Salam guys. Cerita aku ni bukan rekaan atau fiction. Memang kakak ni bercahaya.
Susah untuk aku gambarkan tapi cahayanya bukan seperti lampu yang silau tapi lebih kepada cahaya bulan, yang menerangi tanpa menyilaukan.
Aku gelar wanita ni kakak ye sebab dia pernah jadi senior sekolah aku dan sekarang kakak ipar aku.
Pertama kali aku jumpa kakak di surau sekolah menengah.
Rumah aku agak jauh dengan sekolah. Hampir setiap hari aku 12 jam di sekolah kerana sesi sekolah pagi, sesi kelas tambahan petang dan latihan silat sampai jam 6.30 petang.
Masa tu aku masuk surau untuk solat asar 6.30 petang++.
Lepas solat, aku nampak kelibat perempuan bertudung di satu sudut surau yang malap tanpa lampu, orangnya bercahaya sambil berzikir.
Aku takut dan cepat2 keluar, tiba2 perempuan tu tegur aku dan baru la aku nampak rupanya dia manusia biasa.
Di situ kami mula kenal. Rupanya dia senior 2 tahun lebih tua dari aku. Aku panggil dia kakak.
Kakak baru pindah sekolah aku lepas mak ayah kakak meninggal kerana accident. Kakak tinggal di rumah neneknya.
Muka dan tapak tangan kakak masih ada kesan luka2 accident.
Kakak juga balik lambat sebab ada latihan Taekwondo dan rumahnya agak jauh dengan sekolah.
Setiap petang, kakak balik ke rumah sambil berjalan.
Ada masa abang aku jemput aku dari sekolah dengan kereta, aku akan ajak kakak balik sekali. Tapi ada masa, abang datang dengan motor, aku tak jemput la, haha.
Sepanjang 3 tahun di sekolah, ada beberapa kali aku nampak kulit kakak bercahaya bila solat dan berzikir. Kurang dah seram aku.
Kulit kakak bukan putih merah seperti Korean, Japanese atau Caucasians tapi lebih kepada cerah kuning langsat orang melayu.
Fast forward, aku dah masuk universiti. Abang aku bagitahu keluarga kami yang dia nak berkahwin dan orang tu adalah kakak.
Aku happy sangat2 sebab aku tahu kakak orang baik dan abang aku pun lelaki yang ok.
Aku happy sebab dua2 orang baik dan orang aku sayang berjodoh. Insha Allah.
Sepanjang perkahwinan mereka, aku ada beberapa kali tinggal di rumah mereka. Kakak yang jemput aku duduk rumah mereka setiap kali cuti sem.
Beberapa kali aku terbangun dari tidur dan melihat kakak dan abang aku solat di tengah malam.
Rumah mereka ada surau kecil di bilik kecil. Surau kecil tu tak ada pintu, setiap kali aku berjalan ke dapur nak minum atau ke toilet dapur, aku nampak mereka solat tengah2 malam.
Kakak solat berjemaah di belakang abang aku, aku nampak kakak bercahaya lagi.
Surau tu guna lampu yang ambient light dan malap, memang nampak tenang dan sedikit gelap. Aku nampak kakak bercahaya dan abang aku tak.
Aku syak abang aku tak pernah nampak kakak aku bercahaya ni atau memang mata aku yang rosak, haha.
Tu je cerita aku.
Aku tak tahu amalan kakak apa tapi muka sentiasa berseri, ceria dan tersenyum.
Sejuk mata orang memandang.
Mak aku yang jenis agak degil dengan anak2 dia pun akan tunduk dan mendengar nasihat kakak.
Tu je. Bye!
– Adik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
seronok n bahagia masih byk org kita mengamalkan ajaran dgn benar..jd sebak ssb sy tak mcm tu, muka xdak seri langsung..
Alhamdulillah..terima kasih kongsi cerita akak ipar awak. Pandangan saya,alang2 awak selalu nampak akak iapr awak bercahaya, apa kata awak tanya apa amalan akak ipar awak sehingga macam tu,boleh jadi pahala untuk awak
Sambungan…boleh jadi pahala untuk awak dan boleh juga kami yang baca cerita awak ni,turut beramal sama..mintabtolong tanyakan dan kongsikan ya amalan akak ipar awak tu…
Allah SWT buka hijab penglihatan kamu untuk melihat kebesaran-nya kerana kalbu para mukmin itu istananya Allah SWT.