Untuk part I, (https://iiumc.com/kakak-malaikat-tanpa-sayap/).
Salam, para pembaca. Aku sambung kembali. Ini bukan cerita novel, bukan cerita rekaan, bukan aku kutip dari novel online. Aku tak pernah baca novel, apalagi novel online, sebab aku tak berminat.
Selepas kematian kakak, hubungan kami adik beradik bagaikan dibom, umpama seperti musuh termasuklah hubungan aku dengan abang chik aku. Aku tahu dia marah, aku tahu dia pendam rasa dendam.
Bila aku balik kampung, aku terkenangkan kenangan bersama kakak, sungguh aku rindu. Aku tak tahu kenapalah aku sanggup buat kakak sebegitu sekali, sedangkan dia banyak berkorban untuk aku dan abang2 aku.
Abang ngah terus putuskan hubungan dengan aku, sebab dia kata akulah punca kakak sakit. Menangis aku, aku umpama hidup sebarang kara.
Tiap kali raya, aku balik tidur kat kg, abang chik dan abang ngah jarang balik, tapi bila ada salah seorang dorang ada, dorang tak akan makan apa yang aku masak, contoh rendang ke, ketupat ke, kuih raya ke.
Sedih, aku rasa kalaulah kakak masih ada, dia mesti gembira sebab aku dah pandai masak. Beza dengan dulu, tak pandai langsung masak walau hanya maggi.
Ada satu hari, abang chik aku ada kat kg, aku pon masuklah dalam rumah, aku bersalam dengan dia, dia tak pandang muka aku, aku tanya abang chik sihat,
Dia jawab ‘sihat, tak sakit pon, tak tunggu nak mati pon, ni balik sebab nak tengok aku mati ke?’ Terus mengalir air mata aku.
Tapi dengan suami aku, abang chik aku sembang elok, siap ajak lepak kedai makan, tapi dorang tinggal aku, tak bawa aku, sebab suami cakap, ‘U tak payah ikut, nanti abang chik moody pula’ Aku turuti saja.
Masa kat rumah sorang2 tu lah, aku masuk bilik kakak, aku kemas2, aku baring atas katil, sebab rindu. Masih ada bau kakak, aku buka almari baju kakak, semuanya hanya baju kurung, baju labuh2.
Aku nangis. Sebab kakak tak pandai bergayalah aku pinggirkan dia, sebab aku malu dengan kawan2 u dan tempat kerja sebab kakak tak pandai bergaya. Baju2 dia kebanyakkan baju kurung, tudung labuh.
Aku beralih pula ke almari solek kakak, hanya yang ada deodorant, sikat rambut, bedak tabur. Kakak memang tak pernah pakai alat solek walau hanya secalit lipstik. Beza sungguh dengan aku.
Aku tahu kakak kena kanser dari abang chik, dia yang beri tahu aku kakak kanser tahap 5, jika aku tipu korang, maknanya abang chik tipu aku, tapi tak mungkin.
Aku takut nak tanya lebih nanti abang chik tak nak pon layan aku. Emosi dia masih belum stabil atas pemergian kakak.
Betul, masa kat u dulu, kakak hantar duit RM250 setiap minggu. Duit tu aku selalu buat lepak2 dengan kawan2, pergi makan tempat mahal, beli baju mahal2, kiranya aku masuk u, aku berkawan dengan orang2 berada.
So aku tak nak kalah, aku pon ikut sekali pakai baju mahal, makan tempat mahal, pergi bercuti tempat mahal, ptptn aku hanya untuk aku spend bercuti saja.
Sebab tulah aku jarang balik kg, aku pernah je ikut kawan aku balik rumah dia, besar rumah dia, dia selalu bagi baju2 mahal dia kat aku, mama papa dia pon kenal aku.
Tapi tak pernah aku cerita hal keluarga aku, kawan aku pon tak pernah tanya aku. Cuma yang dia tahu aku berasal dari melaka. Takat tu saja.
Kakak memang orangnya lembut, cantik cuma cara bergaya seperti makcik2. Lepas tu dia pakai spek mata jenis petak besar, macam orang tua.
Tapi ada je orang pernah risik tanya pasal kakak kat pakcik aku, tapi kakak tolak dengan alasan kami adik2 dia. Kakak aku beza umur dengan kami banyak juga dengan aku lagi lah jauh.
Suami aku pernah cerita. Dia pernah tanya abang chik tak nak kahwin ke? Dia jawab, trauma nak kahwin takut dapat pasangan macam aku yang jenis lupa daratan.
Aku tanya suami aku, abang chik cakap I lupa daratan ke U yang reka? Dia kata ya, dia cakap macam tu. Mengalir air mata aku buat kesekian kalinya.
Aku tak tahu lah sampai bila hubungan kami akan baik macam dulu, abang chik dengan abang ngah baik pula, aku yang dipersalahkan semua. Bila aku tanya, apa salah aku, dorang jawab tanya diri sendiri.
Aku akan buat apa yang korang cadangkan aku, tapi barang kemas kakak semua abang chik dan abang ngah dah leburkan kat kedai emas, duit tu dorang buat kenduri arwah kakak, dan sebenarnya kenduri tu aku tak dijemput
Sedih teramat sedih, seumpama aku ni tak pernah wujud bagi dorang.
Aku pernah tanya suami aku, kenapa ya abang chik tak marah pon abang ngah macam mana dia marah aku,
Suami aku jawab, abang ngah sekuranngya dia ada jawab call kakak, ada balas mesej kakak dulu walau tak balik kg tengok kakak. Cuma aku je tak tahu.
Aku rasa sampai sini sajalah. Aku terima segala kecaman, segala doa buruk kat aku, ikhlas aku terima.
Aku tahu aku banyak salah dengan kakak, walhal aku perempuan patut lebih rapat dengan kakak, tapi aku tak faham kakak.
Suami aku pernah cakap, kakak paling sayangkan aku sebab aku bongsu dan perempuan, dia harap aku lebih faham diri dia tapi dia salah.
Dia pergi tanpa aku faham dan belum sempat balas segala pengorbanan dia, segala kebaikan dia.
Sungguh aku rindu, rasa bersalah dan menyesal sangat. Maafkan aku…
– Sunflower (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Memang patut kau dilayan begitu… puas hati aku bila abang2 kau buat kau macam tu. Kau ada kawan baik kannn.. yang selalu bagi baju mahal2 … kenapa pulak abang2 kau nak bagitau kau bila nak buat kenduri apa semua? buat apa nak bagitau kau lepas kau buat arwah kakak kau macam tu? Pentingkan kawan dari kakak sendiri.
Esok2 nak mati, bagitau kawan kau yang bagi baju mahal2 tu utk uruskan jenazah kau. Kau mana ada adik beradik… orang ada adik beradik, takkan buat perangai macam kau ni.
Semoga dgn meluah di sini tt dpt melepas sedikit beban bersalah tt..tt banyak² kan berdoa semoga abg² tt berbaik dgn tt semula,kita manusia yg sentiasa berbuat salah dan dosa..
Semoga dipermudahkan segala urusan tt ❤️
Tak apalah tt yg berlalu biarkan berlalu….kalau rindu dan rasa bersalah dekat kakak doakan dia selalu ye…buat sedekah,infak atas nama kakak….insyaAllah smpai utk kakak itu lebih bermakna untuk bantu kakak di alam abadi
Nyirap baca kisah camni pagi pagi. Dah boleh nampak style confessor macam mana, busuk hati. Tengokla cara dia describe arwah, pakai spek macam orang tua. Sumpah tak perlu, cukup kau kata kurang bergaya whatsoever orang dah tangkap. Tapi jenis hati tak bersih. Aku tak penah komen sini, but your stories got me damned boiled. Wei lain kali simpan sendiri je citer ko makcik. Belajar dkat malaysia pun nak culture shocked sampai lupa orang paling berjasa. Literally biadap. Aku baca pun dah boleh gauge cane. Aku terasa citer ni sebab aku pun penah membesar dalam keadaan agak susah, tapi orang yang jaga aku tu aku cuba terbaik nak muliakan. Cane kau kakak kandung kau buat camtu? Im not saying im better, but tbh perbuatan kau lepas arwah meninggal still speaks a lot. Sibuk nak pertikai kenapa abang dia sorang lagi tak dibenci la apa la. Like if you did shit, just accept it. Tak perlu nak fikir orang lain. Ni nak pertikai, jenis tak reti menyesal. Haih
“…belum sempat balas pengorbanan dia..” tak, bukan tak sempat tapi tak nak. Dah keja kat law firm masa tu kan? Tapi itulah, benda dah berlalu. Balaslah dgn doa yg tidak putus dan perbuatan yg baik2 semoga menjadi asbab kakak awak di tempatkan di syurga. Mudah mudahan.
Klu ko rs bersalah dgn kakak ko. Ko selalu sedekah utk die ko doakan setiap waktu setiap detik setiap masa. Moga Allah ampunkan dosa kau.