Kak4k Aku

Hi, nama aku Ly. Aku ada 8 orang adik-beradik. 3 telah berkahwin, sorang meninggal akibat Covid tempoh hari.

Alhamdulillah, kami datang dari keluarga yang biasa-biasa, di mana Abah bekerja cukup untuk makan minum kami, sampailah kami ke universiti. Manakala, Mak tidak bekerja setelah melahirkan aku.

Hubungan kami sekeluarga baik sahaja, ia bertambah baik setelah pertambahan ahli keluarga.

Namun, ku sangkakan panas hingga ke petang, hujan pula di tengah hari. Kakak aku telah berkahwin dengan seorang muallaf yang berketurunan India.

Semuanya nampak elok sahaja, sehingga satu hari kakak aku menukar penampilan kepada wanita berpurdah.

Kami sekeluarga sentiasa menyokong, adalah beberapa kali Mak pelik, kenapa dalam rumah pun kena berpurdah.

Sedangkan tiada ipar duai, bila Mak bertanya, mulalah Kakak aku marah dan mengatakan yang keluarga tidak menyokong keputusan dia untuk berpurdah.

Sejak peristiwa itu, kami semua berdiam diri.

Dari hari-hari bertanya khabar kepada sebulan sekali. Tiba-tiba, mereka suami isteri left semua group whatsapp keluarga.

Mak pun bertanya kepada Kakak, kenapa left group keluarga. Terus dihambur kata-kata yang tidak sedap di dengar hingga dia mengatakan Mak memfitnah dia.

Keesokan harinya, Abah terus whatsapp dia. Dihambur juga kata-kata kurang enak dan dia beritahu Abah yang Mak ni, ada sahaja tak puas hati dengan dia dan selalu memfitnah dia.

Setelah beberapa hari, Mak dan Abah panggil kami adik-beradik dan keluarlah di mulut Mak Abah, “kalau apa-apa berlaku pada Mak Abah, pada keluarga, tak perlulah call dia.”

Kini, khabar yang kami dengar pada hujung bulan Disember haritu. Syawal kali ini langsung tidak balik. Call kami tidak berangkat, whatsapp kami tidak berbalas.

Sedih sebenarnya bila melihat muka Mak. Ramai saudara mara yang datang, pasti tanya keberadaan dia.

Entahlah. Sebelum-sebelum ini pun, jika Mak atau Abah whatsapp bertanya khabar, terus dia bank in duit.

Mak Abah tak nak pun duit tu, sejak dari itu Mak Abah memang tak nak call atau whatsapp dia. Seolah-olah kami tak mampu untuk menyara hidup.

Yang lagi buatkan aku pelik, sebelum dia left group whatsapp, adalah dia menghadiri conference di Osaka. Seminggu dia menghadiri conference seorang diri tanpa suami, setiap hari dia call dan whatsapp Mak.

Hantar gambar pada Mak. Malahan, Mak dan Abah pergi menghantar dia di airport, meskipun kami berbeza negeri. MakAbah bertolak jam 3 pagi semata-mata hendak bertemu dia.

Perwatakan dia sangat berlainan setelah berkahwin. Kakak yang sering protect keluarga, menjadi benci pada keluarga sendiri.

Kakak yang selalu ingin menjaga MakAbah, menjadi benci kepada Mak. Dulu, Mak lah kawan baiknya.

Pernah dia menghilangkan diri juga sebelum ini berbulan-bulan, call dan whatsapp mereka berdua tidak berbalas.

Mak sangat risau, sampai Mak call polis untuk melihat keadaan dia di rumah. Tapi belum sempat polis sampai, dia menelefon aku dan ayat dia, “kenapa semua orang call-call? Kakak tak mati lagi lah.”

Terus tersentap aku. Sejak dari haritu, aku terus tak call dan whatsapp dia. Kami adik beradik sepakat tak perlu lagi untuk whatsapp atau call dia.

Entahlah, hingga harini, aku pelik dan buntu. Apa agaknya yang ada di benak fikiran mereka?

Wallahualam..

– Ly (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *