Untuk part I, (https://iiumc.com/kakak-buntu-patut-ke-cerai/).
Hai, it got me 2 years to update story about my family. Dulu aku pernah post satu confession disini. Aku sertakan link, so korang boleh baca yang part 1 dulu.
Thank you sangat kepada yang bagi kata-kata sokongan kepada aku untuk part 1 hari tu. Hanya Allah yang mampu balas jasa kalian. Semoga kata-kata yang baik akan kembali kepada si pemberi.
Sekali lagi aku perkenalkan, namaku Nur, berusia 20 tahun sekarang. Aku sekarang berada pada last semester untuk diploma (aku keluar dari f6 dan masuk dip).
Ketika aku menulis confession pada 2019, aku baru berusia 18 tahun. Confession pada kali ni aku rasa akan jadi lagi panjang sikit, jadi maaf ya. Huhu.
Mula-mula dulu, aku ingatkan my life is going to be easier dan ada sinar harapan. Aku berfikiran positif yang ayah dan mak akan bersama semula memandangkan diaorang dah ada sedikit toleransi antara satu sama lain. No more harsh word, masih berhubungan guna ws.
Tahun 2020, ayah masuk hospital sebab dia kemalangan. Sebenarnya aku kurang pasti kenapa ayah masuk hospital. Bulan Mac 2020, dah start covid so aku balik rumah.
Ayah sakit sepanjang di hospital, aku dan adik akulah yang jaga. Dia tak boleh bergerak sebab kaki dia baru dimasukkan besi.
Pergi tandas apa semua akulah yang uruskan sebab sakit. For the very first time, aku basuhkan berak ayah.
Mula-mula tu rasa awkward lah jugak tapi lama-lama okay. Aku marah pada ayah, tapi pada masa yang sama aku pun kesian.
Have you ever heard about, orang yang jahat ni sebenarnya kurang kasih sayang? Ayah dan mak sememangnya tak bagi aku dan adik-adik didikan agama yang cukup.
Aku nak mengeluh, tapi mak ayah pun tak dapat didikan yang cukup dari parents diaorang (nenek dan datuk aku). Fair enough, isn’t it ?
Sepanjang ayah sakit, aku dan adik silih berganti menjaga ayah di hospital lebih kurang 2 bulan sahaja. To be honest, aku banyak juga mengeluh. Maafkan aku, ayah. Maafkan kakak. Berdosanya aku mengeluh.
Di rumah pula, Hazil duduk serumah dengan kami. Walaupun dia tak kahwin lagi dengan mak aku. Haih. Aku malas nak bahas pasal ni.
Long story short, yes dia memang kawan dengan mak aku sebab duit semata. Sedangkan dia tak bekerja, kaki pukul dan ambil dadah.
Well, aku rasa korang yang baca ni pun susah nak percaya kan?
Dia pernah gaduh dengan mak aku depan adik-adik sampaikan hancur tv Samsung kami guna kayu besbol. Nasib dia tak pergi hayun kat kepala mak aku.
Aku sangat tertekan di rumah sebab ayah sakit, pergaduhan di rumah dan online study.
Aku banyak kali nangis tapi macam tiada siapa yang sudi nak mendengar. Aku kadang-kadang duduk termenung, aku menyalahkan semua orang yang ada.
Salahkan mak sebab dia keluar dari rumah dan ada skandal lain.
Salahlan ayah yang tak jalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga
Salahkan diri sendiri sebab hanya mampu menangis dan terasa lemah
While all these happened, mak aku ada juga chat beberapa lagi lelaki lain. I hate her so so so much masa tu. Aku rasa nak marah,marah, marah dan memberontak.
Kenapa aku pulak yang nak kena jaga ayah?
Sedangkan mak tak melawat ayah di hospital, and she still got time to flirt dengan lelaki lain?
Why mak ? why ayah ? why buat macam ni kat kakak? Kenapa….
Aku nangis pun, tiada siapa tau.
Sampailah suatu hari, mak minta putus dari Hazil. Dia nak halau Hazil dari rumah. Tapi Hazil tak nak putus dan dia ugut nak bunuh kami sekeluarga.
Masa ni kami dah agak cuak. Mak aku pun apa lagi, dia sendiri pun takut. Bayangkan Hazil tu dah lah telan dadah, duduk pulak dalam rumah kami.
Satu malam, mak dan Hazil bergaduh teruk sampai bawa ke balai polis. Hazil tuduh kami yang menumpang dalam rumah tu sebab agreement sewa rumah tu atas nama dia.
Fuhh, play victim pulak si penagih ni. So kami cari rumah sewa lain dan Hazil pun blah dari hidup kami dengan bantuan polis.
Well, siapakah polis yang bantu kami? Hahaha. Boyfriend mak aku yang baru. Namanya Wan. Masa ni aku dah give up dengan family aku. Specifically, my mom lah.
Suka hati dia lah nak ada bf 2,3 aku tak kesah dah. Dosa halal haram? Eh, tiada makna dah benda tu dalam family.
Rumah baru, life baru dan bf mak yang baru. Kami tinggal SERUMAH. Ya SERUMAH. Tidur sebilik pulak tu.
Aku malas dah nak fikir. Yang penting, aku dan adik-adik aku selamat. Ada makan dan tempat tinggal. Walaupun Wan tinggal serumah bersama kami tanpa apa-apa ikatan dengan mak.
Ayah pulak dah keluar daripada hospital dan duduk di kampung. So, aku dan adik-adik pulang ke kampung untuk jaga ayah di kampung.
Lepas 2 bulan macam tu, kami adik beradik pulang semula ke rumah mak atas sebab aku dipanggil balik ke kolej. Maka tinggal lah ayah sorang di kampung bersama nenek.
Atas takdir Allah, ayah meninggal semasa ketiadaan kami sebab sesak nafas. Sumpah masa ni aku sangat, sangat, sangatlah tak percaya.
Semua benda ni berlaku terlalu cepat. Dan aku makin susah nak hadam satu-satu.
Family kami, banyak sangat kenangan sama-sama waktu susah. Dulu kami hanya mampu tinggal di rumah-rumah kedai. Sewa pun cuma rm200 sebulan. Kami harungi masalah kewangan dengan berjimat dan berniaga sama-sama.
Cakaplah berniaga apa pun kami pernah cuba. kueh tepi jalan, jual buah-buahan, jual cili,bisnes bundle dan macam-macamlah.
Sampailah sekarang bisnes family, mampu cecah puluhan ribu sebulan. Tapi sayangnya ayah dah tiada. Aku rindu kali terakhir kami jalan di taman baru balik dari pasar malam. Aku rindu. Sungguh aku rindu.
Bila ayah dah tiada, setiap bulan aku akan ada satu waktu lepaskan rindu dengan nangis teresak-esak.
Nangis yang sungguh-sungguh sampai basah telekung. Aku doa Allah ampunkan dosa ayah yang kini berada di alam barzakh. semoga ayah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, taman syurga. amin.
Sekarang, wan dan mak masih duduk serumah macam suami isteri. Ayah dah meninggal setahun yang lalu. While me here, aku masih tak mampu move on dari masa lalu. It haunts me wherever I go.
Masuk dalam masalah family ni membuka mata aku pada kehidupan sebenar orang dewasa.
It got me thinking yang, oh macam ni rupanya realiti hidup sebenar, dimana tak semua benda indah pun sebenarnya. Hanya indah pada permukaan, perit pada dasarnya. Ni benda yang aku belajar dari mak dan ayah.
1. Curang tu benda sangat biasa. If your partner get caught cheating on you, benda biasa. No need to get shocked. Dunia sekarang dah lain.
Cinta sejati, cinta pandang pertama tu menipu.
2. Perkahwinan yang tiada asas kukuh, pasti akan jadi bermasalah. The worst thing that could happen adalah, bercerai.
3. Cinta sebenarnya tak penting untuk kita bina perkahwinan. Yang paling penting adalah rasa tanggungjawab. Dari tanggungjawab, maka cinta akan terbina.
4. Curang ada kaitan rapat dengan p*rnografi. Percaya tak kalau aku cakap, orang yang curang ni mostly ada masalah addiction dengan p*rnografi?
Malas nak explain panjang2. So fikir sendiri. If your partner ada masalah p*rnografi, please be ready dengan possibility dia untuk curang.
Aku takut nak kahwin sekarang. Dan tiada rasa macam nak kahwin. Im no longer rasa jealous tengok orang couple, berhubungan haram sebelum kahwin. Malah aku rasa jijik.
Orang yang couple tanpa ada perancangan nak kahwin, they should feel embarrassed of their action. Post sana sini di media social. Haha.
Kelakar. They don’t know bala yang sedang menunggu di masa hadapan.
Walaupun aku muda lagi nak bagi advice ni, tapi be well-prepared okay?
Aku tengok perkahwinan mak ayah kau pun dah seram woo. Seram sejuk. Sampaikan aku fikir, am I strong enough to go through marriage life? Entah. Tapi aku trauma.
Sekarang, aku tengah nak habiskan diploma dan kumpul sikit duit. Aku plan nak cari kerja jauh sikit dari rumah. Nak kenal orang baru, rasa environment baru, belajar benda-benda baru. Aku duduk kat rumah tak rasa berkembang sangat.
Nak kerja dulu sementara tunggu masuk degree. Aku aim nak masuk degree business di um atau mana-mana top university. Nak beli rumah pelaburan dan berdikari sendiri. Doa kan aku tau. :D
Sekian, ni saja confession aku. Kalau ada terkasar bahasa, maaf ya. Aku pun manusia biasa jugak, yang menulis ikut rasa.
Doakan aku mampu build the new me. Tukar balik belief system aku jadi lebih positive dan optimistic. Terima kasih sudi baca.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit