Kakak & Abang Ipar Tak Bercakap

Salam semua. Tak tahu macam mana nak mula. Dah lama sangat saya simpan persoalan ni.

Al kisahnya saya dapat sambung belajar di negeri planta. Kebetulan kakak nombor dua saya tingal di negeri tu bersama suami dan anak dia sorang.

So mak saya macam tak gemar saya nak sewa dengan kawan2. Biasa la fikiran mak2 ni, lagi selamat duduk dengan family. Tambah2 negeri baru.Mak sebenarnya takut saya rosak kalau duduk dengan kawan2.

Saya dan kakak nombor dua ni tak berapa rapat sebabnya gap umur kami besar jugak la.

Lepas tu jarak adik beradik tu besar. Sebab saya anak ke lima. Dia pun macam jarang la ada kat rumah sebab sambung study kerja dan sebagainya. Lepas tu kahwin ikut suami.

Awal tu macam kekok dan segan jugak la nak tinggal kat sana. Dah la kita pun tak rapat. Pastu dengan suami dia pun lagi la tak rapat.

Tapi sebab patuh cakap mak, saya pun setuju la tingal sana. Sebab mak kata dah inform kat dia dah.

First time tu saya naik bas sorang2. Kakak saya ambik. Ada suami dan anak dia jugak.

Dalam kereta kami diam ja la. Dia just tanya sepatah2 macam ambik kos apa la. Mak sihat ke. Lepas tu bawak pergi makan. Abang ipar memang langsung tak cakap la.

Saya masa tu hanya nak main2 dengan anak dia. Anak dia sorang ja. Perempuan 6 tahun. Tapi sebab awal2 anak dia pun kurang friendly. So dalam keta macam krik2 jugak la.

Cumanya nak bagitau, saya dah nak masuk sem 3 dah.. Apa yang saya perhati, kakak saya ni macam tak bercakap dengan abang ipar saya. Seolah2 tak de komunikasi antara mereka.

Bukan la nak menyibuk hal orang, tapi tu kan kakak saya. Saya ada jugak la care pasal diri dia. Takut dia ada masalah dengan suami dia ke.

Pastu saya paling risau, tah2 abang ipar tak suka saya duduk sini. Tapi mak saya kata, kakak dah tanya suami dia.. Kalau suami dia tak bagi, dia jenis straight cakap tak boleh.

Tapi suami dia ok ja. Ayah saya pun dah call abang ipar mintak izin.. Ayah kata abang ipar mengalu2kan kedatangan saya.

Lagipun abang ipar saya memang jenis pndiam, so mungkin dia memang macam tu kot. Mula2 saya cuba fikir macam tu la. Fikir rumahtangga orang kita pun tak tahu.

Tapinya kakak kahwin dengan dia bercinta. Bukan atas sebab mak ayah. Saya fikir sepatutnya mesti ada komunikasi. Tapi sehingga hari ni saya tak nampak pun mereka berdua bercakap direct.

Cara komunikasi mereka gunakan anak. Contoh.. Kakak akan cakap kat anak dia, pangil abi makan. Anak dia akan pergi panggil.

Pastu kadang kakak nak balik lewat, dia pesan kat Ara ja. Suruh Ara bagitau ayah dia esok umi balik lambat.

Kalau hujung minggu, kakak akan suruh anak pergi tanya ayah dia. Kita ada nak pergi mana2 tak.

Lepas tu anak dia akan datang cakap, abi kata pergi mana2. Masa pergi berjalan tu, kakak memang ajak saya la.

Sebab dah lama duduk sana. Anak dia dah rapat jugak la dengan saya. Saya pun kerap mengasuh dia.

So contoh kalau pergi mall ke apa bawak anak dia main. Macam tu la. Masing2 macam buat hal sendiri ja tengok fon.

Jalan sama2, tapi tak bercakap. Beli barang pun sama.Kakak akan ambik barang dia nak, abang ipar pun ambik barang dia nak. Tak de berbincang ke apa.

Kalau abang ipar nak air ke apa ke, dia akan pangil Ara tu cakap, suruh umi buat air. Kadang2 tu kakak saya ada dekat2 situ ja. Tapi tak de pun dia cakap sendiri kat kakak.

Kakak saya ni kerja kat hospital. Abang ipar tak tahu la kerja apa. Kadang lewat jugak dia pergi kerja. Tapi pakaian dia kemas dan formal. Macam orang kerja pejabat.

Satu hari saya macam cerita la dengan adik dan kakak sorang lagi. Diaorang kata kalau kat sini pun memang nampak pasangan tu tak bercakap.

Lagipun kakak tu jarang sangat la balik kampung. So tak berapa tahu paten hubungan diaorang.

Cuma kakak sorang lagi tu pesan suruh perhati2 ja la. Risau kakak kami tu tak nak cerita apa2 dengan family walaupun ada masalah. Sedangkan kami nak ja tolong kalau perlu. Memang style family kami sentiasa bantu kalau perlu.

Lepas tu ada sekali tu kakak tak masak. Dia ajak saya makan kat luar.

Abang ipar saya tak tahu la masa tu kat mana. Saya tanya, kakak cuma cakap dia balik lambat. Dia makan kat luar. Masa tu saya macam beranikan diri tanya pasal hal ni.

Saya kata ‘akak, Ija nak tanya sikit. Tapi jangan la marah’ Dia tanya apa tu. Saya pun terus terang la. Saya tanya akak dengan aBang Zam ada masalah apa2 ke.

Ye la, sebab tak pernah pun nampak bercakap. Hari tu saya balik kampung. Kakak saya nak ikut jugak.

Tapi dia ajak naik train. Katanya nak bagi Ara merasa naik train. Saya ok ja. Masa nak pergi stesen, kami naik grab. Abang ipar tak tahu la kemana. Dia tak hantar kami pun.

Masa nak balik negeri planta semula, dekat2 nak sampai tu, kakak saya call suami dia.. Tapi suruh si Ara ni cakap.

Dia ajar anak dia la. Dia kata bagitau abi kami dekat mana masa tu. Lepas tu pukul berapa sampai. Saya masa tu macam terfikir la, kenapa dia tak cakap sendiri ja.

Lepas tu ada abang ipar saya call dkat2 nak sampai dah. Masa tu Ara tengah tido. Kakak saya dah jawab phone tu tapi letak loudspeaker. Lepas tu dia kejut Ara suruh cakap.. Padahal dia boleh ja cakap sendiiri. Tu kan suami dia.

Masa tu saya dengar abang ipar cakap hello, kakak kan tengah kejut Ara. So maybe abang ipar dengar, dia diam la tunggu Ara cakap.

Lepas Ara cakap hello abi, abang ipar saya cuma cakap dia tunggu dekat kedai mana tah.. Nanti dah sampai datang sana.

Dalam kereta, abang ipar cuma bercakap dengan Ara ja. Tanya seronok tak naik train apa semua.

Oh ya lupa nak cakap. Kalau naik kereta, mesti ara duduk depan. Kakak saya mesti duduk belakang.

Kadang2 Ara duduk belakang kalau nak merap dengan umi dia. Tapi setakat hari ni, tak pernah saya nampak kakak duduk depan.

So hari tu saya macam open semua benda ni dengan kakak. Kakak saya kata tak de la. Kitaorang ok ja la. Memang kami macam tu. Sebab dulu cakap apa pun Ara ni jelous.. Suka marah umi kalau cakap dengan abi. So apa2 suruh dia ja la.

Pastu dia kata Ara dulu masa kecik selalu gaduh nak duduk depan dengan abi dia.. Tu yang kakak saya mengalah.. Last2 dah terbiasa duduk belakang dia kata. Dia cuma kata saya tak payah la fikir bukan2. Diaorang ok ja dia kata.

Tapi entah la. Saya tak rasa mereka macam tu.Saya rasa ada sesuatu antara mereka. Saya nak kakak saya bahagia dengan rumahtangga dia, walaupun saya tak tahu dia bahagia ke tak. Saya buat andaian ja..

Saya fikir ada apa2 ke saya boleh buat supaya diaorang ni nampak macam satu family. Ni di mata saya, dah macam dua orang asing ja.

Kalau ye pun anak cemburu, tapi ni macam memang betul2 tak bercakap ja. Sebab time ara tidur ke apa pun tetap jugak mereka tak cakap. Abang ipar balik kerja pun kakak saya tak sambut.

Walaupun tak rapat dengan kakak ni, tapi kan darah daging saya. Salah ke fikiran2 saya ni? Lagipun dah berbudi saya kat keluarga ni. Dah tanggung tempat tinggal makan saya.

Saya bagi duit ke apa, kakak marah. Dia cakap apa bagi2 duit dalam family. So saya macam duduk free sini.

Sebab tu saya fikir ada apa ke cara saya nak buat supaya diaorang ni nampak harmoni.

Sebenarnya entah la. Saya duduk rumah ni, keluarga ni tak nampak seperti satu keluarga.

Kakak pun tahu, kami membesar macam mana.. Jauh beza cara kakak dan cara mak abah kami.

Oh, lupa nak cakap seperkara lagi. Kerap kali jugak, pagi masa nak pergi kelas, saya tengok abang ipar tidur kat sofa ja.

Tak la hari2, tapi kerap jugak la. Benda ni semua buatkan hati saya rasa diaorang ni ada masalah ke. Mungkin sebab tu kot anak diaorg ni sorang tu ja walaupun dah bertahun kahwin.

Tu ja la nak luah. Maaf la kalau orang rasa saya penyibuk ke apa. Tapi macam saya kata tadi, saya nak kakak saya bahagia dengan rumahtangga dia.

Kadang saya rasa kakak saya mungkin sunyi. Dia siap pesan nanti cari kerja sini, duduk kat sini ja.

Suddenly kami macam rapat2 sikit. Cuma bab tu ja saya susah hati fikirkan kakak. Ke memang ada ja rumahtangga macam ni. Dimana suami isteri dah tak bercakap.

– Ija (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. awal-awal baca cerita awk mcm rasa normal ja. sebab saya & suami pun memang jarang bercakap. saya rasa adik ipar saya kalau datang rumah kami pun perasan yang kami jarang bercakap. tapi kami okay ja. kalau tak ada orang di sekeliling, baru kami berbual-bual huhuhu. tapi lepas dah habis baca cerita awk ni, saya rasa tak normal pula. sebab sampai guna kan anak menjadi orang tengah untuk berbual. dah berapa lama? saya kalau bercakap guna orang tengah ni biasanya sebab saya merajuk je. semoga baik-baik semuanya bagi kakak awak dan suami, inshaAllah.

  2. ke abang ipar ko ni dah kawen 2, tgk gaya gitula, wifenya dah tawar hati, tp sbbkan ada anak jdla gitu.

  3. Mohon la dik, cari rumah sewa duduk dengan kawan2 berdikari. Cukup la 3 sem duduk tumpang rumah kakak.

    Kadang lelaki ni dia nak bebas, tak berbaju ke nak tengok tv, tapi dia kene jaga adap2 tu walaupun dia dekat rumah sendiri. Cuba bayangkan rumah ko sendiri, hari2 kene pakai tudung lepak dekat rumah, apa ko rasa?

    Memang la melayu ni penuh dengan budi bahasa, mulut akan ckp Xpe, ddk la. Awak bertegas je untuk hidup berdikari sendiri. Dah besar panjang kan, pape ada je kakak untuk beritahu walaupun tak ddk sebumbung.

    Kadang ada suami suka tengok isteri dia berpakaian sexy, pakai short ke sleeveless ke tapi sebab awak ada, segan la bini dia nak pakai baju yang suami dia suka. Orang tua ni (mcm mak ayah awak tu) old school, diorg mana fikir benda2 ni.

    Saya memang sangat marah dengan mak bapak yang tak fikir panjang ni.

    Lagi satu Kalau rumah ko tumpang tu abg kandung ko tu Xpe juga. Ni cite dia sekarang kalau kakak ko keje keluar awal, anak dia dah pegi sekolah, ko tak de kelas, abg ipar ko tak kerja. Korang berdua je tinggal dekat dalam rumah tu.,ko tak rasa seram ke ? Setan ni sekejap je settle dah korang dua ni tak sedar kene bisikan nafsu untuk bersama. Lagi2 pulak mungkin abg ipar ko tu dah lama tak dapat dengan kakak ko. Tengok ko pun boleh terus ngap je tahu tak..

    Haisy pindah la dik oiiit, tak kan sampai dah jadi sesuatu tak baik baru ko nak bla.

    Pastu bila kakak ko dah cakap diorg okay je. Dah stop situ, jangan canang cite pasal family kakak ko dkt adik beradik ke mak bapak ko. Itu aib keluarga dia, & apa yg ko sampai tu boleh jadi fitnah tau.

    Doa kn diorg Kalau ko mmg syg kn kakak ko tu.

    Kadang dalam usia perkahwinan yg cecah 6-7 tahun ni, routine harian je dah cukup busy, mmg macam tak bercakap (mak aku yg dtg sekejap2 ni pun penah taya korang husband wife memang tak bercakap ke). Tapi actually kita cakap je masa pillow talk ke..

    Ada juga la husband aku duk tido depan tv selalu, kdg dia tertido layan tv, kadang sebab dia panas. Dia mmg macam tu suka hati dia je. Tak gaduh pun.

    Awak ni mentah lagi untuk faham kehidupan orang yang dah berumahtangga tapi ni saya dah ajar kan ni. Boleh dah cari rumah sewa sendiri okay.

  4. Maksudnya kau pun langsung x ckp dgn hsbn kau jgak eh? Kau pun paksa bangun kan anak kau semata mata suruh ckp dgn hsbn kau eh? First time jumpa org kata benda ni normal dlm rumah tangga

  5. skip cerita sbb meluat dengan adik menumpang rumah adik beradik dgn alasan berseorangan di bandar sekian. Guna mom card pula tu. keluar lah dari rumah tu. semak ah sis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *