Kakak Ipar Tiada Common Sense

Salam semua. Saya Cahya. Baru kawin 3 tahun dan belum bercahaya mata. Saya tinggal di rumah mertua. Mertua saya baik, tiada masalah.

Kehadiran kakak ipar saya dan anak2nya yang buat hidup saya mula bermasalah dan stress. Stress kerana rumah menjadi sangat bersepah. Dapur apatah lagi.

Selepas makan, meja akan sangat kotor dengan butiran nasi dan kuah yang tertumpah. Kadang2 selepas makan tu tidak terus basuh pinggan dan membiarkan hingga esok pagi.

Saya selepas subuh memang tidak tidur sebab akan sibuk siapkan sarapan untuk suami. Tapi kerja buat saya akan menjadi lambat sebab kena kemas yang mereka anak beranak tinggalkan semalam tanpa cuci.

Berbulu mata saya tengok dapur bersepah. Saya la yang kena kemas setiap pagi. Basuh pinggan berlambak. Kakak ipar saya sejenis yang bangun lewat.

Saya tak kisah sangat tentang tu, cuma apa yang saya geram, kalau dah tahu malam tu dia dan anak2 dan sepahkan dapur, bangunlah awal untuk kemas balik. Hari2 saya terpaksa hadap perkara sama. Saya bukan orang gaji di rumah ni.

Bab makanan pula, setiap kali saya beli susu kotak atau yogurt, saya akan letak dalam peti. Tapi bila waktu saya nak minum susu kotak tu, pasti akan hilang.

Saya tak kisah kalau anak2 dia nak minum, tapi tolonglah minta izin dulu kalau bukan kepunyaan mereka.

Kakak ipar saya ni seolah tidak ajar anak2 jangan ambil barang yang bukan kepunyaannya. Saya bukan berduit, jadi peti pun berkongsi je la. Tapi tak bermaksud barang saya adalah barang mereka.

Saya ada meluah pada suami juga. Suami faham keadaan dan perasaan saya. Tapi kami belum mampu buat apa2 sebab belum stabil untuk duduk di rumah lain. Hanya tegur mulut macam tu je la mampu. Tapi tidak dihiraukan.

Satu lagi, memang saya duduk di rumah mertua ni sebab raikan niat suami untuk jaga mertua.

Seperti yang saya bagitahu awal lagi, mertua saya tiada masalah. Kami sangat selesa bila hidup bertiga. Namun apakan daya, kakak ipar juga menumpang sekali.

Kadang kalau datang perasaan jahat, mahu saja saya menghalau mereka. Tapi apakan daya, ini bukan rumah saya. Mampu berdiam sahaja.

Lagipun saya tidak mahu hubungan saya dan mertua menjadi regang disebabkan menegur kakak ipar saya dan anak2nya ni.

Saya sangat tertekan, doakan saya dapat kuat dan sabar untuk jalani hari2 mendatang. Dan saya harap kakak ipar saya akan keluar dari rumah ni suatu hari nanti. Saya ingin hidup bertiga kembali.

Saya juga mahu privasi dan mahu ketenangan dalam rumah yang bersih. Dan doakan juga saya dapat menimang cahaya mata pertama juga suatu hari nanti.

Terima kasih sudi dengar luahan saya.

– Cahya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submitas

One comment

  1. -mana suami kakak ipar tu?
    -boleh je awak dan suami awak yang pindah, pindah berdekatan dengan rumah mertua.
    -sepatutnya awak suruh suami awak bagi nafkah tempat tinggal untuk awak.
    -semoga ada jalan keluar untuk semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *