Untuk part I, (https://iiumc.com/cerita-dari-wad-kanak-kanak/).
Assalamualaikum. Kak Nah datang lagi. Haritu Kak Nah baca ada orang minta akak tulis lagi. Jadi Kak Nah rasa Kak Nah nak sambung lagi, harapnya sudi baca dan ambil pengajaran jika ada.
1. Ramai ibu ambil mudah bab jagaan prenatal. Ramai yang tipu MGTT, taknak minum habis, kalau muntah taknak bagitahu misi sebab taknak repeat minum air gula. Kalau ada GDM tak mau control makan, konon baby yang teringin. Bila nak ambil bacaan BSP baru “puasa”.
Penipuan sebegini hanya menunjukkan ceteknya akal kita, hanya pentingkan diri dan menyusahkan anak dalam kandungan. Anak boleh dapat hypoglycaemia lepas lahir, lahir terlalu “gebu” sampai tersangkut bahu, boleh dapat masalah pernafasan dan jaundis yang teruk.
Jadilah individu yang jujur. Amanah pada tubuh badan kita,amanah pada rezeki anak yang diberi pada kita.
2. Kepada bakal ibubapa, apabila hamil carilah ilmu pasal penyusuan ibu. Tetapkan hati dan doa semoga diberi rezeki untuk susukan anak at least 6 bulan pertama. Jika di wad, minta bantuan misi ajar susukan anak.
Jika buntu, cari kaunselor penyusuan (peer counsellor), ada banyak di FB. Minum banyak air, jangan lupa nipple butter. Keluarga perlu tahu juga, bayi menangis bukan tanda tak cukup susu. Banyak lagi sebab bayi menangis. Kita bantu sama2 bagi semangat pada ibu.
3. Jaundis biasa berlaku. Susukan sahaja baby macam biasa. Jika baby menyusu badan sepenuhnya, memang lambat turun kuningnya. Sebab bilirubin biasa keluar bila baby poopoo. Tapi baby fully menyusu badan jarang poopoo sebab semua nutrient diserap, sikit je tinggal untuk dibuang.
Ni kita panggil breastmilk jaundice, asalkan bacaan darah (prolonged jaundice workout) selepas 2 minggu tu normal, teruskan breastfeeding macam biasa.
Jangan bagi susu kambing atau perahan anggur ke apa. Jangan jangan jangan. Ibu pun jangan makan jamu, tunggu anak hilang jaundis dulu jika nak makan.
4. Umur 5 tahun ke bawah paling penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anak. Perhatikan perkembangan anak, jika lewat bagitahu pada misi. Jika terlewat, cuba usahakan untuk terapi.
Jika anak disahkan ada autism, hantar ke pusat jagaan EIP. Lebih awal kita bertindak lebih bagus. Kak Nah faham susah nak terima hakikat jika anak kita ada masalah sebegini tetapi lebih cepat ibu ayah ambil tindakan, lebih baik kesannya pada anak.
5. Anak adalah cerminan didikan kita. Jika kita tidak beradap, macam mana anak nak belajar hormat orang? Di wad Kak Nah banyak kali jumpa pesakit yang umur 5-6 tahun memaki, mencarut bila dicucuk. Ada yang meludah misi.
Kita tegur dan bagi nasihat tapi bila lihat ibu ayahnya berbual guna bahasa kasar, selamba mencarut depan anak…apa lagi Kak Nah garu kepala jelah.
6. Anak serap apa yang berlaku di sekeliling dia. Asingkan tempat tidur bila dah 3 tahun. Jangan lah buat hubungan suami isteri depan anak. Kami di wad pernah lihat anak 2-3 tahun buat posisi macam-macam dengan patungnya.
Ada pesakit kami dirujuk kerana selak skirt kawan di sekolah. Punca? Dia lihat atoknya tonton video tak senonoh di rumah. Kita selalu dengar orang kata “alah.. budak kecik bukan tau apa” Salah tu. Budak-budak tahu.
7. Ajar anak sentuhan selamat. Ajar anak untuk beritahu jika ada orang buat perkara tak senonoh padanya. Sentiasa waspada biarpun dengan ahli keluarga kita. Banyak kes di wad kami anak-anak ini diragut kesucian oleh orang yang dikenali.
Jika berlaku TOLONG AMBIL TINDAKAN. Walaupun orang yang bersalah itu ahli keluarga kita sendiri, tapi lindungilah anak kita. Ambilah tindakan. Lawan untuk anak.
8. Jangan bebankan anak dengan kerja-kerja yang bukan tanggungjawab mereka. Kak Nah ada beberapa pesakit remaja yang ada sakit kronik yang mana mereka rela hati nak masuk wad kerana nak lari dari tugas di rumah.
Ada yang sampai tak makan ubat, tak ambil insulin supaya mereka jadi sakit dan boleh admit di wad. Bila masuk wad pun ibu ayahnya jangan harap nak melawat. Hanya hantar hari admission dan ambil balik anak pada hari discaj sahaja.
Tapi anak gembira, sebab katanya jika duduk rumah mereka perlu pergi sekolah, balik rumah jaga adik, uruskan kerja rumah. Kasihan anak2 kita ni. Meminta bantuan anak boleh saja,tapi jangan sampai letak sepenuhnya beban pada dia.
9. Anak tidak bahagia pun duduk dalam keluarga yang tidak harmoni. Kita selalu dengar taknak bercerai sebab anak2. Tapi pernahkah kita fikir apa akan jadi jika anak dibesarkan dalam keluarga yang porak peranda?
Keganasan rumahtangga bagi kesan pada emosi anak tau. Anak membesar jadi tantrum, baran dan cenderung agresif.
Ibu/bapa yang curang akan menyebabkan anak hilang hormat padanya dan anak membesar jadi orang yang skeptikal dan ada isu kepercayaan. Jadi janagan jadikan anak sebagai alasan kita tidak mahu ambil tindakan.
10. Ini pesanan tambahan dari Kak Nah. Jika ada di luar sana yang hamil luar nikah, yang buntu nak buat apa. Nasihat Kak Nah pergi sahaja check up di KK,jangan pedulikan sindiran misi (ni ramai yang takut).
Jika anak dah lahir, Kak Nah mohon tolong buatkan surat beranak anak dulu. Dan minta hospital hubungi JKM. Tolong ya? Buatkan dulu surat beranak anak itu. Sayang, anak tu perlukan warganegara kita. Jangan tinggalkan dia tanpa apa-apa dokumen. Kak Nah mohon sangat.
Kak Nah dah jumpa ramai baby ditinggalkan tanpa dokumen. Kasihan mereka tak jadi warganegara malaysia.
Sampai sini sahaja kalini. Doakan Kak Nah di hari-hari terakhir perkhidmatan Kak Nah.
– Kak Nah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit