Assalamualaikum warga iium confession. Selamat tahun baru. Semoga tahun baru ini, dipermudahkan segala urusan kita semua. First sekali, terima kasih admin sebab sudi publish cerita aku. Oh ya, nama aku Ani. Berumur 27 tahun dan sudah berkahwin. Aku bukan nak cerita pasal diri aku, tapi pasal kakak ipar sulung aku. Harap korang boleh ambil iktibar daripada cerita ni.
Untuk pengetahuan korang, abang sulung aku aku bertunang dengan Si A, tapi mungkin jodoh tak ada, Si A minta putus tanpa pengetahuan ibu bapa Si A. Bila ibu bapa Si A ni dapat tahu, ibu bapa Si A ni tak setuju dengan keputusan anak diorang sebab diorang sayangkan abang aku. Aku bukan nak puji ke apa, tapi abang aku ni memang baik, hormat orang tua, dengan adik-adik tak pernah kedekut.
Berbalik pada kisah tadi, Si A tetap nak putus jugak, jadi mak ayah Si A ni punya sayang dekat abang aku, minta abang aku berkahwin dengan adik Si A ni, aku namakan Kak Ain yang dah jadi kakak ipar aku. Abang aku cuma menurut sahaja, lagi pun mak ayah aku pun cakap benda sama. Tak salah nak tukar tikar bak kata orang tua-tua. Jadinya abang aku dengan kakak ipar aku ni berkahwin tanpa rasa cinta kecuali rasa hormat kepada mak ayah masing-masing.
Setahun lepas kawin, dapatlah anak pertama. Tiga tahun kemudian, dapat anak kedua. Lelaki dan perempuan. Kira sepasang la anak abang aku. Semua comel-comel je. Lepas bersalin, kakak ipar aku berhenti kerja sebab nak jaga anak-anak. Kakak ipar aku tak nak mak ayah yg jaga sebab kak ipar aku pernah cakap, bukan dia tak percaya, tapi tak nak susahkan mak ayah, cukuplah mak ayah besarkan anak-anak, takkan cucu pun nak kena jaga juga… Tabik spring betul dengan kakak ipar aku punya pemikiran. Oh ye, abang aku kerja bukan bergaji bulanan. Hanya kerja sebagai pekebun. Ada hasil, ada la rezekinya. Tapi, setakat yang aku tengok, rezeki abang aku sentiasa murah, tak pernah putus rezeki. Abang aku selalu cakap, ni rezeki anak-anaknya.
Bila anak-anak abang aku dah bersekolah, kakak ipar aku mula nak cari duit sendiri. Nak bantu abang aku katanya. Jadi, kakak ipar aku pun berniaga sayur-sayuran kampung di pasar pagi. Hasil jualan tu semua adalah daripada hasil kebun abang aku sendiri. Pagi-pagi lepas subuh, kakak ipar aku dah keluar berniaga, naik motosikal, dengan tong sayurnya di belakang. Tengah hari, kakak ipar aku balik daripada berniaga, uruskan hal di rumah macam masak, kemas rumah. Bila petang, keluar cari baranh untuk jualan esok. Pokoknya, setiasa sibuk la kakak ipar aku ni.
Ada satu hari tu, abang aku kemalangan, kaki patah, tak dapat nak cari rezeki dalam sebulan jugak la. So, kakak ipar aku yang ambil alih tugas abang aku, jual sayur-sayurannya. Beruntung abang aku dapat kakak ipar yang baik macam kak Ain. Dah la Kak Ain ni tak suka bermake up. Rimas katanya. Unik betul kak ipar aku ni. Sedangkan aku, nak pergi kedai depan rumah pun kena make up juga sikit, sebab kalau keluar dari rumah dengan muka yang tak bermake up hatta secalit bedak, mesti tak selesa. Sampai mak ayah aku pun pernah puji kakak aku, cakap kakak ipar aku ni susah nak dapat, mana nak cari perempuan yang sanggup jual sayur-sayuran kampung ni, bawa dengan moto, kalau perempuan lain, mesti malu. Itu yang mak ayah aku cakap.
Lagi satu, kakak ipar aku ni pandai bawa diri. Bayangkan dia baru 3 tahun berkahwin dan menetap di kampung, dia dah kenal semua orang kampung sedangkan mak ayah aku pun tak berapa nak kenal sangat. Sekarang dah lebih 10 tahun menetap, memang dah kenal sangat la. Lepastu, pantang ada jemputan kenduri, mesti kakak ipar aku pergi, sebab katanya nak kenal dengan orang kampung. Subhanallah, kadang-kadang segan juga dengan kakak ipar aku ni. Kalau pergi mana-mana, mesti orang kampung kenal kakak ipar aku. Ramai yang puji. Mak ayah aku pun apa lagi, bangga la.
Kadang-kadang tu aku rasa, betul la. Jodoh kita ni cerminan diri kita. Abang aku ni baik, murah dengan senyuman, susah nak tengok dia marah. Alhamdulillah, dapat pula bidadari yang baik dan boleh dijadikan kebanggaan. Walaupun hidup dalam kekurangan, tapi Kak Ain tak pernah mengungkit. Beruntung abang aku dapat Kak Ain. Beruntung juga mak ayah aku dapat menantu macam Kak Ain dan tak lupa juga, beruntung mak ayah Kak Ain ada anak perempuan yang boleh dikatakan berjaya dididik dengan sempurna.
Terima kasih Allah untuk nikmat ini. Kepada pembaca iium confession semua, doakan kebahagiaan rumah tangga abang long aku ye. Terima kasih semua.
– Ani
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit