Kakak Iparku Seorang Pelakon

Aku ni seorang ibu tunggal yang ada dua orang anak. Alhamdulillah anak anak aku semua stay dengan aku selepas bekas suami aku tinggalkan aku kerana taknak bagi komitmen pada keluarga. Ahhh, biarkan lah dia. Dia nak bahagia kat luar sana. Anak anak aku yang sulung berumur 8tahun (Hairiz). Yang kecil 5tahun (Rayyan). Selepas bekas suami aku, Azlan tinggalkan aku. Hidup aku dah macam patah sayap, mujur family aku ada yang bantu aku saat aku jatuh tersungkur.

Sepanjang 5tahun lepas bercerai, aku dapat tawaran kerja di Bangsar. Lepas bercerai bekas laki aku memang tak ambil port pasal nafkah anak anak. Aku buat keputusan utk berkerja sambilan sabtu ahad di mcdonalds. Penat memang penat, tapi desakan hidup dan demi anak anak, bayar rumah, kereta, bil bil yang ada, duit makan pakai kerja dan anak anak..

Pernah juga abang aku cakap, letak je anak anak aku dekat rumah anak anak yatim. Siapa tak sedih. Sedih, aku sedih. Aku sebagai ibu, tak tergamak nak buat macamtu. Aku masih kuat untuk membanting tulang dan bekerja kuat demi mereka. Tapi mak aku sekeras kerasnya melarang aku berbuat demikian. Jadi, dia pun sanggup tolong aku utk jagakan anak anak aku. Aku hulurkan juga duit sebab menjaga anak anak aku yang nakal tu.

Disebabkan mak aku tinggal dengan abang aku, dia minta aku letakkan cucu cucu dia di rumah abang aku. Dia rela jaga dari biarkan orang lain jaga. Ya lah, cucu sendiri kan. Marah mcm mana pun tetap sayang. Mula mula semua nya ok, sehinggalah aku diberitahu oleh anak aku yang sulung (hairiz) yang kakak ipar aku (isteri kepada abg aku) pernah pukul anak aku (si bongsu- rayyan) dengan hanger. Aku time tu husnudzon lagi. Mungkin anak aku tu nakal. Jadi aku biarkan. Esok anak aku si hairiz cakap benda yang sama. Aunty pukul adik dengan hanger sebab tak mandi. Aku tengok memang ada kesan berbirat dekat belakang badan si rayyan. Aku memang dah tak sedap hati. Aku bagitahu mak aku, mak aku pulak cakap mungkin kakak ipar aku bergurau. Aku sebak.

Selang beberapa hari, mak aku terpaksa tinggalkan anak anak aku dengan kakak ipar aku dirumahnya sebab nak hadirkan diri untuk reunion. Jadi, aku pun terpaksa la akur, sebab dah tak ada choice lain utk org lain jaga. Nak dijadikan cerita, lepas aku ambil diaorg dari rumah abang aku tu, anak aku menangis dalam kereta. Menangis dan minta aku jangan tinggalkan lagi diaorang kat sana. Aku tny kenapa, hairiz cakap.. Aunty suruh hairiz buang sampah dekat rumah sampah, lepastu ada orang nak tangkap adik – rayyan. Aku dah tak senang duduk bawak kereta. Aku park tepi jalan, aku tanya lagi.. Orang tu tarik adik kat tangga tepi rumah sampah. Hairiz jeritlah, nasibbaik ada orang tolong. Dan hantarkan balik hairiz dengan adik kat rumah aunty. Aku tanya, aunty kt mana masa tu.. Hairiz jawab, dia kat depan lah, tengok tv. Aku panas! Bengang! Sakit hati! Aku cakap, habis apa jadi..? Rayyan menangis sebab kena time tu dia tak boleh nak bernafas. Lemas, kena tutup mulut. Aku isghtifar, aku patah balik rumah ke rumah abang aku. Ha elok dia ada kat rumah tu, muka tak bersalah. Ok aku cool down jap.

Aku tanya dia, apa dah jadi tadi. Dia cakap, anak aku main kat luar rumah, lepastu ikut security guard jalan jalan. Dia kata, nasib baik, dia cari. Dan jumpa. Ok, aku cuba diam. Aku diam dan aku cakap apa yang anak aku cakap. Dia bidas, dia kata anak aku semua nakal, lasak. Jenis tak reti duduk rumah. Allahu, sepanjang aku jaga anak anak aku, diaorg tak berani nak kuar rumah sesuka hati.

Aku cakap, takpelah kak. Aida balik dulu nanti kita bincang. Dalam kepala otak aku, aku dah tergerak nak pergi kat security guard. Security tu mtk aku pergi management office, nak tengok cctv dekat tempat kejadian. Pihak management tunjuk, ya. Anak anak aku tak menipu. Aku sedih menangis meronta ronta. Sebegitu rupa kakak ipar aku menipu. Allah. Aku geram aku sedih aku sebak. Nasibbaik anak aku selamat. Allah memang nak tunjuk pada aku.

Aku tak boleh berfikir secara baik waktu tu. Aku perlukan masa. Masa untuk betulkan apa yang dah kakak ipar aku lakukan. Aku sekarang tengah bercuti dengan anak anak aku. InshaAllah, akan datang aku harap keputusan yang aku ambil ni, akan membuat semua puas hati. Wallahualam.

17sept2016.
Aida, ibu tunggal dua anak.

– Aida

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit