Kakak Aku Curang Belakang Rupanya!

Assalamualaikum. First of all aku tak pandai karang ayat. Aku ada 5 orang adik-beradik dan aku anak yang paling bongsu. Cerita yang aku nak kongsikan ni berkisar tentang kakak sulung aku.

Masa umur dia 22 tahun, dia mula bercinta dengan seorang lelaki ni melalui kawan baiknya sendiri. Lelaki tu dibawa jumpa keluarga kami. Dari segi luarannya memang nampak baik, ada budi pekerti, sopan santun. Kemudian mereka juga bertemu dengan keluarga masing-masing.

Masa parents lelaki tu datang rumah, tujuan asalnya cuma nak berkenalan, tapi entah macam mana boleh terus jadi sampai set tarikh nikah.

Honestly, it felt too rush for me. Mak dan makcik aku pun macam beria sangat nak dorang kahwin. Riak keluarga lelaki tu mula-mula agak pelik pada pandangan aku, tapi perbincangan tetap diteruskan.

Masa tu aku masih muda, tapi aku memang rasa benda tu terlalu cepat. Lelaki tu baru habis belajar, kakak aku pula masa tu baru semester 3 degree. Logiknya, biarlah lelaki tu stabil dulu baru ikat kakak aku.

Aku masih ingat satu malam tu, a way before keluarga laki tu datang rumah. Kakak aku tengah menghadap laptop buat kerja. Aku pergi tanya, “Buat apa tu?” Dia jawab, “Tengah isi borang kahwin.”

Masa tu mak sendiri pun tak tahu-menahu. Faham tak, macam keputusan tu datang bulat-bulat dari dia sendiri. Masing-masing dalam family terkejut sebab tak pernah bincang serius, tahu-tahu terus nak kahwin. Dan akhirnya, mereka pun berkahwin.

Selepas kahwin, kakak aku teruskan belajar. Weekend dia akan balik rumah mak atau duduk rumah mertua. Pernah dia cerita, masa nak ke airport (dia study di Pulau Pinang), abang ipar aku busy kerja, jadi mak ayah mertua yang hantar.

Masa tu parents mertua siap hulur RM200 untuk belanja dia. Selain tu, abang ipar aku pun bagi duit lagi. Alhamdulillah, dari situ aku nampak kakak aku dapat keluarga mertua yang baik.

Cuma aku pelik bila kakak aku selalu cakap dekat aku: “Sebagai menantu, kita tetap orang luar.” Padahal dia sendiri cerita family mertua dia baik, selalu tolong. Kalau aku dapat layanan macam tu, memang aku appreciate sangat.

Dia pantang pun dekat rumah mertua, anak dia pun besar dengan jagaan mertua. So aku tak faham kenapa dia set dalam kepala yang dia outsider. Maybe itu boundaries yang dia sendiri buat?

Lepas tu masuk satu fasa, dia rasa hidup dia susah. Padahal dia sendiri yang nak sangat kahwin awal dulu. Dia lama tak bekerja, jadi memang semua komitmen abang ipar aku tanggung.

Aku pernah stay seminggu dekat rumah dia, masa tu aku betul-betul nampak gaya hidup kakak aku. Pergi mall, ambil barang main capai je tak tengok harga. Sekali kedai dah habis RM200. Masak pun jarang, mostly lunch & dinner order Grab.

Aku pernah tanya, “Duit kau ke?” Dia jawab, “Tak lah, duit abang ipar aku lah.” Aku ni jenis suka memerhati, jadi seminggu tu aku perasan abang ipar balik kerja selalu nampak macam lapar sangat.

Sampai satu tahap, goreng telur dengan nasi pun dah cukup. Dari situ aku rasa, abang ipar aku ni memang jenis nak berjimat sangat, tapi kakak aku spend ikut suka.

Satu masa, kakak aku dapat kerja melalui kenalan abang ipar. Gaji agak tinggi juga masa tu. Disebabkan dia nak mula bekerja, anak dia dihantar ke Al-Khautsar.

Bila aku tengok yuran dekat situ, masyaAllah boleh tahan. Aku tanya, “Kau share dengan suami?” Dia jawab, “Tak, tu nafkah. Suami aku lah kena bayar.” Kepala aku terus jem.

Hello, tahu tak level kewangan suami kau? Benda ni bukan pasal lelaki provider semata, tapi pasal toleransi. Kalau nampak suami struggle, at least cuba faham.

Aku rasa kakak aku masa tu memang influenced dengan kata-kata dari socmed pasal lelaki wajib tanggung semua. Mana sikap empati dia dekat suami?

Selepas setahun, anak dia ditukar ke PASTI (lebih murah, ikut kemampuan). Kakak aku berhenti kerja sebab majikan buat hal, jadi jadi suri rumah balik.

Lepas tu dia dapat panggilan interview SPA. Mula-mula malas, tapi abang ipar aku yang push, sanggup ambil cuti dan teman dia pergi. Alhamdulillah dia dapat kerja kerajaan tu.

Aku fikir keadaan makin stabil, tapi tak sangka dari situ perangai dia makin lain. Dia mula bergaya ikut cikgu-cikgu sekolah, buat 3 loan, 2 kad kredit. Dia beli rumah untuk jadikan Airbnb, suami dia yang banyak setup rumah tu.

Tapi cara dia terlalu cepat nak perfectkan rumah tu, semua nak penuh kelengkapan sekali gus. Aku terfikir, kenapa tak rolling perlahan-lahan ikut kemampuan?

Beberapa bulan lepas tu, tiba-tiba dapat tahu kakak aku bercerai. Aku sendiri terkedu bila tahu melalui surat yang sampai rumah mak. Masa tu aku menangis, sebab kesian dekat anak buah aku yang baru nak masuk darjah satu. Dalam hati aku penuh marah dan sedih.

Lepas tu baru terbongkar, punca perceraian sebab orang ketiga. Kakak aku curang! Aku memang tak boleh terima sebab abang ipar aku tu baik, soft spoken, pandai masak, urus anak, jaga rumah. Kakak aku pulak? Balik rumah mak kerja tahu tidur, anak semua suami urus.

Bila family mertua ada aktiviti pun dia jarang join, selalu suami dan anak je pergi. Function dia as a mother pun aku tak nampak. Little that I know, kakak aku sekadar sent documents dekat WhatsApp minta cerai. Bila kata kenapa, dah tak ada kesefahaman.

Habis iddah, kakak tunjuk gambar lelaki baru dekat mak. Mula-mula kata kawan, tapi last-last terbongkar dah lama ada hubungan. Kakak kedua aku yang rapat dengan dia perasan WhatsApp dia selalu lock, suka menyendiri, semua puzzle akhirnya connect.

Lagi sakit hati bila dia cuba hasut mak konon suami tak bagi nafkah. Nasib baik kakak kedua panggil abang ipar aku tanya terus. Rupanya semua benda dia dah sediakan siap dengan bukti receipt yang dia simpan as record perbelanjaan.

Tak sampai 3 bulan habis iddah, kakak aku bertunang. Tak sampai 4 bulan, kahwin. Dan bukan dengan lelaki yang mula-mula dia tunjuk, tapi dengan orang lain, kali ni polis. Aku rasa dia memang aim lelaki kerja kerajaan, sebab fikir hidup lebih stabil. Dari cikgu, lepas tu polis.

Mula awal awal terbongkar dia curang, mak ayah lah orang pertama nasihat and tegur tapi guess what?? Lagi melenting kakak aku tu. Habis bergaduh besar kami sekeluarga sebab dia dengan penuh tanpa rasa bersalah, mempertahankan keputusan dia.

Sekarang dah 7 bulan lepas iddah, dia tengah bersiap untuk kahwin. Kami adik-beradik? Honestly, dah naik meluat dengan perangai dia. Kedua abang atas aku paling marah. Aku sendiri? All of us? Just fake ourself in front of her, for my mom’s sake.

Tapi dalam hati, aku paling risau anak buah aku. Aku dah pesan dekat mak supaya extra prihatin pada cucu dia tu. Sebab budak tu berhak dapat kasih sayang cukup.

Honestly, aku sendiri rasa abang ipar aku dan keluarganya jauh lebih berhak untuk jaga anak tu, sebab dorang memang terbukti lebih sayang dan lebih bertanggungjawab. Tapi nak buat macam mana, nak elak gaduh besar, buat masa ni ikut je arrangement giliran hujung minggu.

Tapi kalau satu hari nanti kakak aku khianat lagi abang ipar aku dengan main tarik tali anak, sumpah aku sendiri akan tegur dia cukup-cukup. Biarlah sampai bergaduh besar sekali pun, sebab at least ada orang yang kena sedarkan dia.

– Bella (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *