Hai admin..Terima kasih sebab sudi siarkan cerita saya ni. Tujuan saya nak bercerita ni bukanlah nak aibkan sesiapa. Saya bercerita ni hanya nak luahkan apa yang terbuku di hati saya ni. Sebelum ni saya ada terbaca kisah yang admin siarkan bertajuk “Syurga Suami”.
Kisah yang dicerita dalam cerita tersebut sama seperti kisah saya cuma mak mertua saya dah meninggal(semoga arwah mak ditempatkan dikalangan org yg beriman). Kisah saya lebih kepada suami saya. Macam mana suami saya diperlakukan “teruk” oleh adik-bradik dia. Suami saya mempunyai dua orang abang (Abg D & Abg R), seorang adik(F) dan seorang kakak(Kak N) dan ada jugak kakak ipar(Kak Y). Sebelum kawin nampak semua baik-baik belaka.
Kisahnya bermula bila anak kakak ipar saya(Kak N) tinggal anak dia untuk bekerja dengan abg ipar saya (Abg R). Mula-mula semua okey je sampai la tiba-tiba mak mertua saya rasa duit dia makin kurang. Suami saya pun pergi lah tnya Ustaz, ustaz tu cakap anak buah dia (anak Kak N) yang curi. Kak N ni pun datang la rumah mak, marah2 mak sebab nak bela anak dia si pencuri tu. Kak N terus ambik anak dia. Konon2 anak dia tak mencuri la. Padahal semua orang dah tahu. So,perang besar la Kak N ngn mak mertua sy.
Sampai sy kawin pun dia tak datang. Ni baru sebahagian cita sy.
Suami sy sayang sgt kat mak dia.Yela,semua orang kat dunia ni sayang mak masing2 kn. Suami sy akan bawak je mana mak dia nak pergi walau masa tu kadang2 dia takde duit. Suami pernah pinjam dengan saya(mase ni sy kerja,so ada la duit). Saya tak kisah pun. Masa ni ipar duai semua baik je macam malaikat okey. Mak selalu cita dia terasa hati dengan Kak N sebab tak datang langsung jenguk dia. Mak cita sambil lap air mata dia. Masa tu sy cakap “biar la mak,dia percaya anak dia dari mak”. Mak cuma diam je.
Keadaan masih lagi okey sampai la saya lahirkan anak lelaki saya. Masa tu sy tak tahu rupanya suami sy byk wt loan sampai gaji bersih suami jadi sikit je. Yela,sy kerja masa ni,tak kisah lah kan. Sampai la sy ditamatkan kontrak sebab keaadan kewangan syarikat tak stabil. Masa ni keadaan jadi kelam kabut skit sebab nak beli pampers,susu anak kami. Mak mertua ngn ayah mertua saya hari2 nak makan kat kedai. Duit taknak keluar. Duit suami sy je bila bayar makan. Masa makan semua duk kat meja,bila selesai je makan,semua lari tak nak bayar.
Sampai la satu tahap suami sy takde duit(duit loan dah habis), mak ngn ayah dia masih lagi nak makan kat kedai. Dieorang tak faham suami sy ada komitmen sekarang. Kadang2 suami sy pinjam duit dengan mak sy sebab nak bawak mak ayah dia makan kat kedai. Masa tu sy macam sakit hati jugak, sebab Abg R tu duk sebelah rumah mak mertua je kot. Kereta ada sampai dua buah. Tak reti ke nak bawak mak awak pergi makan. Duit banyak simpan je. Masa ni hati saya macam nak mencarut2 dah.
Sampai la mak mertua sy pun sakit,kena bwk pergi hospital. Masa ni la drama bersiri gerak khas bermula. Masing2 nak tunjuk baik dah. Abg R bawak makanan hari2 untuk mak, Kak N tiba2 dtg jaga mak. Suami sy pun pegang la purse mak dia kan. Dah mak sakit. Tiba2 je adik dia,F tanya suami sy sapa pegang purse mak(sebab mak ada duit ribu2 dlm tu). Suami sy pun ckp la dia pegang,Korang bayang la,si F ni mintak purse mak sebab takot suami sy pakai duit mak. Ya Allah, sampai macam tu skali korang buat kat suami sy. Suami balik cite kat sy. Sy kate “takpe la bang,sabar la”.
Mak mertua pun sakit makin teruk,kena transfer hospital besar. Masa ni la masing2 duk pakat tunggu mak, takot mak habis umur tak sempat jumpa. Masa mak sihat ada tak korang jaga dia. Tanya mana dia nak pergi,apa dia nak makan?. Tak lama lepas tu,mak mertua sy mneghembuskan nafas terakhir di hospital. Masa mak meninggal sy takda,sebab sy kena jaga baby sy. Masa ni Kak N tiba2 meraung mcm org histeria, si F marah suami sy. F cakap “mana bini kau masa mak mati,tak datang tengok pun”.
Masa suami balik cite,sy nangis,sy cakap “F tak tahu,anak kita baby prem,mana boleh pergi kat org sakit2 mcm tu,Doc pakar dah pesan”. Suami cakap, “biarla org ckp kt kita,jgn balas”. Semua urusan kebumi dah selesai. Keesokkannya, sy dan suami pergi rumah mak mertua. Suami sy pun keluar sekejap nak fotostat i/c arwah mak. Nak wat kenangan. Masa suami takda, tiba2 si F bersuara “Yang tu(suami sy) gila harta”. Masa tu sy rasa nak nangis je,sy tahan. Apa salah suami sy? Korang ingat selama ni mak keluar guna duit mak ke?Kadang2 suami meminjam dengan mak sy,dengan kawan2 dia semata2 nak bahagiakan mak dia.
Hari ketiga selepas mak takda, Kak N pun tunjuk la belang dia. Masa tu Kak Y dah hasut dia suruh benci sy dengan suami. Sy dengar masa Kak Y duk hasut,sy diam je sebab sy nak tengok permainan dieorg. Kak N pun konon2 la nak berbincang adik-beradik dia. Sy duk kat luar dgn Kak Y,sy diam je masa tu. Tiba2 je Kak N buka pintu rumah,tengking sy cakap macam ni”Mak banyak terasa hati dengan ko ye!!!”. Masa tu,luruh jantung sy. Dalam hati sy”apa aku buat sampai mak terasa?’. Aku tak pernah halang suami jumpa mak dia,sampai kadang2 suami sy abaikan anak kami. Anak sy nak g klinik sy bwk sendiri, mak mertua nak g klinik suami bwk. Sy tak pernah soalkan hal tu.
Saya hari2 berdoa “Kalau betol mak terasa hati dgn aku,Ya Allah kau tunjukkanlah balasan pada aku”. Masa ni, Allah Maha Mendegar,Maha Mengetahui,tiba2 anak Kak N excident. Cedera parah,cedera kat kepala. Dan masa tu jugak, Kak Y dapat balasan,tiba2 kena serangan jantung. Sebab tu kita kena percaya,doa orang teraniaya tiada hijab antara dia dengan Allah SWT. Lepas mak takda, Kak N pun tunjuk la baik, bawak ayah mertua tinggal dengan dia. Buku bank ayah mertua Kak N pegang. Sebab ayah mertua sy dah tua,tak pandai membaca,tak pandai menulis. Masa duk dengan dia, Kak N ambik kesempatan curi semua duit ayah mertua sy.
Bila ayah mertua dah takda duit, Kak N halau srh tinggal balik duduk kat kampung. Sampai sekarang, dengar2 anak Kak N yang excident aritu dah jadi OKU. Sy tak mintak tapi Allah SWT bagi balasan yg setimpal ats apa yg Kak N & Kak Y buat selama ni. Selama ni semua adik-beradik suami ingat keluar guna duit mak,kikis duit mak, mintak maaf ye sy & suami tak pernah kikis duit mak korang tu. Masa dapat duit pusaka arwah, ada tak korang adik-beradik tanya selama ni guna duit sapa bile keluar makan? Lepas ni tolong tanya sikit ye. Sebab suami sy sampai berhutang nak bawak mak ayah dia makan. Tolong tanya hutang dah bayar habis ke belum? Suami sy dah takda duit sekarang, sebab banyak buat loan untuk “kemewahan” sebelum ni. Suami sy kadang2 bawak Rm2 je pergi kerja. Bayang la zaman sekarang bawak RM2 je..Tapi takpela, mungkin dengan ujian macam ni boleh bawa suami saya ke syurga.
Untuk pembaca,satu je sy minta. Doakan sy & suami dimurahkan rezeki, diberi kekuatan yang luar biasa untuk menghadapi ujian dari Allah SWT. Untuk mak, S doakan mak tenang di sana.
Terima kasih,
Yang benar,
S
– Siti
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit