Kakak Ipar Dari Syurga, Adik Ipar Dari Neraka

Bismillah dengan izin Allah. Sebenarnya banyak sangat yang aku baca tentang luahan kakak ipar terhadap adik2 ipar mereka.

Bila aku baca, aku sendiri terlibas dan ia menjadi sebuah refleksi, akulah adik ipar yang tak guna dahulu, yang suka menyusahkan kakak iparnya.

Luahan ini bukan nak cakap kakak ipar aku pun boleh tolerate dengan manusia kurang peka macam aku.

Tak! Aku nak bagitahu, kini hampir menginjak 40-an, aku banyak terhutang budi dengan kakak ipar aku, walaupun aku ni tak guna sesen pun macam hantu.

Kakak ipar aku, nama sebenar dia Aita (diubah sedikit). Dialah kakak ipar aku yang terbaik, tak ada bandingan seluruh dunia dan isinya. Sedikit pengenalan pasal Kak Aita.

Yang menarik pasal dia, kak Aita sangat pandai masak. Mak bapak aku memang suka lah dengan masakan dia.

Pandai menjahit, serba serbi pandai. Seorang berpelajaran, memegang managerial position dan seorang yang rendah diri.

Kenapa dia ni tak ada tolak bandingnya?

Dari zaman kakak aku, ke abang aku sampai ke aku, kami memang menumpang rumah dia semasa mencari pekerjaan di kota Kuala Lumpur. Zaman tu zaman anak dara,

Ya Allah memang aku tak sensible, kurang common sense, tak tahu diuntung. Pendek kata yang tak betulnya semua aku.

Masa mula-mula nak cari kerja, aku memang menumpang rumah dia. Dah dapat kerja, aku menyewa, tapi tiap hujung minggu mesti lepak rumah dia.

Lepastu, aku malas menyewa, aku duduk balik rumah dia. Sewa rumah, api, air, makan, semua tak pernah aku menghulur. Jahat kan aku..

Masa tu tak fikir apa-apa langsung.

Yelah, kak Aita ni senyum je, borak dengan kita tak pernah masam muka. Bila dia buat tak tahu, aku pun fikir tak ada apa-apa.

Jadi pada kakak ipar yang ada adik ipar kurang common sense macamni, beritahu mereka ya. Macam aku tak ditegur, sebab kak Aita ni, alahai.. baik sangat.

Kalau aku yang keluar dari rumah kak Aita, adik aku pulak menyambung, atau abang aku yang belum kawen pulak menyambung duduk rumah dia..

Ya Allah.. tak ada privasi langsung dia ni. Sungguh aku tak faham macamana sebaik malaikat Allah hantar kepada kami tanpa kami dengar keluhan dia..

Kalau lah masa tu Allah jentik hati aku dengan kepekaan, nescaya aku sedar awal-awal dan tak rasa bersalah sampai umur dah nak masuk 40 dah.

Berpuluh tahun dia kawen dengan abang aku, tak pernah lagi cerita buruk pasal dia sampai.

Kisah rumah tangga dia pun tak pernah kami tahu, walaupun abang aku telah memusnahkan kehidupan dia berulang kali. Dia bukan housewife, bekerja dengan 3 anak.

Bayangkan lah anak dia masa tu kecik-kecik.. pengurusan rumah tangga dia memang sangat cekap.

Dia jarang dibantu oleh suaminya.. Aku ni yang jadi saksi suami dia tu (abang aku) langsung tak ambil tahu hal rumah tangga dan minta dilayan bagaikan raja.

Kalau ada yang nak tahu, aku akan ceritakan lagi nanti, tapi edisi abang aku yang jadi pasangan dari neraka. Bak kata kami adik beradik, kalau Kak Aita yang cakap kami percaya.

Kalau kak Aita buat apa2 keputusan kami sokong. Kami lebih percaya cakap kak Aita berbanding abang aku.

Kami adik beradik sayangkan dia dan kami tahu struggle dia dan kebaikan diri dia. Kisah dia terlalu menyayat hati dan kejam untuk dikongsi..

Kami dengan Kak Aita, baik sampai sekarang.. Baik dan terus menyayangi dia sampai mati.

Kecuali untuk abang aku yang membinasakan hidup dia.. tak kiralah adik beradik ke tak, perbuatan dia amat sukar untuk kami telan, lebih2 lagi membabitkan insan yang kami sayangi iaitu kakak ipar sendiri.

Untuk Kak Aita, walaupun kami banyak susahkan akak, Akak terima kami dengan tangan terbuka. Tak pernah complain pasal kami. Kak, you deserve happiness.. you deserve syurga..

– Larut Laut (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *