka minta tolong aku kejutkan diorang, and kitorang pun selalu pesan sesama sendiri utk kejutkan antara satu sama lain, takut ada yg terlajak tidur ke..huhuhu tapi aku ni jenis lembut sangat bila kejut kwn2 dgn akk2 dorm..so ada yg berapa kali kena kejut pun tak bangun2..tunggu loceng asrama baru diorang bangun..haha.
Okay, pendekkan cerita, ada satu malam tu, ada akak dorm nama Kak Jannah(form5) suruh kejut dia pagi esoknya, die katil seberang dgn aku tapi die tingkat atas juga. Esok paginya, macam biasa aku bangun awal 5.30 pg, dengan mamai n malasnya, aku turun juga dari katil nak pergi kat locker, tapi masa nak turun dr katil tu aku kejut kak Jannah, “Kak Jannah, bangun..bangun” and dia balas “okay”. Lepas kak Jannah kata okay, aku pun pergi kat locker ambik baju then pergi mandi. Lepas 15-20 minit, aku masuk dorm, tengok2 kak Jannah ade kat atas lantai depan locker dia, duduk bersila dgn pakai sweater kelabu, hoodie tutup kepala die, tp kepala dgn tangan menunduk tengah melukis something mcm lakaran ( akak ni budak lukisan kejuruteraan) so aku tak nampak sgt muka dia masa tu, sbb kepala dia menunduk je n lampu dorm pun baru bukak 1 kat depan so gelap sikit area kitorg tu. Aku dlm hati, cepatnya die mandi..tapi aku tak tegur pun die, aku gi kat locker siap2 sikit then turun surau kat bawah blok asrama..
So kebiasaannya, subuh berjemaah habis dalam pukul 6.30-6.40, semua org naik dorm balik utk tukar baju sekolah, ada yg turun subuh dah pakai siap baju sekolah terus pergi dewan makan. Aku naik dorm balik utk tukar baju, so masa tengah siap2 nak tukar, aku tanya kwn2 aku, “eh mana kak Jannah eh? Tak nampak pun, pg td ada”..then diorg terkedu + muka terpinga-pinga kejap dengar soalan aku..aku pelik dgn reaksi muka dorg..then dorg cakap.. “La, serius la tak tau..?” aku, “tahu apa? (dengan muka blur2)..kwn2 aku pergi ckp kat akk2 dorm lain..dorg pun pelik dgn aku..n dorg cakap yg kak Jannah balik rumah 2 hari lepas dari hari ahad lg..dia demam..aku pun terkejut+ meremang dengar benda tu, aku ckp dgn dorg yg aku baru je kejut dia pg tadi..dia dok buat keje dia..tapi dorg mati-matian tak percaya dan seronok dok membahan aku..aku malas nak fikir panjang (dalam mood pelik and terkejut lagi), cepat2 aku siap..then turun pergi dewan makan pastu pergi sekolah..ada terfikir-fikir pasal tu tapi mampu fikir sahaja dan buat kesimpulan sendiri.
Keesokannya atau 2 hari lepas tu (aku tak ingat), kak Jannah balik asrama, aku pun cakap dgn dia pasal perkara tu dari mula sampai habis, dia pun mampu termangu-mangu dan terdiam dengar cerita aku..kami berdua tak dapat hadam apa yang terjadi sebenar kat aku pagi tu dan hanya mampu bersangka baik dgn apa yg jadi. Keseluruhannya, cerita ni betul dan terjadi pada aku dan ia bukan rekaan cumanya aku ada tertukar-tukar waktu sbb tak ingat sangat…kisah lama kan..tapi yang pasti sampai sekarang segar lagi dlm kepala aku gaya ‘kak Jannah’ duduk tunduk buat kerja dia tu.
Wallahualam, itu semua kuasa Allah. Terima kasih kerana sudi membaca :)
– Makino Tsukushi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit