Kak Long Terkorban

Assalamualaikum semua. Saya Kak Long, saja nak ceritakan perjalanan hidup akak yang berkorban hingga terkorban ni. Akak berumur 42 tahun, belum berkahwin dan kerja ambil upah menjahit baju.

Tiba-tiba akak rasa down sangat lepas lihat story adik-adik akak yang bercuti dengan family baru-baru ni. Akak ada 4 orang adik, semua dah bekerja dan berkeluarga.

Akak belajar sampai SPM sahaja. Sebab masa tu, ayah akak dah tak de, ibu pula tidak bekerja. Akak terpaksa menolak tawaran belajar sebab adik-adik akak tiada siapa nak tanggung.

Adik bongsu akak baru 3 tahun masa tu. Jadi akak ambil upah di kedai makan, upah menjahit, apa kerja yang ada untuk tolong adik-adik sampai mereka habis belajar di menara gading.

Ibu akak juga ada menolong akak menjahit pakaian. Akak dan ibu rasa bangga, bersyukur bila lihat adik akak dapat genggam ijazah, bekerja, dapat beli rumah, kereta. Walaupun akak rasa sedih lihat diri sendiri, akak ikhlas nak lihat adik akak berjaya.

Entah mengapa, bila adik lelaki akak yang pertama menyatakan hasrat nak berkahwin, akak rasa sedih.

Adik Sa (bukan nama sebenar) selepas berkahwin mula bawa isterinya melancong, sambut hari jadi, buat surprise party di restoran, sedangkan sebelum berkahwin, dia tidak pernah belikan apa-apa hadiah untuk akak atau adik-adik yang lain.

Akak fikir, bila adik Sa sudah bekerja, akak dan ibu dapat kurangkan beban sedikit untuk tanggung 3 adik kami lagi. Rupanya, lepas sahaja 2 tahun bekerja, beli rumah dan kereta, terus dia minta untuk berkahwin. Akak redha.

Ibu sentiasa ingatkan akak untuk ikhlas. Akak kadang-kadang mengadu pada ibu hingga suatu hari, ibu sendiri minta maaf kerana tak dapat beri pelajaran tinggi kepada akak. Akak terus minta maaf pada ibu.

Mulai dari hari itu, akak terus diam dan tidak meluahkan apa-apa pada ibu. Akak takut ibu terasa. Akak simpan dalam hati dan ada kala hanya air mata yang gugur.

Akak terus ambil upah jahit untuk tanggung 3 lagi adik akak. Adik Sa sudah jarang pulang. Pulang bila ada kenduri kahwin sedara mara atau Hari Raya.

Pernah akak ingatkan 3 adik akak, supaya jangan lupa kami di kampung. Mereka juga tahu abangnya sudah hidup selesa. Ibu dan akak berasa lega dan bersyukur mereka berjaya dalam hidup. Namun, perkara yang sama berlaku pada adik dua, tiga dan empat akak.

Apabila mereka berkahwin akak merasa sedih. Akak terfikir, begini kah rasanya jadi ibubapa bila anak sudah bekerja, berkeluarga? Setiap tahun pasti ada tempat percutian bersama keluarga mereka.

Akak dan ibu hanya mampu melihat story mereka, makan di restoran mewah, sentiasa sambut hari lahir, pergi bercuti dengan anak. Akak di rumah kini menjaga ibu yang sudah berusia.

Akak yang berkorban ini ada kala rasa terkorban. Akak juga berkeinginan untuk berkeluarga, ada suami dan anak sendiri. Bercinta pun tidak pernah. Hanya ada ibu disisi, menemani hari tua kami.

Akak cuba untuk ikhlas, redha dengan qada dan qadar. Tapi akak juga penat untuk pendamkan perasaan sendirian. Akak hanya nak luahkan sahaja.

Moga adik-adik di luar sana tidak lupa dengan ibubapa, abang dan kakak kalian yang membantu kalian untuk berjaya hari ni. Terima kasih sudi baca luahkan kak long.

Wassalam…

– Kak Long (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Amat besar dan mulia pengorbanan awk kpd ibu dan juga kluarga.. mngkin cara ank2 zaman skrg ‘menzahirkan’ kesenangan hidup mrk, tanpa menoleh ke blakng, bhw mrk dlu juga amat ‘sukar’ semasa membesar dan belajar.., kdg2 kita mau shj spt mse susah dlu, mse tu mmg ‘perit’, tp hati kita tenang & bhagia.. skrg bla mrk dah senang n berkluarga, semua itu spt angin yg berlalu, spt lupa kpd pengorbnan ibu n kakak mereka.. tak ape lah kak long.., kami doakn semoga awk juga akn bertemu bahagia, klaw x d dunia, insha Allah ganjaran yg jauh lbh baik akn menunggu awk d Syurga nt, dgn syarat awk redha dgn apa yg berlaku.. semoga awk & ibu akn dikurniakn “husnul khotimah” dan kehidupan yg tenang di dunia & Akhirat nanti.. aamiin3 YRA So, bersabar n bertabahlah ye.. percaya lah, hidup di dunia ini hanya skejap shj.. wallahua’lam

  2. Ikhlaskan diri menjaga adik² yang masih dalam tanggungan. Apa yang berlaku kelak adalah di luar kawalan kita. Andai kata semuanya lupa akan jasa dan pengorbanan awak dan ibu biarlah Allah yang mengadilinya. Jangan diungkit kerana ia akan membatalkan amalan kebaikan selama ini. Semoga kebaikan dan pengorbanan saudari akan diganjari oleh Allah di akhirat nanti. Yakin pada Allah dan semoga terus kuat.

  3. Jgn bersedih Kak Long, Allah maha mengetahui, Allah akan membalas segala pengorbanan kak long

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *