Kakak Malaikat Tanpa Sayap

Salam, namaku Sunflower, aku berasal dari Melaka. Aku mempunyai 4 orang adik beradik, 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Ibu dan ayah aku telah meninggal dunia 10 tahun yang lepas.

Aku adalah anak bongsu dan, atas aku abang nombor 2, dan 3, kakakku yang sulung. Bila ibu dan ayah meninggal, kami dijaga penuh kasih sayang dari seorang kakak,

Dia sanggup untuk tak kahwin untuk jaga kami adik2nya. Bekerja 2 kerja demi menampung pengajian abang2ku di universiti dan juga aku yang pada waktu itu masih belajar ditingkatan 4.

Masa berlalu, abang ngah aku telah bertemu jodoh dah berkahwin dahulu dari kakakku. Segala persiapan kakak yang sediakan, ada juga duit kakak hulur sedikit untuk perbelanjaan perkahwinan abang ngah.

Kemudian masa berlalu, abang ngah aku jarang balik kampung, bila kakak call tanya bila nak balik, alasan dia sibuk bekerja, tapi kat media sosial selalu pergi jalan sana sini,

Kakak selalu cakap tak mengapa ada masa baliklah jenguk adik2 kat sini kita berkumpul macam dulu2. Kakak selalu cakap mungkin abang ngah busy kerja.

Setelah lama, abang chik aku pula belajar kat oversea, ditimur tengah. Kakak aku tu banyak habis duit kat abang chik aku sampailah dia terpaksa jual motor dia yang first dia beli masa gaji pertama dia sementara nak tunggu abang chik dapat duit tajaan dari kerajaan.

Kakak aku ni kira dia loaded walau belajar takat tingkatan 6 tapi gaji dia banyak sebab dia buat 2 kerja. Motor dia ada 3 biji, dia belikan untuk kami guna, kereta dia ada 2 biji tapi biasa2 ja.

Masa abang chik aku nak berlepas pergi ke negara timur tengah tu, abang ngah aku tak ada pun hantar, kelibat dia dengan kakak ipar langsung tak ada. Kakak cakap dorang mungkin sibuk dengan kerja.

Abang chik aku ja yang bising2 cakap abang ngah sejak kahwin dah lupa kita, kakak masih cakap taklah dia sibuk tu, kakak masih fikir positif, tak pernah sekali dia fikir negatif kat adik2 dia.

Dulu pernahlah ada kes, abang ngah kena curi barang kawan sekelas dia, kakak kena panggil ke sekolah oleh pengetua untuk kes abang ngah aku tu, sampaikan kakak kena maki ngan parent budak tu,

Dia cakap kakak tak reti jaga adik, nak report kat pihak atasanlah, report polislah, sebab bukan kes mencuri saja, ada kes lain juga.

Kakak siap merayu dan melutut kat parent budak tu, jangan buat report takut abang ngah kena buang sekolah. Siap parent tu minta ganti rugi, kakak bayar, terus settle. Tapi tak pernah aku nampak kakak marah abang ngah, sebab tu abang ngah aku besar kepala.

Dia buat hal macam2 hingga pernah buat hal dengan polis, kakak jamin keluar, tapi tak pernah langsung aku nampak kakak marah abang ngah. Kakak ikutkan saja kehendak abang ngah nak apa.

Bila abang chik tak ada, tinggallah aku dengan kakak aku saja. Kakak selalu hantar dan ambil aku balik sekolah setiap hari. Selalu tanya cukup tak duit belanja, apalagi yang tak bayar kat sekolah.

Duit belanja setiap hari RM10 kakak bagi. Baju sekolah aku tiap minggu kakak ironkan, kasut kakak basuhkan, zaman masih kasut putih guna kapur putih. Baju2 kat rumah semua kakak basuh, sidai, lipat.

Kerja rumah tak ada 1 pon yang aku buat, semuanya kakak yang aku buat. Aku hanyalah pergi sekolah, balik sekolah, pergi kelas tambahan, mengaji alquran.

Kakak aku ni bagus, bab pelajaran adik2 tak pernah abaikan, kami adik2 dia semua belajar tinggi2, kakak ja takat tingkatan 6. Result stpm kakak cemerlang tapi kakak lebih memilih untuk terus bekerja demi menjaga kami adik2 dia.

Bila aku dah dapat keputusan spm, result aku memang cemerlang juga, kakak bangga dengan aku, dialah orang pertama yang sibuk pagi2 lagi kejutkan aku untuk ambil result kat sekolah.

Kakak peluk aku, siap tanya adik nak hadiah apa. Aku tak minta apa, waktu ni tak kenal dunia luar lagi, memang baik lagi.

Bila aku dah masuk u dibandar besar, jauh dari kakak, beratus kilometer, aku jadi seakan lupa diri. Tiap minggu aku minta duit belanja dengan kakak, kakak hantar tanpa banyak tanya, tiap minggu RM250.

Tapi cuti semester tak pernah aku balik jumpa kakak dengan alasan sibuk study, kursus, sedangkan aku sibuk ikut kawan2 lepak sana sini habiskan duit. Aku balik jumpa kakak bila hanya raya saja. Itupun raya ketiga dah sibuk nak balik u.

Sehinggalah aku konvo, hanya kelibat kakak dan abang chik saja yang kelihatan, tapi kelibat abang ngah tak nampak walau bayang2. Abang chik sekarang dah bekerja sebagai pegawai hal ehwal islam, dia pon bangga dengan aku.

Tapi waktu tu aku masih sibuk dengan kawan2 u bergambar tanpa hiraukan kakak dan abang chik aku. Dari jauh aku nampak dorang masih tetap tunggu aku walau aku seakan tiada masa bersama dorang.

Aku mula kerja di firma guaman terkemuka. Sibuk memang sibuk tapi ada saja masa untuk balik jenguk kakak tapi aku lebih memilih untuk masih lepak ngan kawan2 sehinggalah aku kenal seorang lelaki, terus aku tak ingat dah nak balik jenguk kakak.

Tapi bila tak ada duit masih aku call kakak minta pinjam, tapi tak pernah aku bayar hutang kakak, kakak pun tak pernah tanya atau minta.

Long short story, aku berkahwin, orang yang paling sibuk uruskan majlis aku dan suami semestinya kakak dan kali ni abang chik aku pon campur tangan sibukkan diri juga dan ada sponsor sikit2.

Abang ngah aku pula hanya datang masa majlis kahwin, selepas tu sibuk nak balik dah alasan anak kecil.

Untuk pengetahuan pembaca, abang ngah aku kerja besar juga, kami semua dijaga elok oleh kakak, kerja kami pon elok nak dibandingkan dengan kakak.

Kakak ipar aku pon kerja besar tapi kakak ipar aku ni anak orang berada, kiranya kalau ada majlis apa2 kat kg dorang akan tidur hotel atau homestay.

Kakak tak pernah kutuk adik ipar dia, dia cuma cakap mungkin kakak ipar aku tak selesa duduk rumah kami, yelah rumah kami hanya rumah kayu biasa.

Bila aku dah kahwin, aku seolah2 seperti melupakan kakak. Kakak adalah msg tanya khabar, tapi tak pernah aku balas, ada juga kakak call tapi aku selalu reject dengan alasan sibuk uruskan kes mahkahmah.

Abang chik selalu msg aku cakap baliklah tengok kakak jangan sampai nanti menyesal. Aku tak faham lagi waktu ni.

Hinggalah satu hari, abang chik aku call berkali2, tapi aku tak angkat, bukan sebab sibuk, tapi sebab malas layan, tak lain tak bukan mesti nak suruh balik tengok kakak, sebab tu aku malas jawab call abang chik aku.

Last aku dapat msg dari abang chik aku yang mengatakan kakak aku telah meninggal dunia. Terlepas handphone dari tangan aku, aku jatuh terjelepuk, lepas tu tak sedar diri dah.

Aku sedar saja, aku telah berada dibilik wad. Suami aku ada kat sebelah, aku terus tanya mana kakak, suami aku diam, aku terus jerit mana kakak, nak jumpa kakak, tolonglah. Terus suami aku bangun dan keluar panggil doktor,

Waktu aku berkeras nak balik jumpa kakak, aku dengar suami aku cakap bolehlah doktor untuk dia tengok pengebumian kakak dia. Aku yang dengar perkataan tu terus jerit, kakak adik minta maaf.

Sampai ja kat kg, sekujur tubuh telah siap dikafankan. Aku tengok abang ngah menangis tak berhenti manakala abang chik tenang tapi riak wajah nampak sedih teramat. Aku terus meluru peluk tubuh kaku kakak sambil goncang tubuh kakak, bangun kakak bangun.

Abang chik terus angkat aku, sambil dia bisik, kan bang chik dah cakap jangan menyesal, sekarang menangis airmata darah sekali pun kakak tak akan kembali.

Selesai pengebumian kakak, abang chik beritahu pada kami nak jumpa dirumah pusaka ibu ayah. Sampai saja kami dirumah, aku lihat abang chik pegang sampul surat setiap 1 untuk aku dan abang ngah.

Sebelum kami buka surat tu, abang chik ada beritahu rupanya kakak menderita kanser payudara tahap 5, kakak tak pernah cerita kat adik2 dia, abang chik boleh tahu pun selepas kakak terkantoi dengan abang chik.

Kakak pesan jangan beritahu pada aku dan abang ngah. Patutlah kali terakhir jumpa kakak, wajah kakak sangat pucat dan kakak terlalu kurus cuma kami adik2 dia saja tak perasan.

Ketika kami sedang berbincang tu, datang pakcik aku, dia bawa geran motor first yang kakak jual, rupanya kakak jual pada pakcik aku motor tu, kami adik2 dia tak pernah tahu.

Kakak aku juga pernah bergolok gadai emas dia, jual salah 1 kereta dia demi kami adik2 dia. Ni diceritakan sendiri oleh pakcik kami. Pakcik kami lebih banyak tahu dari kami adik2 dia.

Sebak memang sebak, pakcik cerita kakak dah lama sakit, tapi sengaja sembunyikan sebab tak nak kami risau dan sedih, dia tak nak kerana sakit dia tu, dia dikatakan hanya nakkan perhatian.

Aku menangis semahu2nya. Aku peluk abang2ku sambil kata adik banyak salah ngan kakak,

Abang ngah pon menangis, dia cakap kalaulah dia tahu kakak ada sakit, dia akan kerap balik jumpa kakak, dia akan jaga kakak macamna kakak jaga kami. Kakak pengganti ibu ayah tiada galang ganti.

Kini menyesal airmata darah tiada guna, hanya kubur tempat hilangkan rindu.

Maafkan kami adik2 mu, kakak. Moga kakak ditempatkan dikalangan orang2 beriman dan beramal soleh. Kami adik2mu saksi segala pengorbananmu, kakak.

Engkau sanggup tidak sambung belajar demi menyara kami, kau sanggup tolak tawaran bekerja jauh demi menjaga kami, kau sanggup tidak berkahwin hingga akhir hayat untuk membantu ekonomi kami.

Kaulah malaikat tanpa sayap kami wahai kakak, damai dan tenanglah engkau disana.

Sunflower (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Aku simpati ngan kau, dik.. sebab ada perangai tak mengenang budi macam ni. Kau usunglah sesalan kau tu sehingga ke akhir hayat. Kau buat macam tu kat kakak kandung, d***h da***g sendiri. Betul laa orang cakap, belajar tinggi-tinggi pun, kalau adab kelaut, tak guna juga..

    • Sedih sgt baca kisah ni..semoga jadi pengajaran buat kalian adik-beradik dan kita semua. Semoga Allah dan kakak ampunkan dosa-dosa kalian dan semoga roh arwah kakak dicucuri rahmat dan ditempatkan disyurga tertinggi bersama ibu ayah kalian. Orang yang baik macam kakak kalian sangat susah nak jumpa..hargailah walau sesiapapun yang Allah hadirkan dalam hidup kita jika ianya baik untuk kita.

  2. dah tiada baru lah ada penyesalan..semoga roh arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman..huhu..sedih lagi baca adik2 tak kenang budi kakak yg dah bersusah payah..ingatlah kejayaan yg anda dpt skrg hasil sumbangan titik peluh akk hang..tak sedar diuntung betul! layakkah ke dpt gelaran peguam tuh.

  3. Assalam,jgn nyesal,Lau kak korg tau tentu dia sedih,bnyk3 wat amalan baik,pahalanya niat hadiah N sedekah kat aku korg🥹🥹🥹😭

  4. bila orang dah takde baru nak menyesal mende. takde gunanya dah. meratap la mcm mana cara sekali pun. kan dah jadi penyesalan seumur hidup. pengorbanan seorang kakak tu sangat2 besar sampai sanggup ketepikan kehendak sendiri demi nak membesarkan adik2 nya yang tak heran sikit pun apa dia buat. telan jela wak. orangnya dah pergi dah pun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *