Kakak Aku Makhluk Luar Biasa

Hai pembaca semua, nama aku Shining (mestilah bukan nama sebenar). Sorry kalau confession aku ni bercampur Malay-English. Aku generasi jaman now bak kata orang Kokdiang.

Umur aku awal 30-an. Aku asal mana? Bukan Kokdiang pastinya. Korang tak yah tahu lah. Haha. Confession ni memang tentang kakak aku, bukan tentang aku.

Okay, kakak aku ni anak ke-4 dari 8 beradik. Aku pulak anak last. Dan kakak aku ni dilahirkan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).

Anggota badan dia lengkap cuma dia tak boleh berjalan normal, dia boleh berjalan dengan lutut dan mengengsot je. Yang lain semua normal, akal fikiran normal, percakapan normal.

Disebabkan aku anak last, beza umur aku memang jauh lah dengan dia sebab beza antara aku dan abang sebelum aku pun memang banyak tahun.

Dia sekolah sampai sekolah menengah tau. Jangan main-main. Tapi lepas tu dia berenti sebab susah, masa tu takde wheelchair. So dia duduk rumah jela.

Walaupun dia OKU, dia boleh buat kerja rumah. Bila abang kakak aku semua masuk asrama, masuk universiti, memang dia la yang sapu dan kemas rumah hari-hari.

Aku sebagai budak sekolah rendah waktu tu memang jadi macai dia la untuk tolong dia ambik itu ini, tolong dia ambik benda yang dia tak sampai. A

ku tak kisah pun tolong dia, walaupun kadang-kadang aku malas, tapi aku tolong gak. Haha.

Lepastu dia akan buatkan aku air sedap2, kadang milo ais, kadang teh ais, takpun nescafe ais. Air dia buat sedap weyy. Aku kecik2 dah pandai minum kopi nescafe bagai.

Lepas arwah abah aku meninggal, kat rumah tu memang tinggal aku, kakak aku ni, sorang kakak angkat aku (inshaAllah kalau ada masa, aku nak buat confession pasal ni) dan mak aku je.

Memang rutin dia still sama, kemas rumah semua. Bila turn aku pulak masuk asrama, memang ada 3 orang tu jela masa tu. Bila aku balik waktu cuti, aku tolong la kat rumah tu apa yang patut, aku dah besar kan.

Dipendekkan cerita, masa aku form 4, kakak angkat yang tinggal sekali dengan kitorang tu dah berhijrah, dan kakak aku yang ni pun akhirnya berkahwin, dengan OKU jugak.

Alhamdulillah, setahun lepas tu dapat sorang anak. Kebetulan anak dia lahir waktu aku habis SPM, aku la yang jaga dia pantang, mandikan baby dia semua, sebab mak aku dah tua, tak berani handle baby.

Diorang laki bini memang duduk rumah mak aku je. Laki dia alhamdulillah boleh drive, ada kereta second waktu tu. Dapat la bawak anak bini jalan-jalan. Diorang laki bini dapat duit bantuan untuk sara hidup, sambil buat bisnes kecil-kecilan.

Aku pulak, masuk matrik, masuk Uni semua la macam orang2 lain. Bila waktu cuti sem, aku akan pulang untuk jadi macai diorang. Hahaha.

Ikut diorang gi beli barang, tukang angkat barang berat, tolong la apa yang boleh. Tolong pegang anak diorang kalau nak bawa anak diorang jalan2, tapi serius aku tak kisah pun wey, dia kan kakak aku.

Sekarang, anak dia dah sekolah menengah, aku pun dah kawin ada anak. Semua tu dah jadi memori jela. Dia dapat rumah bantuan, dapat buat rumah sebelah rumah mak aku, rezeki dia.

Aku dah jarang2 dapat jadi macai dia lagi, aku pun sibuk kerja bagai. Kalau aku balik, dia sibuk belanja aku itu ini. Dia kata dia ada duit. Dia tak bagi langsung aku belanja dia. Padahal aku yang patut belanja dia kan. Hahaha.

Tapi tiap kali aku nak balik semula ke tempat aku, aku hulur jugak tau duit kat dia. Saja nak riak. Ngehehe.

Seriously, dia memang makhluk luar biasa, sebab dia sangat tabah jalani kehidupan dia, semangat dia memang kuat. Rajin betul dia masak, kemas rumah, urus anak semua.

Pembaca semua, sekarang ni, waktu aku tengah tulis confession ni, 27 Jun 2024, kakak aku ni tengah bertarung nyawa di ICU, sebab tiba2 dia sesak nafas.

Dan aku pulak, time ni diuji dengan Covid, so aku tengah kuarantin. Aku tak dapat balik tengok dia weyhhh. Korang tahu tak aku sedih gila ni, aku takut sangat jadi apa2 kat dia.

Aku doa Allah panjangkan umur dia sebab aku nak balik jumpa dia minggu depan. Jadi aku dapat satu idea bernas, aku nak buat confession kat sini supaya aku dapat minta semua pembaca kat sini doakan kesembuhan kakak aku dan doa supaya dia panjang umur.

Aku tak ready nak hilang dia lagi. Sekarang ada adik-beradik aku yang lain kat sana yang update tentang dia.

“Ya Allah, sembuhkanlah kakak confessor ni, permudahkan dia untuk beri respons positif kepada rawatan yang diberi dan sihat seperti sediakala, panjangkanlah umurnya Ya Allah, Aamiin Ya Rabbal A’lamiin”

Korang jangan skip doa ni tau. Thank you korang.

– Shining (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *