Kakak, Aku, Keluarga & Sakit Misteri

Aku tak tahu nak cerita macam mana. Kalau aku cerita orang kata aku gila, berangan, isap gam lah. Tapi apa yang aku nak cerita bukan rekaan.

Keluarga aku mempunyai sakit misteri. Tak tahu sihir atau saka. Bercampur aduk semua. Di kalangan keluarga, kakak aku, namakan kak Kuntum (bukan nama sebenar) paling teruk. Kami syak kak Kuntum kena sihir mulanya. Tapi makin berubat makin teruk.

Ada segelintir perawat bukan nak tolong, tapi diletakkan barang mereka dalam badan dia. Sebabkan tu, badan kakak aku umpama ada saluran atau sarang yang mudah benda2 tu masuk. Kejap bunian, pontianak, pocong macam2 lagi.

Kalau kami keluar atau bercuti dengan kakak sangatlah susah hati.

Aku ingat lagi. Haritu aku, adik aku dengan kak Kuntum tengah makan kat luar. Tengah borak2 kat meja makan, tiba2 badan kak Kuntum membongkok dan lepas tu mengaum kuat macam harimau.

Terkejut orang dalam kedai makan. Semua pandang kami. Aku dengan adik masa tu dah panik. Malu satu hal. Risau keselamatan pelanggan situ pun ada.

Dengan kalutnya aku cepat2 pergi kaunter bayar makan. Baki duit pun tak ambik. Lantaklah…

Aku dengan adik kelam kabut nak tarik kakak keluar dari kedai. Masalah pulak. Dia tak boleh berdiri. Dia merangkak macam harimau….Aduiiu satu hal.

Aku cepat2 pergi ambik kereta dan parking depan kedai. Dalam keadaan panik dan malas nak peduli, aku dengan adik bawa kakak masuk kete. Masuk kereta pun merangkak macam harimau weh.

Sambil merangkak siap mengaum2 macam harimau. Nak pekuk mulut suruh diam, karang dia gigit jari aku pulak. Dulu dah pernah kena sekali.

Buka pintu kete dia lompat duduk seat belakang macam kucing masuk kete. Dah la badan kakak aku tu sedap2. Bergoyang jugaklah kereta masa dia masuk.

Suruh duduk dalam kereta pun dia masih keadaan merangkak.

Adui…Lantaklah. Aku start kereta terus bergerak. Orang dalam kedai semua perhati je. Tak tolong pun. Mungkin dorang takut atau antara mimpi atau reality melihat insiden tadi.

Tak lama dalam kete, kakak aku masih mengaum macam harimau dan marah2 kata kenapa makan kedai tu.

Aku jawab ” kami dah lapor, kami makan je lah kat kedai tok rimau”. Aku panggil “Tok rimau” kat benda tu. Ye lah… Takkan nak panggil tenggiling kot.

Tok rimau bagitau kat kedai tu ada perempuan rambut panjang, lidah terjelir duduk kat tempat hidangan makan pelanggan. Tapi sebabkan dia perasan kakak aku, benda tu cuba masuk dalam badan kakak aku.

Tapi sebelum benda tu masuk, tok rimau tu masuk dulu dalam badan kakak aku untuk lindung dia. Aku dengan adik aku pun…. Hmmmm… Ok lah. Kami pujuk elok2 suruh tok rimau tu keluar.

Ye lah. Dah la merangkak kat seat belakang dengan tak pakai seat belt. Kalau polis atau jpj tahan, jenuh pulak nak explain lagi kat balai.

Beberapa saat lepas adik aku baca zikir dan sapu minyak kasturi, baru kakak aku ok.

Fuhh… Lega… Lalu kami pulang ke rumah dan menceritakan insiden berlaku pada keluarga. Kakak aku bagi tahu dia antara sedar tak masa dia kena rasuk tadi. Cuma kami berikrar tidak akan makan lagi kat kedai tu selepas kejadian.

Ikutkan banyak lagi benda aku nak cerita. Tapi lain kali lah.

Terima kasih sebab sudi baca luahan cerita saya yang tak masuk akal ni. Tapi ini lah realiti. Siapa yang pernah alami, dia mungkin akan faham.

Yang benar,

– Anak Harimau Comel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. aduuuiii, satu je keeee. bagila lagi contoh situasi.. ni dekat sini asyik baca cerita cintan cintun rumah tangga je bosan gak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *