Hai semua. Aku Nad dan berumur 22 tahun. Apa yang aku nak cerita ialah pasal kakak aku. Kakak aku nama Yaya, umur 32 tahun. Yaya kakak aku yang paling sulung. Dan aku anak bongsu. Kak Yaya tak pernah berkahwin. Sebab mindset dia, dia akak sulung so tanggungjawab dia adalah family. Selagi adik2 dia belum kahwin, dia takkan kahwin.
Alhamdulillah, 2 orang abang & 2 orang kakak aku dah selamat mendirikan rumahtangga masing-masing. Tinggal kat rumah sekarang ni Kak Yaya dengan aku je yang belum kahwin. 2 orang abang aku tinggal dengan kami. 2 orang kakak ikut suami masing-masing. Parents kami masih ada.
Dalam ramai2 adik beradik aku, aku paling sayang Kak Yaya. Aku paling respect dia. Aku nak cerita dari dia mulakan hari dia sehingga lah dia tidur.
Kak yaya bangun jam 5 pagi setiap hari. Benda pertama sekali dia akan buat ialah dia akan buatkan sarapan untuk kami semua dalam rumah. Even untuk anak saudara dia pun dia uruskan. 6 pagi dia uruskan abah & mama. Dia kejutkan untuk solat subuh. Dia mandikan abah dulu, siap2kan abah, then abah solat atas katil. Lepas tu dia siapkan mama. Mandi pakai baju apa semua Kak Yaya buat sendiri. Lepas tu terus dia suapkan makan. Lepas dah settle mama & abah, dia uruskan aku & 2 orang abang aku.
8 pagi dia kejutkan anak saudara kami. Siap mandikan semua Kak Yaya hantar budak kecik tu ke rumah pengasuh.
9 pagi dia masakkan terus lauk tengah hari memandangkan Kak Yaya kerja sampai 7 malam. Dia pesan aku siap2 apa yang aku kena buat sepanjang ketiadaan dia. Tepat jam 9.45 pagi dia gerak pi kerja.
Ada yang tertanya2 ke kenapa Kak Yaya kena buat semua ni sendiri? Kenapa takde sorang pun yang bantu sedangkan aku & abang2 aku ada?
6 tahun lepas, abah & mama terlibat dengan kemalangan. Mereka lumpuh dari pinggang ke bawah. Sejak dari tu kami adik beradik bergilir jaga abah & mama. 2 tahun lepas tu, abang2 aku kahwin serentak. Setahun lepas nikah, kak ipar aku mengandung. Time tu semua orang happy. Abah & mama orang paling happy. Sampai lah dorang dah selamat melahirkan baby2 yang sangat comel. Kak ipar aku ade komplikasi mase melahirkan.
Seminggu lepas bersalin, dua kak ipar aku meninggal dunia. Dua2 meninggal serentak. Aku tak tau kenapa Allah uji kami semua. Semua sedih. Abang2 aku paling sedih. Dengan anak2 yang baru usia seminggu. Kak yaya lah antara penguat kami. Dia relakan diri nak jaga anak2 abang2 aku. Sampai lah masing2 dah besar dah pandai cakap. Semua Kak Yaya yang jaga.
Tapi nasib tak selalu baik kan? Abang2 aku kemalangan masa tengah ride dengan kawan2 dorang. And yes, dorang koma. Lumpuh seluruh badan. Eksiden teruk sangat. Dorang terperosok bawah treller. Aku masih ingat lagi reaksi Kak Yaya lepas polis call rumah. Wajah dia sedih tapi dia masih senyum lebih2 lagi depan mama & abah.
Semua Kak Yaya yang uruskan. Kak yaya bawak balik abang2 untuk dia jaga. Sekarang tanggungjawab Kak Yaya makin bertambah. Dan semestinya perbelanjaan makin besar. Aku pernah nampak Kak Yaya menangis atas sejadah lepas solat isyak. Dia menangis merayu2 mintak tolong dengan Allah.
Kak yaya anak sulung. Dia takde siapa nak meluahkan rasa. Dia pendam sorang2. Sakit dia, dia tanggung sorang. Aku pernah nampak muka Kak Yaya pucat sangat. Macam mayat hidup. Tapi dia kuat sangat. Sakit2 pun dia masih uruskan kami.
Tertanya lagi ke kemana aku? Aku ada je. 3 tahun sudah aku berkerusi roda. Aku kehilangan kedua2 kaki aku selepas digilis lori balak. 3 tahun sudah aku menjadi beban pada Kak Yaya. 3 tahun jugak aku tak henti2 salahkan diri sendiri.
Mana kakak aku lagi 2 orang? Aku tak tau kemana silap kami, sejak kematian kak ipar aku, kakak2 aku & suami mula menjauhkan diri dari kami. Kata mereka takut terjangkit nasib malang kami. Sedih? Kami dah lali. Sehingga kini kami tak pernah berhubungan dengan mereka.
Tapi Kak Yaya tak pernah mengeluh. Setiap perkara dia buat, dia senyum je. Tak pernah marah2 walaupun aku tau dia penat. Walaupun aku tak boleh berjalan, tapi aku tetap tolong Kak Yaya apa yang aku mampu. Sedikit sebanyak boleh lah kurangkan beban Kak Yaya.
Tujuan aku cerita ni semua adalah aku nak cari jodoh untuk Kak Yaya. Yang sanggup tolong Kak Yaya jaga kami. Sebab aku sendiri tak sanggup tengok Kak Yaya uruskan semua sendiri. Aku tau dia kuat, tp sekuat mana lah seorang perempuan. Hatinya mudah rapuh. Kalau ada yang sanggup, tak perlu duit hantaran, tak perlu majlis. Cukup sekadar yang wajib sahaja.
Akhir kata, tolong doakan Kak Yaya terus kuat ya!
– Nad
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit