Salam.
Sejak lebih kurang dua tahun lepas, rumah aku sangat kerap berlaku kehilangan duit. Naik buntu juga fikir macam mana nak selesaikan masalah ni. Sebelum ni memang tak ada langsung kehilangan duit dalam rumah ni. Kami pun tak tahu bila masalah ni bermula tetapi yang pasti selepas kami terima orang baru dalam rumah. Orang baru yang dimaksudkan di sini ialah KAKAK IPAR AKU .
Sebelum tu, kami perasan lah jugak barang kat rumah banyak yang hilang . Macam aku memang in charge barang dapur , so aku tahu lah apa yang kurang apa yang hilang. Sejak dari mula abang aku kahwin aku dah perasan dah , yang dia ni suka main rembat aja barang dalam rumah aku. Lagipun dia memang duduk rumah aku lepas kahwin. Dia ambil macam -macam jugak peralatan dapur kat rumah aku. Dari tupperware, food tong, pinggan and etc etc. Macam mana aku boleh perasan ? Aku tahu barang tu hilang tapi buat dek je sebab maybe aku misplaced ke apa. Tapi aku rasa lebih kurang 2-3 bulan lepas dia kahwin, dia ajak family aku gather dekat rumah dia, and everything yang hilang tu exactly sebijik ada kat rumah dia. Ish ish. Tapi masa ni aku rilek je aku tak bagitahu pun family aku.
Pada mulanya , kami ambil tak kisah duit hilang RM10, RM50 , RM100 tiba-tiba dalam dompet masing-masing. Yang peliknya, dia pandai buat macam toyol hijau yang curi duit. Kalau hari ni, dia nak ambil RM10 , semua akan hilang RM10 and dia takkan ambil semua duit, dia ambil sikit- sikit saja. Sebab tu pada mulanya ,kami percaya kes toyol orang hantar. Ishh..Start 2015, makin giat duit family kitorang yang hilang. Ada dalam satu hari tu, RM1000 lebih terbang weh. Dah tak tahan , kitorang giatkan lagi bacaan Yasin dalam rumah. Tapi the thing is, still jadi lagi kehilangan duit bagai ni. So, adik lelaki kami panggil lah kawan ustaz dia untuk tengok-tengokkan rumah. Tak ada apa yang pelik pun. Dia tahu yang memang orang dalam rumah ni lah pencurinya.
Start dari ni kitorang dah mula doubt sesama adik beradik. Tapi kami semua memang tak pernah mencuri and rumah kitorang memang sangat clean dari kes kehilangan duit before akak ipar aku masuk dalam rumah kami. Akak ipar aku ngan abang aku memang bergilir tidur seminggu rumah aku seminggu rumah mak dia. Ayah aku mula perasan, every time kecurian duit ni berlaku , akak ipar aku mesti ada dalam rumah ni. Kalau dia balik rumah mak dia, tak ada pun jadi. Ni klu paling first adik beradik kitorang dapat. Thanks to ayah lah kan. But,mulanya, kami memang marah kat ayah sebab macam suspect kakak ipar aku since dia macam ‘kaya’ buat apa dia nak mencuri ha macam tu lah lebih kurang. Kitorang memang rahsiakan dari abang kitorang masalah ni.
Tuhan memang nak tunjuk. Barang kosmetik adik aku yang baru beli hilang. Sebelum kitorang keluar pergi majlis kahwin memang ada dalam bilik. Menangis jugalah adik aku tu balik-balik tengok tak ada. And , semua orang tak ada kat rumah KECUALI akak ipar aku. Haa . Petang tu, abang aku ngan akak ipar aku keluar lah jalan-jalan pergi mana entah. Then, waktu inilah kami semua pergi masuk bilik dia. Guess what ? Semua kosmetik adik aku hilang semua ada dalam bilik dia ! Barang kosmetik akak aku yg hilang sebelum ni, skincare ibu aku semua dia yang ambil ! Kami terkejut and marah sangat masa tu.
Lepas kejadian tu, kami dah mula 100% syak yang dia jugaklah yang curi duit kami selama ni. And jumlah kecurian makin lama makin banyak. Tak alert sikit je , wasalam. Rugi beribu-ribu. Tapi kami taknaklah tuduh tanpa bukti. Jadi, kami adik-beradik(exclude abang aku) pun plan lah nak kukuhkan bukti. SPYCAM pun kami pasang dalam bilik kami , ruang tamu yang aim dekat handbag and purse kitorang. Sengaja letak sikit duit buat umpan. Yarabbi. Bila kitorang check spycam , Tuhan nak tolong kitorang, nampaklah kakak ipar aku tengah rembat duit dalam purse aku, handbag mak aku. Hmmm. Masa ni sedih pun ada. Sebab masa kitorang still dalam rumah, even duduk lepak luar rumah sekejap pun, dia boleh buat kerja haram ni.
Jadi terbuktilah. Blurr jugak kitorang time tu. Tunjuk recorded video kat ibu ayah, perangai sebenar menantu dia ni. Ayah cuma gelak, ibu yang sedikit kecewa. Sebab layanan yang kitorang bagi pada dia memang A. Walaupun dia tak pernah langsung mengemas dalm rumah ni, basuh pinggan pun tak nak, apatah lagi nak memasak. Bangun, makan tidur je. Bak kata ayah aku, MIM ALIF LAM SIN. Tapi setiap kali tengok muka anak buah kitorang , kami lost sangat. Kesian dekat dia and abang aku.
Jadi ibu aku pun plan, untuk buat reverse phsycology . Layan dia makin baik. Hadiahkan itu ini dengan harapan dia terharu and tak buat lah kerja curi curi ni. TAK JALAN. Barang kemas mak aku yang disimpan elok je selama ni pun dia sebat. Beribu mak aku rugi. Sedih betul dapat menantu macam ni. Kelemahan utama family aku ialah abang aku and anak dia. Apa kitorang nak cakap yang bini dia kaki pencuri tambah lagi pemalas. Nak confront macam mana tak tahu. Semua nak jaga maruah dia. Tapi dia sendiri merendahkan diri dia dengan buat kerja haram ni.
Allahurabbi. Ada sekali tu aku tulis notes betul-betul atas purse aku. INGATLAH SUAMI NGAN ANAK KAU. Tak jalan langsung. Duit aku dalam tu hilang jugak. Satu pagi tu, semua dah pergi kerja , aku je yang ada . Aku terdengarlah anak buah aku menangis , aku keluar tengok anak buah aku sorang-sorang depan tv. Mana mak dia? Aku dah dengar dah macam ade orang dalam bilik mak aku. Tapi aku biarkan je. Sebab aku nak tengok apa dia nak menipu keluar bilik mak aku nanti. Mungkin dia dah cuak dah tu. Dalam 10 minit lepastu , dia keluar and cakap ” Paip air bilik mak tak tutup rapatlah”. Aku mencarut tau dalam hati. Takkan tutup paip air sampai 10 minit. Lepastu yang paling tak guna , berani dia masuk bilik mak aku. Aku pun tak berani tau.
Aku pun call mak aku, cakap ade barang berharga tak dalam bilik dia. Dia cakap ada cincin emas lupa nak pakai. Terus aku cari and simpankan. Allahurabbi. Kami masih layan dia baik sampai sekarang. Masih berharap dia berubah dengan sendiri. Masih berdoa untuk dia. Walaupun dia selalu berkias dalam social media tentang rezeki yang halal, menantu yang solehah, ibu yang mithali. And semua tu dia tak apply pun dalam hidup dia. Hipokrit. Munafik.
Baru minggu lepas dia curi barang mak aku lagi . And mak aku cakap kita kena lawan, senyap-senyap kami amik balik barang mak aku yang hilang tu masa dia pergi mandi. Petang tu jugak dia balik rumah mak dia. Tak sempat nak merasa barang yang dicuri. Harap dia sedarlah lah then stop mencuri dah. Jadi, kalau minggu ni, dia buat hal curi ni lagi, kami akan berdepan dengan dia. Lantaklah nak jadi apa. Cukuplah 2 tahun. Cukuplah. Bukti semua dah ada.
KAU NAK CURI APA LAGI ?
Mohon doakan sama.
– K
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit