Hi semua. Aku Mawar. Baru berkahwin. Kali ke 2.
Aku ada baca cerita kak Melur, yang suaminya panas baran, (https://iiumc.com/penat-dengan-suami-panas-baran/).
Suami pertama aku, samalah seperti suami kak Melur. Very abusive (mentally), manipulative, ego, toxic, dan macam macam lagi.
Cumanya, keadaan aku berbeza dengan Kak Melur. Aku belum ada anak. Dan aku terus decide untuk keluar dari perkahwinan tu.
Aku tak heran orang nak cakap aku janda muda ke apa ke, aku tak kisah.
Sama seperti Kak Melur. Bekas suami suka maki hamun. Salah aku, salah aku. Salah dia pun salah aku. Mak pak dia bergaduh pun katanya salah aku.
Kucing jiran mati pun, dia salahkan aku. Kawan baik dia putus tunang pun dia marah aku. Kalau aku teruskan hubungan tu, aku rasa bumi berputar ni pun dia salah kan aku. Gila.
Awal perkahwinan, aku suruh dia berubat. Ustaz aku suruh pergi, hospital pakar pun aku suruh pergi. Sebab tahap baran, maki hamun, jealousy dia lain macam.
Dia makinya aku. Katanya aku tak boleh terima dia. Diam diam aku ganti semua air minum dalam rumah ni guna air Yassin dan bacaan surah. Aahh gitu jugaklah perangai dia.
Aku tidak bekerja, tapi mak ayah aku orang senang. Jadi aku okay sahaja. Lepas berkahwin, berbekal kan duit saving aku, aku berniaga dari rumah.
Sama seperti kak Melur, bekas suami kata “Kau rasa kalau kau cari lelaki lain, diaorang nak ke perempuan tak ada duit macam kau?” “Tak ada career” “Kau ingat orang suka ke janda muda macam kau, bermasalah” dll.
Very toxic. Dia lupa agaknya dia kahwin dengan anak mak bapak aku.
I was a very soft spoken before. Tapi my 1st marriage betul betul rosakkan hati saya, diri saya. And Kak Melur, saya faham apa akak rasa, walaupun tak sepenuhnya.
Kini, aku berkahwin kali ke dua. Biasa sahaja. Suami pendiam dan sometimes bagi silent treatment ke aku kerana katanya dia tak suka comment suatu perkara lebih lebih.
Kalau perempuan lain, mesti kecik hati. Tapi aku tak, suka hati lah, asalkan mulutnya tak maki hamun.
I was so damaged kak. Sebelum ni aku hidup sangat okay di dalam neraka suami pertama, dan kalau yang kedua ni perangai nya tah apa apa,
Aku masih bersyukur asalkan bukannya panas baran, kaki maki hamun, toxic, abusive, manipulative dan lain lain.
Kak Melur, semoga kuat dan semoga semua yang di dunia dan di akhirat selalu berpihak kepada akak.
Salam sayang untuk Kak Melur.
– Adik Kak Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit