Kak Leha MLM

Assalammualaikum
Terima kasih admin sebab siarkan cerita aku ni, first time confess kat sini.huhu. Aku mimi, umur 25tahun. Aku nak cerita pengalaman aku terperangkap dalam event MLM. 4 tahun lepas, masa tu aku baru grade diploma, aku suppose cuti 6 bulan sebelom tunggu result panggilan untuk degree. Sebulan duduk rumah mengganggur memang boring. Memandangkan kat kampong susah cari kerja sambilan. Aku pon ambil keputusan kengkonon nak hijrah kat putrajaya untuk kerja sambilan sementara tunggu result degree.

Kat putrajaya aku stay kat rumah abang aku, kebetulan dia beli rumah kat putrajaya tapi dia dengan wife dia kerja oversea, so aku duduk sorang kat rumah tu. Esoknya aku carik kerja dengan akak aku, dan rezeki murah aku dapat la kerja kerani kontrak dengan gaji rm1000 kat syarikat swasta. Tapi aku kene transfer ke company government sebab company aku kerja tu, ade buat projek dengan government. Sebagai syarat kene letak sorang kerani kat ofis government. Lebih kurang macam tu la. Gaji rm1000 pon takpe la, first time kerja cari pengalaman, pergi kerja pon naik bas je. tambang pergi dan balik baru rm1, nak jimat.

Dipendekken cerita officemate aku ni majority semua dah kawin dan rumah dekat2 je dengan ofis, so aku memang takde geng nak lunch ke, nak solat ke sebab time rehat dieorang balik rumah. Kadang2 aku tahan lapar tak lunch sebab takde kawan. Sebulan kerja aku perasan ada sorang akak ni, dia cantik, dan Nampak islamik.Dia selalu sorang2 kat surau. Kat surau ofis government ni selalu ade ceramah agama before zohor. Aku selalu pergi dan terserempak dengan akak tu. Satu hari aku tegur akak tu, aku cakap nak jadi kawan akak tu sebab aku takde kawan. Gentle gila masa tu, haha..macam nak ngurat awek haha. Akak tu nama dia leha(bukan nama sebenar) asal Kelantan, umur 28tahun dan masih bujang. So sejak tu hari2 aku seronok pergi kerja sebab ada kawan. Kak leha ni baik dan peramah.

Satu hari kak leha ni ajak aku keluar ke KL hari ahad, dia kata teman dia pergi program keusahawanan under SPA. Sebab akak ni kerja kat SPA. Sabtu ahad aku memang tak pernah ada aktiviti, duduk sorang2 kan. Kadang2 je aku pergi rumah akak aku kat bangi. So aku pon setujulah nak ikut. Mana tau habis program boleh jenjalan KL. Ahad tu kol7.30pagi aku dah sampai depan UKM. Boleh agak kan pukul berapa aku keluar dari rumah. Sampai kat café UKM, aku tengok ramai orang, lepas tu semua memang bergaya habis. Handbag prada, Gucci dan macam2 jenama la. Yang lagi hairan, diaorang ni semua peramah gila. Masa aku tengah breakfast tu, ada orang Tanya kak leha, “budak baru ke?”. Aku rasa tak sedap hati je. Sejam dalam café tu aku dah syak ni mcm MLM je. Lepas tu ada sorang mamat ala2 azwan ali buat pengumuman suruh bayar duit yuran program. Kak leha ni slumber je mintak aku rm150. Dia cakap nak masuk dewan kene bayar rm150. Dalam wallet aku ade rm60 je masa tu wei,, pastu kak leha cakap ,”takpe esok mimi bayar lagi seratus kat akak ea. Masa tu aku bayar rm50 jela. Dalam hati ni macam nak sumpah seranah je.

Program dalam dewan besar, aku memang dah rasa tak senang duduk dah. Dah la handphone kene matikan..program start kol10, memasing dalam dewan tu macam kene rasuk aku tengok, diaorang punya semangat tu lain macam. Semua berdiri dan menjerit2 laungkan slogan diaorang. Aku lupa apa nama company MLM tu yang aku ingat diaorang jual perfume, losyen dengan krim muka. Lepas tu masuklah 4 orang yang digelar LEADER dengan diiringi lagu button by pussycat dolls. Semua satu dewan menari2 sambut 4 orang leader tu. Kak leha yang aku tengok macam islamik tu pon menari sakan siap suruh aku goyang sikit. Aku pulak memang susah nak terpengaruh. Lepas tu 4 orang LEADER tu ceritakanlah kekayaan diaorang lepas join bisnes tu. Sorang tunjuk kereta mini cooper, sorang BMW, sorang tunjuk bucatti lagi sorang aku tak ingat. Aku bertahan la kat situ sampai kol10 malam. Kol 10 malam baru majlis habis. Bila on phone ade 30 missed call. Mak dan adik beradik aku dok call aku sebab ingat aku kena culik dengan kak leha. Esoknya datang kerja aku jumpa kak leha kat surau sebab nak bayar rm100 tu. Lepas tu memang aku jauhkan diri dari kak leha sampai aku resign sebab sambung degree. Rasa macam kena aniaya. Tak pasal2 rm150 terbang macam tu je, dah ler gaji seribu je haha. Aku tak benci MLM, tapi cara dia salah kot. Menipu orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

– mimi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit