Hai semua. Nama aku Yaya berumur 29 tahun. Aku ada 3 orang kakak ipar. Aku merupakan anak bongsu daripada 5 adik beradik. Aku ada 3 orang abang dan 1 orang kakak. Alhamdulillah masing-masing dah berkahwin dan beranak pinak.
Mak dan ayah aku masih ada tapi sekarang umur dah mencecah awal 70-an. Apa yang aku nak luahkan ialah tentang kakak ipar aku. aku ada 3 orang kakak ipar iaitu kak Yana, Kak Diba & Kak Ily.
Antara tiga orang Kakak ipar aku, Kak Yana ni adalah Ipar yang paling tua dan dia seorang yang berani,kadang mulut cakap lepas je.
Awalnya aku sangat respect dekat kakak-kakak ipar aku dan aku anggap mereka sebagai kakak kandung sendiri. Masa mereka kahwin umur aku masa tu baru sekolah menengah. Abang aku kahwin selang setahun. Jadi 3 tahun berturut-turut aku dapat kakak ipar baru.
Aku seorang yang pendiam dan suka memerhati. Family aku memang dah tahu, aku ni jenis yang tak banyak cakap. Walaupon aku introvert, tapi aku tetap tolong mak aku kat dapur. Kakak ipar aku ni semua jenis macam makcik bawang, semua benda nak di’bawang’nya.
Kalau mereka bergabung, memang sepanjang hari duk bergosip. Selalu masa weekend, semua adik beradik aku akan berkumpul kat rumah aku dan masa ni lah aku selalu nampak 3 orang kakak ipar aku duk sembang-sembang kat dapur.
Ada waktu tu sekali, aku nak ambil fon aku tertinggal dekat dapur. Aku terdengar dia duk mengata kat ayah aku. Masha Allah, sedihnya dengar. Macam-macam dia cakap kat ayah aku.
Memang betul ayah aku tu seorang yang tegas, cerewet bahagian makanan, berpantang makan tu, berpantang makan ni.
Kita yang masih muda ni, kena lah faham orang tua kena jaga makan. Daripada masalah makan, sampai lah dia kata ayah tak reti jaga anak.
Masing-masing duk aibkan suami masing-masing. Duk kata suami ni perangai macam ayah. Ayat yang aku tak boleh nak brain Kak Diba kata “kalaulah isteri ada kuasa untuk cerai suami, dah lama dah suami kita ni kena cerai”.
Semua yang buruk dia kata ajaran daripada ayah. Aku masa dengar tu dah sebak. Aku tahu ayah aku macam mana, walaupun dia ni seorang yang garang, strict, cerewet, aku tahu ayah mesti lah nak buat yang terbaik untuk anak-anak.
Lama jugak aku duk mengintip dan dengar mereka bergosip. Sampai tahap aku dah tak sanggup dengar lagi, aku pun terus masuk dapur dan ambil fon aku. Dorang semua terkejut aku tetiba masuk dapur. Lepas ambil fon tu aku dah tak tahu apa yang dorang duk sembang.
Bukan ayah aku je yang jadi mangsa gosip, semua family aku termasuklah aku. Pasal aku nanti aku cerita. Yang kedua ni aku nak cerita pasal akak aku. Nama dia Kak Yan, seorang penjawat awam. Dia ada seorang anak OKU kategori autism.
Aku perasan kakak ipar aku duk mengata kat Kak Yan dapat anak macam tu sebab dosa banyak,jadi dengan cara tu Kak Yan boleh hapuskan dosa. lebih kurang macam tu lah. Aku duk perhatikan, memang kakak ipar aku ni dia buat tak layan je kalau nampak anak Kak Yan.
Ibarat macam tak suka mak, tapi terpalit kat anak. Kesian kan kat budak yang tak bersalah tu. Tapi serius aku tak tahu apa masalah sebenar kakak-kakak ipar aku dengan Kak Yan.
Aku pun malas nak tanya, cuma apa yang aku perhatikan, mereka memang tak suka kat Kak Yan. Maybe Kak Yan ada buat salah dengan dorang ke, wallahu a’lam.
Okey, untuk kes aku pulak, Aku tak tahu lah kenapa. Memanglah aku ni seorang yang pendiam tapi aku pun manusia jugak. Ada hati dan perasaan.
Aku ni jenis yang memang duk kat dapur dan suka mengemas. Takpe lah mulut tak banyak cakap tapi asalkan tangan bergerak buat kerja.
Haritu aku memang keje overtime, selalu tidur lambat.kadang pukul 3 baru tidur. jadi, weekend aku tidur semula lepas subuh dan bangun lambat.
Dalam 3 minggu jugak aku repeat benda sama gara-gara nak kejar dateline. Time tu aku betul-betul serabut kena push dengan bos aku.
Aku jadi down dan memang tak de mood nak masak. Asyik nangis je tapi aku tak bagitahu sape-sape pun pasal tu. Sampai la satu masa tu, anak saudara aku report kat aku, dia kata mak dia (Kak Yana) kata aku ni pemalas. Ya Allah, sedih sangat-sangat aku rasa.
Selama ni aku duk kat dapur, buatkan air & makanan untuk ipar-ipar takde sape pun nak ucap terima kasih. Bila tiba kita tak masuk dapur, terus di cop pemalas. Taknak tanya dulu apa masalah kita.
Aku memang betul-betul tengah down, lepas tu dengar macam tu pulak, lagi lah aku rasa tak waras. Ikut hati nak mengamuk je, tapi aku pujuk diri aku. Sebab kalau marah ni benda yang sia-sia. Aku istighfar je. Lepas anak saudara aku report kat aku, aku terus pergi dapur.
Sampai kat dapur dorang diam dan sambung makan. Biasanya dorang akan tegur aku dan pelawa aku makan, tapi ni tak terus buat muka taktahu, seolah aku tak wujud.
Aku sedih sebab selama ni aku respect dorang, aku dah anggap macam kakak sendiri tapi dorang mengata kat aku dibelakang. Sejak dari hari tu, aku bercakap bila perlu sahaja.
Bila aku solat,aku selalu berdoa supaya family aku dapat bersatu semula bersama ipar duai. Aku menangis bila teringat family aku sebelum kahwin, masing-masing ambil berat sesama adik beradik, rapat sangat. lepas dah kahwin masing2 jadi renggang.
Aku tak tahu kat mana silapnya family aku ni. Bila dapat kakak ipar yang talam dua muka ni, aku jadi takut untuk berdepan dengan orang ramai. Dah lah introvert pastu trauma dengan orang lain pulak.
Time aku berdoa, memang sebak, air mata susah nak berhenti. Banyak lagi kisah pasal kakak ipar aku, takpelah setakat ni je lah aku boleh mengadu. Yang lain semua Allah je lah yang tahu.
Korang doakan keluarga aku baik seperti sebelum ni ya. Aku selalu doakan supaya Kakak-kakak ipar aku diberikan hidayah. Doakan jugak supaya keluarga aku dapat baiki kelemahan dan bersatu semula. Aku sedih :(
– Yaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit