Kakak Hero Kami

Aku mempunyai 9 orang adik beradik. 3 Perempuan yang atas dan lain semua lelaki yang bawah. Aku anak ke 2. Aku, adik no3 dan no4 belajar di ipta. Manakala yang lain masih di bangku sekolah.

Kakakku seorang yang sangat bijak. Dia sentiasa cemerlang dalam setiap ujian dan peperiksaan. Dia juga dapat tawaran belajar diluar negara. Kami terpisah selama 2 tahun dengan kak long.

Tahun ke 3 pengajian kak long, keluargaku ditimpa pelbagai masalah. Syarikat keluarga kami bankrupt dan kami hilang punca rezeki. Tak dinafikan sebelum ini hidup kami semua amat senang.

Kami terpaksa jual rumah dan kereta. Hidup dalam keadaan sederhana. Kak long terus balik malaysia. Walaupun dia dapat sponsorship, dia tetap nak bersama dengan keluarga. Dia tinggalkan cita citanya walhal dia ialah pelajar cemerlang di university beliau walaupun dia belajar di luar negara and sentiasa lulus dgn first class.

Ayah dan mak seperti putus harapan. Mereka tidak mahu lagi bekerja. Kak long kasihan dengan parents kami. Kak long melakukan 3 jenis pekerjaan setiap hari. Kak long balik ke rumah pukul 1 pagi dan buat freelance dari rumah sampai ke subuh. Kak long cuma tidur 2/3 jam sehari.

Keadaan berlarutan hampir setahun setengah. Kak long tak pernah mengeluh. Kak long membayar semua insurans bulanan rumah, kereta, yuran pengajian, barang sekolah adik adik dan barang rumah.

Ayah dan mak? Makin senang duduk rumah langsung tidak kasihan sama kak long. Aku selalu perasan hampir setiap malam kak long menangis kepenatan tapi tk pernah luahkan kat kami.

Mak dan ayah makin pressure kak long. Takda duit minta kak long. Mak kami mempunyai satu tabiat buruk iaitu berjudi manakala ayah kami pula berhutang keliling pinggang. Semua kak long yang bg duit.

Kak long pernah nasihat mak dan ayah tp kata kata maki hamun yg kak long dapat. Mak cakap kak long tak reti bersyukur. Kak long hidup kt dunia ni semua sebab mak.

Aku semakin hilang respect kat mak. Aku bukanlah nak jadi anak yg derhaka tapi bayangkan kak long penat bekerja tp hasil nya mak bawa pergi Berjudi. Pernah sekali kak long call aku nangis nagis sbb mak curi kad bank kak long dan habis smua simpanan keluarga dari kak long.

Kak long pernah beberapa kali kantoi dag nak suicide. Tapi nasib kami adik beradik selamatkan. Masalah kak long ialah dia taknak kongsi bebanan.

Aku sayang kak long. Kak long tak pernah cakap dia sayang kami tp kami tahu kak long sayang kami. Kalau kami berkumpul di rumah kak long selalu cakap kat kami ‘bila korang semua nak balik asrama, tak sabar kakak nak halau semua orang’. Nampak kasar kan? Tapi bila kami balik asrama masing masing, setiap minggu kak long akan call nak pastikan duit belanja kami tak putus.

Bila musim naik sekolah kak long lah yang excited bawa adik adik yg masih sekolah beli barang. Kak long akan pastikan brg kelengkapan sekolah cukup. Kak long amat tegas dalam studies.

Selain tu, kak long juga seorang yg sgt rajin. Dia pandai masak dan mengemas rumah. Setiap hari sebelum pergi ke kerja dia akan masak dan kemas rumah.

Aku nak jadi macam kak long. Kuat, rajin, pandai, dan antara kami adik beradik, kak long lah yang paling cantik. Cuma, dia agak kasar dari segi percakapan sebab dia jenis yangstraight forward. Kalau dia sound tu mmg 3 hari 3 malam masih terasa.

Banyak rombongan meminang dtg ke rumah. Ada yang doktor, pilot, businessman, dan sbgainya. Semuanya kak long tolak. Kak long cakap takut nanti bakal husband dia terkejut bila masuk keluarga kami yang macam gini. Kak long nak lelaki yang boleh terima keluarga kami & sanggup susah Senang.

Hari berganti hari, tiba tiba kak long terima satu rombongan. Bakal husband kak long tu hanyalah mempunyai pekerjaan biasa. Mula mula aku tak agree. Yelah kak long aku sangat perfect bagi aku. Aku nak dia hidup senang bila dia kluar dari sini. Lama lama bila aku kenal bakal husband kak long,aku faham kenapa kak long pilih dia.

Anyways aku dah pun tamatkan diploma dan skrg sedang study degree. Untuk convocation diploma, aku cuma ajak kakak dan bkl abg ipar aku shja. Kejam sangat ke aku tak ajak parents aku? Tp aku pernah cakap kat parents yang aku nak konvo, tapi sikit pun takda yang amik berat selain kak long. Kak long yang bersungguh sungguh bayar semua dan belikan baju baru. Kata kaklong ‘kakak tak dapat merasa nak grad, takpa lah. Yang penting adik adik kakak dapat buat kakak happy’

Masa aku taip ni memang aku nangis mengenangkan jasa kak long. Ya Allah, kau limpahkan lah rezeki dan kesihatan yang baik untuk kak long kami.

Hujung tahun ni kak long bakal melangsungkan perkahwinan. Aku harap para pembaca semua doakan yang terbaik buat kak long. Semoga kaklong dapat kebahagiaan yang hilang selama ini. Doakan juga agar parents kami kembali ke pangkal jalan. Aku sedih, tapi aku happy untuk kak long. Kak long lah hero kami semua. Kami sayang kak long.
Terima kasih kak long.

Adik adik,
Family of AE

– ADIK

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *