Kak Ngah

Assalamualaikum dan selamat pagi (since aku tulis confession ni masa tengah pagi buta huhu) . Aku tertarik nak tulis confession pasal Kak Ngah aku ni lepas aku baca pasal yang Abg Ngah dia penagih dadah tu. first, biar aku kenalkan diri dulu lah eh. aku perempuan. usia baru nak masuk 20an. ada dua orang kakak and dua orang adik. aku intro sikit pasal kak long supaya korang tau kenapa aku rapat ngan kak ngah.

Kak long aku ni perangai lebih kurang dengan abang ngah confessor sebelum ni. dia terlibat dengan tahi dadah. ayah tak suka kak long.ayah buang kak long. yer kak long pon sekolah sampai tingkatan tiga jugak. kak long pandai curi duit kak ngah sampai kak ngah sendiri pon dah tak tahan dengan perangai kak long. kak ngah aku pon jenis panas baran jugak. lepas ayah halau kak long, kak long pon tak tinggal dengan kitorang lagi dah. sejak daripada tu tanggungjawab sebagai anak sulung semua terletak kat bahu kak ngah. hmm sebenarnya masa kak long ada pun, memamg semua tanggungjawab kak ngah yang buat. kak ngah jaga kami adik beradik masa ibu dengan ayah pergi kerja. kak ngah yang masakkan untuk kami lepas kami balik sekolah. sian kak ngah balik sekolah penat2, kena masak pulak. lepas makan, dia akan pastikan kami mandi dan siapkan diri semua and paling penting dia akan pastikan kami siapkan kerja sekolah. kak ngah ni garang. jangan ingat boleh tidur2. sebenarnya tak ada lah garang tapi lebih kepada tegas.

Oh yer ayah aku selalu outstation. ibu pulak kerja shift. kak ngah lah yang kemas rumah, basuh baju, sidai baju, lipat baju, masak dan segalanya lah. kami adik2 yang lain ni bukan tak tolong kak ngah tapi kak ngah memang tak suka orang kacau kerja dia espicially kalau time dia tengah masak. lagi satu time tu pulak kami masih sekolah rendah so kak ngah anggap macsm kami masih kecil huhuh. bab masakan pulak kak ngah punya masakan memang superb. mention je nak makan apa, semua kak ngah boleh masak. kami pun banyak makan air tangan kak ngah. ibu aku jarang masak. kalau ibu nak masak pun, kak ngah tak bagi sebab dia kesian kat ibu penat kerja. aku perhati rutin harian kak ngah memang memenatkan sampai aku tak tau masa bila dia study. tiap kali exam,result semua gempak2 especially math. suka betul dia dengan math dia tu. tak tau lah kot kak ngah ni memang gifted ke apa.

Kak ngah tak pernah merungut dia penat buat semua kerja. muka tenang dan rela. haha maybe sebab kak ngah aku ni hati keras sikit dan dia ego. tak suka tunjuk yang dia tu sedih bila depan orang. semua yang dia rasa semua dia pendam je. mcm tu lah rutin harian kami dengan kak ngah hari2. ni aku ringkaskan jelah sebab nak masuk the next part yang agak sedih,

Masa kak ngah tingkatan empat, ditakdirkan ayah kemalangan masa dalam perjalanan nak ke pahang. lagi sedih bila ayah lumpuh dan tak boleh bekerja. ayah terlantar je kat bilik. ekonomi masa tu macam goyah sikit sebab gaji ibu pon tak seberapa. kak ngah masih masak macam dulu tapi dah tak ada lauk mewah2. kadang nak makan telur pun kena share. tanggungjawab kak ngah pun makin beban sebab nak kena bagi perhatian kat ayah. mandikan ayah, suap ayah makan. ibu pulak dah tak tahan dengan ayah tapi kak ngah yang jadi tempat untuk ibu luah perasaan ibu. yer aku tau sebab aku curi2 dengar. kak ngah pesan dekat ibu supaya ibu tak tunjuk emosi depan adik2 sebab tak nak pelajaran kami terganggu.

Suatu hari tu aku terjaga pukul 5 pagi tengok kak ngah tengah sibuk bungkus nasi lemak. aku excited je nak breakfast nasi lemak pagi tu sebab ingat kak ngah masak khas untuk kami rupanya kak ngah masak sebab nak jual kat sekolah. hmm sebak aku time tu. kak ngah gigih jugak nak tolong ibu cari pendapatan lebih. lepas tau tu, aku terus masuk bilik sebab tak nak nangis depan kak ngah. dah lah tahun depan dia nak spm, ambik aliran sains tulen lagi. dia sepatutnya hadap buku dan fokus kat pelajaran dia tapi dia terpaksa hadap masalah keluarga. alhamdulillah kami adik beradik memang tolong kak ngah sebab masing2 dah besar. dan masing2 pon memang kesian kak ngah.

Hampir setahun ayah lumpuh, ditakdirkan sebelum beberapa hari kak ngah nak spm, ayah meninggal dunia. Allahu kalau aku jadi kak ngah, aku tak tau macam mana nasib aku. first time aku tengok kak ngah nangis sampai lembik lutut. kak ngah salahkan diri dia atas semua yang jadi. beberapa hari lepas tu, kak ngah pun duduki spm dengan emosi yang tak keruan. kak ngah harap dia dapat masuk salah sebuah kolej ni sebab nak elaun tapi korang jangan salah faham, kak ngah bukan mata duitan, kak ngah nak kurangkan kos pengajian dia. tambahan pula, kolej tu dekat je dengan rumah. hari2 kak ngah doa supaya dapat kolej tu. kak ngah betul2 gigih nak teruskan pengajian dia sebab dia nak penuhi cita2 ibu untuk tengok kak ngah jadi cikgu.

Selepas keputusan kolej keluar, alhamdulillah kak ngah mendapat tempat di kolej tu walaupun keputusan kak ngah tak berapa nak elok (which means sepatunya kak ngah boleh dapat lebih) yang kak ngah nak tu tapi sayangnya masa tu kak ngah dah tak ada. Allah ambik nyawa orang yang dia sayang. kak ngah terlibat dengan kemalangan masa dalam perjalanan nak hantar nasi lemak kat gerai. ibu lah orang yang paling sedih sebab penguat semangatnya telah tiada. kami adik beradik turut bersedih. kami rindukan bebelan kak ngah, masakkan kak ngah, dan semua pasal kak ngah. walaupun kak ngah garang tapi kak ngah baik. sangat2 baik.dari aku kecil aku suka cerita pasal kak ngah dekat kawan2 aku sebab aku bangga ada kakak macam kak ngah sampai kawan2 aku yang tak ada kakak pun teringin nak ada kakak. haha. aku rasa aku lah adik yang paling bertuah sebab ada kakak macam kak ngah. dalam pada masa aku rasa sedih sebab ada kakak yang perangai macam kak long, Allah lebihkan kekurangan tu dengan takdirkan kak ngah sebagai pelengkap segalanya.

Sekarang adik2 aku tinggal di asrama kat sekolah. aku pulak tinggal kat kolej yang kak ngah teringin sangat nak masuk tu. aku nak ganti tempat kak ngah untuk teruskan impian ibu untuk melihat anaknya menjadi seorang pendidik. akhir kata, maaf kalau ayat aku berterabur sebab aku bukan budak sastera. nak pulak otak aku tengah serabut sebab lagi seminggu nak final exam. doakan aku yer readers semua. huhuh. terima kasih admin kalau admin dah siarkan cerita saya ni. assalamualaikum.

– Adik Kak Ngah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit