Kakak Ipar Dan Aku

Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau cerita ini disiarkan. Aku Neen. Dah berkahwin selama hampir 11 tahun and ada 3 orang anak. Seperti mana tajuk, aku nak cerita pasal aku & kakak ipar. Aku namakan dia Kakak jela ye.

Seawal 3 tahun perkahwinan, kami tinggal bersama mertua sebab kami masih tak dikurniakan anak. Kat rumah mertua ni bukan je ada kami, tapi ada family Kakak & anak-anak buah (anak kakak ipar yang lain) yang duduk di situ waktu siang sebab bersekolah.

Masa mula tinggal di situ sejujurnya aku agak tak selesa sebab tiba-tiba kena tinggal dengan family yang belum kita kenal rapat kan. Tapi aku anggap je ni cara aku berbakti pada mak mertua yang tak berapa sihat.

Masa awal perkahwinan aku masih bekerja. Aku bekerja di sektor kesihatan jadi aku bekerja shif. Alhamdulillah mak & bapa mertua ku sangat memahami.

Mereka tak pernah kisah jika aku tidur siang atau bangun lewat sebab kepenatan bekerja. Aku berhenti atas sebab kesihatan dan TTC (trying to conceive)

Jika aku bekerja shif petang biasanya aku akan masak siap-siap untuk aku bawak bekal juga untuk lunch suami Kakak & anak-anak buah ku yang lain.

Kakak bekerja office hour so akan balik petang. Weekend baru dia akan balik rumahnya sendiri. Weekdays je dia akan duduk di rumah mertua aku.

Tapi lama-lama aku agak penat dari segi emosi sebab kakak ipar meletakkan tanggungjawab utk masak kepada aku walaupun tak dikatakan secara direct. Kadang dia beli barang dia akan cakap lauk ni nanti masak sekian-sekian.

Aku tidaklah berdiam saja. Aku terus terang kat suami yang aku pon kadang penat dan ada masa aku malas masak. Suami aku sangat baik. Dia cakap buat semampunya sahaja. Kalau penat or malas beli je.

Tapi aku la pulak kesian kat anak-anak buah nak pergi sekolah kalau dorang tak makan. Complicated kan perempuan ni. Hahaha.

Pernah ada sekali tu nak raya haji tapi aku tak sihat plus aku tak reti masak rendang so aku tak masak lah. Aku plan nanti balik rumah family aku yang jaraknya dalam 15 minit, tolong mak aku masak di sana then nanti hantar lauk kat mertua aku.

Tapi malam tu Kakak datang dari rumah dia, hantar sikit lauk raya untuk mak. Tiba-tiba dia marahkan aku sebab tak masak lauk raya untuk mak mertua aku tu.

Aku memang sedih plus sentap gila malam tu sebabnya selama ni memang aku yang masak kat rumah tu. Cuma untuk lauk raya memang aku tak reti plus aku tak sihat malam tu tak larat nak masak. Boleh pulak dia marahkan aku macam tu.

Menangis-nangis aku malam tu. Sampai suami aku balik kerja tengok aku bengkak-bengkak mata, dia paksa cerita kenapa. Aku pon cerita. Rupanya bapa mertua aku dah awal-awal marahkan Kakak sebab cakap kat aku macam tu.

Kakak marahkan aku sampai dia block aku di whatsapp & Fb. Lepas kes tu baru nampak perubahan sikit. Kakak akan masak pagi or lepas dia balik kerja untuk anak & suami dia. So aku akan masak untuk suami aku je.

Lepas kes tu aku agak berjarak dengan Kakak sampai entah macam mana hubungan kami jadi seperti biasa semula.

Aku lupakan salah faham kami. Yelah nama pon family. Nak bergaduh lama mana sangat kan. Sampai kami dikurniakan anak, aku terus pindah ke rumah family aku sebab space yang agak sempit di rumah mertua.

Alhamdulillah Kakak sangat sayangkan anak aku. Kalau jumpa mesti di gomol-gomolnya anak aku.

Sebab anak aku yang paling kecil. Anak-anak buah lain semua dah besar. So anak aku agak dimanjakan. Selalu dia bagi duit kat anak aku untuk buat belanja walaupun anak aku tu baru setahun dua masa tu.

Kakak ni walaupun nampak sangat berkira (sebab dia kerja akauntan), kalau kami bercuti dia akan kira bajet betul-betul yang kalau shortage RM1-2 pon dia akan cari balik mana yang salah kira. Hehehee.

Tapi Kakak sangat lah pemurah sebenarnya. Untuk adik beradik pon selalu je dia belikan macam-macam bila bercuti.

And paling best, bila raya dia tetap bagi aku duit raya. Katanya dulu sebab aku tolong jaga mak. Then bila aku dah pindah keluar dari rumah mertua, dia tetap bagi sebab aku dah tak bekerja. Hehee. Maklumlah aku satu-satunya adik ipar perempuan. Last pulak tu.

Tahun berlalu, kami pon dah pindah ke rumah sendiri lepas 6 tahun berkahwin. Sengaja kami pilih rumah dekat dengan kakak-kakak ipar aku yang lain supaya kalau ada emergency apa-apa senang.

1-2 minggu sekali kami akan berkumpul di rumah salah sorang kakak-kakak ipar. Dorang akan masak, aku biasanya datang bawak dessert je. Tu pon beli. Hahaha.. Sebab dorang masak sedap-sedap aku jadi malu pulak nak bawak hasil masakan aku. Hahahaha.

Few weeks lepas masa berkumpul dengan family mertua aku tiba-tiba rajin masak mihun tomyam. Kakak puji tomyam aku sedap. Kembang aku. Kahkahkahhh.

Aku sebenarnya rindu nak makan kuah lodeh Kakak masak. Tapi aku pikir nanti kan dah nak raya. Tu memang menu utama Kakak bila raya so aku tunggu jela. Segan pulak aku nak request sesaja kannn.

3 minggu lepas, kami berkumpul lagi. Kakak cerita dia baru ambil stok kerepek dari kawan dia. Nak jual untuk bulan puasa ni dan ambil order untuk raya.

Dia cakap nak jual harga sekian-sekian tapi aku tak setuju sebab aku cakap Kakak ambil stok dari jauh, kalau letak harga macam ni takde untung, silap-silap rugi ada laa.

Kakak pon dengar cakap aku dan up kan sikit harga jualan dia walaupun dia cakap dia risau orang tak dapat beli sebab mahal. Dia ada cakap kat adik beradik jual murah la kira sedekah.

Aku pulak gurau cakap kalau Kakak nak kira sedekah, kakak bagi free jela kat kitorang ni. Tergelak-gelak dia. Sebelum balik, aku salam dia and peluk cium pipi dia. Jarang aku buat gini tapi entahlah.

Tak sangka, itulah kali terakhir aku jumpa Kakak. Kakak meninggal di tempat kerja sorang-sorang. Dalam keadaan berpuasa, hari Khamis.

Allahu.. masa dapat berita aku terkedu tak tahu nak react macam mana. Sebab Kakak tak sakit terlantar. Tiba-tiba je. Lama otak aku ni proses baru aku pergi inform mak ayah aku.

Aku dan sorang kakak ipar lain teman jenazah Kakak sebelum bawa pulang dari office ke rumah. Cuma malam tu aku tak dapat tunggu sebab anak-anak aku takde siapa tunggu. Esok paginya lepas subuh aku dah sampai rumah Kakak.

Aku siapkan daun pandan & bunga untuk bawa ke kubur. Sebak sangat hati aku ni masa potong bunga sebab Kakak sangat suka pokok & bunga-bunga. Aku tunggu Kakak masa mandi jenazah & kapan dan hingga ke kubur. Tu jelah khidmat terakhir aku sebagai adik ipar.

Ustazah yang uruskan mandi & kapan cakap, rezeki arwah la sebab mudah sangat. Kapas pon selalu tak cukup katanya tapi untuk arwah sampai terlebih-lebih kapas tu. Alhamdulillah pengebumian Kakak berjalan lancar.

Malam tahlil, kakak ipar aku sorang lagi cerita arwah Kakak tu sangat suka bersedekah tapi dia tak cerita kat orang. Kakak ipar aku sorang tu je tahu sebab dorang rapat. Dia selalu sedekah kat rumah anak yatim, selalu juga masak untuk hantar ke masjid sedekah bagi orang makan.

And dia cerita arwah Kakak pantang je tahu anak-anak aku tak sihat. Mesti dia pergi sedekah kat surau or masjid and doakan semoga anak aku cepat sihat.

Saat menulis ni, air mata aku tak henti-henti mengalir teringatkan arwah Kakak. Terima kasih untuk segala kebaikan Kakak untuk anak-anak orang. Kak, orang rindu. Raya tahun ni takdelah kuah lodeh Kakak ye.

Korang yang sudi baca sampai habis ni tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah kakak ipar aku ye. Semoga Kakak tenang di sana dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Aamiin..

– Neen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Kisah confessor sama mcm kisah blah suami. Blah suami adalah keluarga besar. Adik ipar 2 org yg telah berkeluarga duduk sekali dgn ibu bapa..kakak ipar dari baby sehingga dah berkeluarga juga duduk sekali.. sekali masak untuk rumah tu 2 ekor ayam..tu masak tengah hari sahaja..malam lain..

    Biras dan abg ipar duduk berdekatan. Anak hantr rumah mertua bila hbs sekolah. Rumah mertua ni memang meriah dgn cucu2. Keluarga mertua besar. Jadi bila berkumpul,memang penuh parking. Kadang jiran2 ingat kami buat kenduri. Yg sebenar nya anak cucu berkumpul.

    So selalu aku dgr hal masak jugak. Aku yg sabtu ahad balik ni pun akan masak bila perlu sbb aku jenis x suke org campur urusan masak aku. Kalau ada makcik dan mil yg masuk dapur,aku akan biarkan. Tapi kalau aku tengok xde sapa2, aku akan masak apa yg ada utk semua.

    Pada aku,bab masak xde isu sebenarnya. Ye betul penat. Aku lak cuti sekolah akan bawak anak2 duduk rmh mertua dan kerja aku masak waktu tengah hari dan beli barang dapur. Mertua pun bukan lak cerewet dan sangat bantu utk membasuh dan mengemas dapur kalau aku start masuk dapur.

    Dulu aku terkesan dgn kata2 negetif bab masak kat rmh mertua ni sbb penat masak+xde yg membantu. Tp bila aku duduk kat situ, allah…apa la sangat masak kan utk semua yg makan tu. Anak2 duduk situ..dibantu jaga dan ada yg kemaskan rumah bile selerak. Xde masalah..ko hanya tolong ringankan beban mertua utk masak.

    Sekarang aku dalam proses utk berpindah berdekatan rmh mertua. Aku nak tolong kalau mertua memerlukan bantuan aku lagi2 bab masak kn utk 20org dlm rmh tu..sian mertua makin berusai,penat,sakit kaki lenguh berdiri lama masak..kadang aku dgr2 adik ipar ckp, “mak lega sangat akak ada sbb bantu mak masak siang.mak boleh rehat sbb mlm mak masak”

    Jgn tanya “adik ipar x masak?” pada aku depa ada tugas depa sndri. Sorg akan kemas rumah yg besar tu bile selerak. Sorang akan uruskan ambil hantar anak sekolah.. so pada aku masing2 ada tugas masing2.

    Kita ni bile masak utk org makan,anggap la kite bersedekah dan ikhlas kan hati utk masak. Lps masak,rehat la..tidur la.. rezeki kite dapat suami yg memahami dan mertua yg baik. Ipar duai pun xee yg berkira jagakn anak2 kite..bersyukur la..jgn jadi org yg x bersyukur..sekian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *