Kak Mia, Kau Teguh Macam Karang

Aku Reen. Aku suka nak buka cerita tentang kawan aku sorang ni. Aku namakan dia Kak Mia. Dia ni sempoi je. Suka buat lawak b*d*h tapi lawak dia memang menjadi.

Aku selalu sakit perut sebab dia selalu buat lawak. Semua benda dia akan twist jadi lawak. Kadang-kadang time aku stress pun aku akan hilang stress dengan lawak dia.

Dia dah nak masuk 40 tahun tau. Ada tiga orang anak. Comel-comel anak dia dan cerdik betul.

Yang sulung tu kalau cakap english kalah minah salleh. Yang nombor dua pulak cheeky sangat, macam mak dia. Yang bongsu baby lagi, aku tak tau karaktor dia macam mana. Tapi gebu tu sama macam mak dia jugak, hahahaha.

Kawan aku, banyak beban di bahu. Tapi kalau kau tak kenal dia, kau tak tahu pun dia ada masalah dan dia ada banyak komitmen. Sebab dia ceria dan ketawa je sentiasa. Macam semua takde hal.

Orang perli atau melawak and usik dia gemuk pun dia gelak je kat lawak orang tu. Bukan gelak cover tau, gelak geli hati! Eh tak faham aku.

Dia ni bertanggungjawab betul aku tengok. Dia jaga mak saudara dia yang tak sihat. Mak saudara dia kena strok tau. Takde orang nak jaga termasuklah anak kandung mak saudara dia ni.

Dia kesian so dia ambil duduk sekali dengan dia. Pagi-pagi dia selalu kilam-kabut, sebab kena sediakan macam-macam keperluan mak saudara dan anak-anak dia sebelum ke office.

At the same time, mak kandung dia sendiri pun tak sihat. Tapi mak kawan aku ni, sama je kuat semangat macam kawan aku ni, strong all the time.

Aku tak tahupun mak kawan aku ni sakit, tapi satu hari tu dia cuti lama dan bagi tau kena jaga mak dia sakit kena minor strok. Barulah aku tau mak kandung dia pun sakit. Aku pergi visit. Eh boleh gelak lagi dua beranak tu buat lawak.

Kawan aku ni sayang family dia. Kawan aku baru je beli rumah. Besar rumah dia. Dia pernah bagi tau aku, ‘akak sejak kena potong duit rumah ni, tak boleh dah belanja macam biasa. Tak boleh shopping sangat. Komitmen tinggi dah.’

Bayaran bulanan rumah dia RM2000 lebih guys! Tapi, kuatnya semangat kawan aku ni, dia buat a few part time jobs to cover her expenses. Aku pernah tanya kenapa beli rumah besar-besar? ‘Ni bukan rumah akak, akak tolong bayar je. Akak beli rumah ni sebab nak mak akak selesa, dan nak anak-anak selesa.’

Betul, rumah dia tu semua orang duduk situ. Mak dia yang tak sihat, mak saudara dia yang strok, mak saudara dia yang OKU.

(Ye guys, dia ada mak saudara OKU jugak tau yang dia jaga), adik dia, anak-anak dia & of courselah suami dia. Tapi aku tengok, kawan aku ni, sentiasa cukup makan pakai dia walaupun high commitment.

Boleh je aku tengok dia beli Starbucks every week. Makan kat Manhattan fish market lah, Chicken Rice Shop la, Secret Recipe lah… anak-anak dia pun sekolah di international school.

Cukup je semua walaupun high commitment. Bila aku tanya apa rahsia? ‘Ikhlas tolong dan jaga mak ayah je. Sedekah walau sikit. Niat semua kerana Allah.’ Ye dia memang rajin sedekah.

Kat fakulti aku selalu buat free meal time students ada dulu, dia lah antara yang kerap belikan makanan percuma untuk students. Belum lagi campur sedekah-sedekah lain yang dia transfer tu.

Dia ni, kalau korang baca dari atas, macam-macam dah dia buat kan? Macam sibuk je dia. Ni aku nak bagi tau, dia pun tengah sambung PhD! Slow sikit aku tengok dia buat thesis tapi setiap malam dia menulis.

Aku tau sebab kadang-kadang dia mintak tolong aku proof read paragraph yang dia tulis tu. Dia pernah bagi tau, tiap malam lepas anak-anak dia tidur, dia akan rehat setengah jam.

Time nilah dia baring, minum kopi, uruskan makan minum mak & mak saudara dia. Dalam setengah jam inilah. Lepas tu dia akan sambung tulis tesis sampai pukul 2 pagi.

Aku kadang-kadang hairan, dia ni manusia ke robot? Eh, robot pun reti habis bateri and kena caj, kan?

Satu lagi guys, dia ni head of department. Banyak kerja tu jangan lah cakap. Tambah-tambah time PKP sampai PKPP ni. Every day dia balik kerja pukul 6.30 petang. Itupun awal, kadang-kadang malam after maghrib baru balik.

Dah balik rumah, lepas solat terus ajar anak mengaji dan buat homework. Aku pelik mana dia curi tenaga? Bila aku tanya akak tak letih ke? ‘Letih la ada ke tak letih. Tapi suami dan mak akak banyak tolong akak.’

Aku tau dia letih sebab dia kerap tak sihat. Aku dah tak larat nak membebel kat dia suruh take a break and rehat seminggu tu biarlah dua hari tak tulis tesis.

Baru ni dia sakit, aku tengok dia takdelah tulis tesis kejap tapi tadi baru je dia mesej aku mintak tolong proof read lagi. Tak serikla makcik tu!

Kenapa aku sibuk nak cerita tentang dia? Sebab bagi aku dia patut jadi inspirasi kita yang lain. Dia jarang merungut. Semua benda dia cuba buat je.

Aku kawan lama dia ni, selalu jadi saksi orang pernah nak jatuhkan dia, orang pandang rendah dan perli dia, ada jugak masalah rumah tangga, aku pun tengok macam mana dia struggle dengan life dia masa mula-mula jadi ibu.

Tapi aku tengok dia kuat semangat dan bangkit kemudian dia jadi the best that she can be.

Ceria dan sentiasa positif. Husnuzon kata orang. Tapi ada je sisi tak berapa elok dia. Antaranya dia memang garang dan susah sikit nak control her temper.

Aku rasa sebab dia ada banyak benda kena galas, sebab tu dia senang marah. Siapa students dia tu tau la dia garang macam mana.

Tapi aku tengok, walaupun dia garang, tapi students suka kat dia. Dia dengan students macam kawan! Ye macam kawan.

Dan dia lah yang paling concern hal students walaupun dia garang. Dan students pun senang je nak dekati dia, walaupun dia garang. Pelik kan? Tapi itulah dia.

Korang kat luar sana, orang-orang macam ni harus dijadikan inspirasi. Buruk dia jangan ikut, tapi baik dia memang banyak.

Akak, kalau akak baca confession ni, saya tau akak suka sangat page ni sebab dalam kelas pun akak biasa sebut page ni kan, hahahaha.

Akak ketahuilah akak seorang yang sangat strong. Tak ramai yang mampu berdiri di tempat akak. Kami yang melihat ni selalu rasa akak sangat kuat, akak je tak tahu kekuatan dan kelebihan akak, sebab akak sangat low profile and down to earth.

Korang kat luar tu, semangat kena kuat. Cari jalan keluar dari masalah, jangan asyik nak merungut je tau.

– Reen kawan Kak Mia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *