Assalamualaikum semua, aku Kakak Noob, seorang perempuan single berumur 30 tahun. Aku harap sangat pembaca boleh tolong bagi pendapat untuk masalah aku ni. Aku tau korang mesti boring dengan masalah aku ni sebab masalah cinta dah berlambak sangat dalam IIUMC ni. Tapi aku sangat memerlukan nasihat dan pandangan.
Harapnya komen yang bernas dan membina ye. Yang nak membawang tolonglah main jauh2 haha. Confession ni panjang sangat3 harap korang tak bosan dan tolonglah aku memang memerlukan nasihat bukan makian.
Aku namakan dia sebagai F dan kami sebaya. Kami berkenalan di dalam laman cari jodoh yang agak femes. Usia perkenalan kami dah mencecah hampir 7 bulan. Sewaktu awal perkenalan kami, aku ada beri hint yang aku ni jenis tak suka nak rushing kearah perkahwinan.
Hint ni aku bagi dalam mesej lepas first date aku dengan F. Aku lebih selesa dengan berkenalan dan berkawan dulu dalam beberapa tempoh waktu macam setahun dua dan kalau rasa sesuai kena dengan hati bolehla kita ke langkah yang seterusnya.
Untuk pengetahuan semua, kalau korang join laman cari jodoh ni, memang akan jumpa pelbagai jenis lelaki haha. Paling latest aku jumpa sebelum jumpa F, sorang lelaki ni, baru jumpa dua kali tapi dah tanya nak nikah terus ke atau bertunang dulu? Paksa suruh jumpa family dia and sibuk nak jumpa family aku jugak. Aku dah explain dah yang aku taknak rushing tapi lelaki ni aku taktawlaa desperate ke ape.
Nak cakap pasal desperate aku pun dah umur 30 dahh patut aku lah yang desperate kan tp terbalik pulak. Kalau jumpe macam ni aku memang speechless and takut laaa mane taw kan buat nye jenis psycho ke tak pasal..
Ade jugak yang terus nak jumpa family laa, ade yang nak taw annual income aku laa, tanya aku ade kete laa pakai kete ape laa macam2 jenis laa haha jadi untuk situasi macam ni aku akan bagi hint yang aku tak berminat nak berkenalan dah.
Sebab aku memang jenis tak sampai hati nak straight forward reject orang and aku sedar aku bukan lah cantik mana pun. Alhamdulillah lelaki okay yang faham dia akan stop mesej. Tapiiii yang kurang faham ni susah sikit yee kalau nak cerita kene buat confession yang lain haha sebab sekarang ni aku nak cerita pasal aku dan F sahaja.
F ni kalau dalam mesej memang peramah dan best. Dia lah lelaki pertama yang aku boleh layan chat dlm web tu sampai dekat 4 bulan. Selalunye dah sebulan aku akan mula rasa bosan. Tapi tidak dengan F.
Dengan F ni memang best sebab kiteorang memang bole cakap banyak topic. Sebab dah 4 bulan kenal F bg hint nak jumpa. F ni ade satu perangai yang suke bagi hint memanjang and macam tak reti nak straight forward.
Aku kadang2 nyampah jugak la sebab aku dah pernah cakap aku ni jenis tak paham hint. And time ajak jumpe die mmg sound sesiap die tak suka perempuan make up melampau and aku tak la rasa aku make up melampau tapii aku memang jenis make up la jugakk.
Disebabkan F nak jumpa aku dengan naked face aku pun layankan jelaa walaupun aku rasa insecure sangat haha. Yelaa kalau kau jenis hari2 keluar letak make up mestila insecure kann lagi2 kalau kulit muka jenis tak flawless haaa itulah aku tapi aku bersyukur sebab Allah kurniakan aku kulit cerah. Alhamdulillah.
F la lelaki pertama aku jumpa yang aku memang tak pakai makeup just apply lip balm jee, haha. Tak dapat aku bayangkan dengan mata panda aku ni jumpe F time tu hahahaha
Memory first date ni memang akan jadi one of sweetest memories yang aku akan ingat sampai bila2 walaupun kalau ditakdirkan jodoh aku bukan dengan F, I will still cherish this memory :).
Disebabkan dua2 jual mahal and tak nak mintak phone number, makanya dihari nak jumpa tu aku mintak share landmark nak jumpa dalam chatting je. F punya jual mahal taknak mintak phone number aku and aku pun tak rasa nak offer, maka berhuhu la aku time nak jumpe F.
Lepas dapat landmark aku pun waze laa nak pegi sana tapi malang nya aku taktaw la pehal waze ni lead aku pegi jalan besar je kot pastu cakap ‘you have reach your destination’. Gile betul. Aku pun dah stress dahh and last2 cakap kat F tolong la amek aku kat jalan besar ni sebab aku dah fed up. Dan aku bagi plate number kereta aku. Tapi F tak jumpa kereta aku pulak.
Dari aku cakap aku akan sampai sana sejam dah jadi dua jam lebih kot. Sooo F pun dah fed up jugakk and die pun bagi phone number die surh aku call die sekarang then die guide jalan hahaha. And bile sampai die memang amek aku kat kereta.. die tunggu je tepi kereta sampai aku bukak pintu kereta hahaha.
Time ni memang rasa malu cuak speechless confuse sume laa sebab dah la sesat lama gile then dah sampai terus duduk and jumpe stranger dengan tak make up nye, rupe tudung dan muka aku pun tak tawla macam mane dah. Haha yelaa selalu first date kan kita nak tunjuk good impression giteww hehe tapi yang ni sebaliknye. Oh time ni kami terpakai baju warna sedondon yee haha.
Macam2 kiteorang borak and aku pun dah tak berapa ingat ape yang aku borak tapi macam2 laa. Oh sebelum tu, masa time chatting lagi F memang dah bagitaw aku dulu 2 tahun lepas die memang ade gf yang die couple almost 5 tahun. F memang sayangla gf die ni. Tapi end up putus sebab F rasa macam gf die dah lain dan F tanya kenapa gf die dah lain.
Lepas dari soalan tu diorang bergaduh teruk and gf die memang shut him off. Mesej tak reply, call tak angkat langsung. F cakap die mental jugak la time tuu and he keep calling and texting her for almost 4 month without failure. Sampailah gf die bagi ayat keramat cakap nak putus and jangan cari die lagi.
Aku tak tahula aku bodoh ke lembab ke naïve ke. Tapi aku percaya dengan citer F ni. F cakap lepas dari relationship ni, die dah trauma nak tanya perempuan berkaitan hati and perasaan ni. Mungkin kot sebab tu time die ajak aku jumpe die suka just bagi hint and tak nak mintak phone number aku?? Ntahlaa.
And masa F still dgn gf die, die ni suke marah2 dalam segala hal. Tapi lepas kene tinggal die muhasabah diri and jadi lone ranger, pegi hiking sorang2, tengok wayang sorang2 and sume la sorang2. F ubah cara hidup die la senang citer die stop buat normal routine yang die selalu buat. Korang rasa betul ke ade lelaki macam ni yang boleh buat sume nye sorang2? F cakap bile sorang2 die lebih bertenang dah tak marah2 dah.
Kiteorang memang borak panjang malam tu smpai aku dah tak bole nak bukak mata dahh and aku perasan mata F dah merah sebab mengantuk. Dengan die kene keje esok pagi lagi nye. Aku takpela sebab esok aku cuti. Lepas aku dah paksa F banyak kali ajak balik and kiteorang pun balik laa. Sampai rumah aku pun text cakap dah sampai and thanks ape sume.
And sejak tu kiteorg texting siang malam. Sampailah jumpe untuk second date, time ni F lain sikit. Die macam pendiam and senyum je time jumpe aku. Kali ni aku tak rasa malu macam first date, aku rasa lebih relax and rasa macam pegi lepak mengopi dengan kawan. Tapi F pulak mcm diam and passive sikit and aku tak taw kenapa. Die banyak diam and banyak senyum and cakap sikit2 je. Eye contact pun tak macam time first date. Macam malu pun ye jugak ke die tak berminat? Aku confuse.
Lepas dari second date ni kiteorang still lagi texting siang malam macam selalu. Cumanya, aku rasa kadang2 F ni tak berminat nak kenal dengan aku pun ade jugak sebab ade certain things yang die cakap mcm die tak rasa aku ni someone yang special dalam life die. Ade jugak la aku mcm sentap tapiii aku tak reti nak straight forward tanya die hint aku ke apa sebab aku memang tak pandai dan takut nak tanya bab2 ni. Aku memang fail sikit bab hati dan perasaan ni.
And F ade cakap lepas ni die akan busy and selalu balik kampung. Aku rasa die hint tak nak keluar dengan aku dah kot. Aku tanya kenapa selalu balik kampung? F cakap dah takde ape dah untuk die dekat KL ni. Tp soalan ni mase texting laa bukan face to face. Time ni memang aku sentap sangat dan ya aku bodoh sebab tak tanya. Aku tak tawla apesal aku tak tanya.
Sampailah dekat nak puasa and F ade attend wedding kawan die dekat kampung. Oh F bukan orang Selangor or KL ye tp die orang area utara. F keje dekat Selangor and adelah jugak sedara mara F yang berhijrah kat sini. Balik dari wedding tu F macam texting nak taknak je dgn aku. Tapi die still share dgn aku gambar wedding kawan die and activity ape die buat masa kat kampung.
Mase ni kiteorang memang still texting siang malam. Cume spark tu macam dah takde. So aku try to slow texting dengan F walaupun aku suka dekat die. Sebab aku rasa F ni macam bagi hint kat aku yang die dah tak berminat nak kenal dengan aku. Orang tak suka buat apa nak paksa betul takk sebab aku pun layan lelaki yang aku tak minat macam ni jugak.
Aku share cerita ni dengan BFF aku and sorang ni nasihat kalau tak nak dah cakap jela depan2 and cakap la elok2 sebab dah lama jugak kenal kan. Time ni dh kawan dengan F lebih 5 bulan. Third date ni aku jumpe F sebab aku dah janji nak bagi kurma dekat F since office aku bagi kurma berlambak and company F keje tak bagi so why not berkongsi rezeki kan.
Aku confident sangat this time aku nak cakap farewell dekat F. Tapii tak jadi seperti yang aku harap kannn. Time jumpa ni, F macam tak berani sangat nak eye contact dengan aku ntah pasal ape ntah. Bole pulak die dok bercakap tanya soalan dekat aku tapi mata pandang tv. Malu ke die? Aku pun tak taw laa. Tapi mase ni aku rasa irritated sangat. Meluat la senang cakap maybe sebab aku rasa marah dengan layanan F dekat aku kot. Tapi marah dalam hati jelaa depan2 aku act normal jela senyum sembang macam biase sume.
Lepas dari jumpa bagi kurma tu, aku memang slow lagi layan F. and sampailah seminggu puasa aku nekad terus senyap je tak mesej F langsung. F pun tak mesej aku langsung and pahamlah aku yang die memang tak berminat dengan aku. Masa bulan Ramadhan tu aku memang banyak berdoa dan buat solat sunat tarawih, istikharah, hajat sume.
Aku memang doa dekat Allah supaya gengam hati aku ni dan lepaslah dekat orang yang sepatut nya kalau F bukan untuk aku, aku mohon jauhkanlah aku dengan F dan hilangkanlah rasa suka dan rindu ni dari hati aku. Sejujur nya tak mesej dengan F memang buat hari aku murung dan mendung sedih and a few times jugak lah aku menangis kat tikar sejadah.
Sebenarnya kan, hari2 aku ingat dekat F, dan setiap kali aku teringat dekat F aku sedekah Al Fatihah dan doakan semoga segala urusan F dipermudahkan. Sampailah esok nak raya dan aku nekad nak wish selamat hari raya kat F sambil nak mintak maaf sebab aku rasa perbuatan aku jahat sebab ignore macam tu jee dengan F.
Surprisingly, malam raya tu F yang text wish selamat hari raya kat aku dulu. Kiteorang sembang la sikit and last reply aku, F tak balas and aku rasa F maybe balas dendam balik dengan ape yang aku buat dekat die 3 minggu lepas. Aku tak marah and aku faham sebab perbuatan macam tu memang menyakitkan hati.
Masa hari raya ni memang aku apply cuti panjang sebab nak pegi berjalan dengan family aku. Aku tuka DP whatsapp aku. Dalam 5-6 hari F senyap tibe2 F text aku tanya dah mula kerja ke and aku cakap belum masih bercuti lagi. Die tanya pegi mana and mintak aku share gambar aku pegi jalan. Time ni aku masih melancong lagi dan timezone pun tak sama.
Hari2 kiteorang texting and F akan tanya aku untuk update mane aku pegi and ape activity aku hari tu. F texting aku act like nothing happen. Walhal aku senyap 3 minggu dengan die tp F langsung takde rasa nak tanya aku kenapa aku senyap. Aku rasa marah, pelik and curious tapi aku suka F so aku follow je rentak F ni.
Sampailah aku dah balik dari bercuti, dah mula kerja dan kiteorang macam dulu2 balik texting siang malam dan F layan aku macam mula2 aku kawan dengan die. Aku sungguh tak paham. Tapi aku taknak tanya F. Mungkin aku ego atau aku tak sanggup dan aku tak sedia nak dengar jawapan dari F. Ntahlaa
Lebih kurang seminggu lepas balik bercuti ni aku ajak F jumpa sebab nk bagi souvenir. Masa ni F memang cakap die tak sihat dan tak makan lagi. Aku dekat luar and balik tu baru aku ajak F jumpa. Time ni plan aku dah F ni sakit aku plan nak tapau jela makanan kat die sekali.
Jadi, aku ajak jela die jumpe dekat area rumah die. Aku pilih hari tu sebab lepas2 ni aku busy and ade banyak activity open house, nak balik rumah parents and so on. Jadi taktawla bile lagi sempat nak bagi souvenir dekat F. Mase ni F dah duduk area KL dahh and lebih dekat dengan aku compare masa mula2 aku kenal die. Oh, F ni keje dekat site and selalu berpindah bile projek habis.
F memang taw aku ade perangai malas tak suka sangat nak drive jauh2 so die macam terkejutla bile aku sanggup nak drive pegi area rumah die. Yelaa logik la kan dah orang sakit kot. Takkanla kite nak paksa die datang dekat kite nak jumpe pulak kan. F cakap takpe jumpe je dekat area rumah aku sebab die dah ade dekat2 situ.
Aku pun okay kan je. Aku suruh F pilih tempat nak jumpe sebab die lapar and aku dah terlampau kenyang sampai tak boleh nak fikir tempat makan dah. F share location dengan aku and aku pun pegi jumpe F. Tempat jumpe ni tempat aku selalu dating dengan ex aku dulu hahaha. Nak gelak je bile aku sampai sini.
Honestly masa jumpa ni aku happy je xde rasa awkward ke ape. Tapi F macam last time aku jumpe die. Diam and tak berapa nak bercakap. Pelik aku. Dalam mesej bukan main ramah die. Time sembang pun sama mcm sebelum ni F tak nak sangat buat eye contact dengan aku. Sambil cakap duk main rambut die la, kepala sandar dekat dindingla. Aku tak paham dengan body language die. Sumpah tak paham. Malu ke ape ni wei? F ko ni suka aku ke takkk?
Oh, F ade hint macam nak ikut aku pegi open house and macam nak datang raya rumah aku, tapi aku memang takde rasa nak ajak sebab aku memang tak pernah and tak akan bawak lelaki yang aku tak tahu lagi serious ke tak untuk jumpe family aku or kawan2 aku. Tapi mungkin jugak F bergurau? Sebab F memang suka bergurau. Tulah masalah nye!
Kiteorang jumpe tak lama sangat sebab kedai makan dah nak tutup time tu. Jumpa dalam sejam lebih je. Benda yang buat aku lagi suka kat F ni kan, setiap kali jumpe aku, die akan hantar aku sampai kat pintu kereta and tutup kan pintu kereta untuk aku walaupun aku park kereta lagi jauh dari kereta F. and F tak penah nak amek kesempatan nak pegang2 tangan aku ke ape bile ade peluang macam sesetengah lelaki yang aku penah keluar date. F memang respect aku as perempuan.
Walaupun F ade cakap dulu time zaman remaja die memang suke mencuba segala benda, suka rebel, pemarah sume. Bile aku cakap taknak share ke, die cakap benda dah lepas dah simpan dalam2 dahh so aku tak peduli la asalkan die bukan drug addict, main judi or buntingkan anak orang aku okay jee haha. tapiii aku rasa la sebenarnye F ni lelaki yang baik. Ke aku ni innocent sangat?
Kemuncaknye, ayat F kat aku bile time nak balik dari kedai ni. Time ni aku taktawla ape aku rasa. Frust, sakit hati mungkin. Time dh smpai kat kete aku , F cakap terima kasih untuk souvenir, drive safely sume. Satu ayat die yang aku taktau la aku nak sentap ke atau F hint aku yang die anggap aku kawan atauuu ni memang kesilapan aku dari awal lagi.
F cakap kat aku, next time kalau rasa nak lepak mengopi, bagitaw la die. Okay, kalau korang baca awal intro aku tadi, lepas first date kan aku cakap aku kalau boleh nak kenal dulu laki tu dengan berkawan kan. Tak bole ke F yang ajak aku nak mengopi??
Soo bile F keluarkan ayat nak mengopi ni, sebenarnye die bagi aku hint yang die memang just anggap aku kawan biasa ke atau die pun ade feeling yang sama macam aku rasa? Boleh tak korang especially lelaki laa tolonglah explain kan dekat aku. Ayat ni memang buat aku rasa confuse sangat2. Tolonglah ye. Ke aku delusional sebenarnye.
And lepas dari ni aku texting F macam biasa siang malam. Sampailah ade soalan aku yang sebelum n F penah jawab tapi aku tanya balik buat F angin dengan aku. Kira kteorang argue jugakla. Pastu okay balik macam biasa tapi F macam nak tak nak je texting aku dan aku pun senyap balik mcm dulu sebab aku nak test F sama ada die suka kat aku ke takk. Sekarang dah seminggu masing2 senyap. Aku memang rindu dekat F. Tapi aku ego dan aku taw F pun jenis ego dan degil.
Selama berkenalan dengan F ni, aku memang stop kenal dengan lelaki2 lain sebab aku penat kenal ramai lelaki walaupun ade je yang PM nak kenal dengan aku dekat web cari jodoh tu tapi aku tak reply pun.. Tapi lepas seminggu aku senyap dengan F ni, aku rasa lebih baik aku berkenalan dengan lelaki lain jugak kan?
Boleh tak korang yang berpengalaman ni tolong nasihat aku ape patut aku buat? Patut tak aku move on? Kenal je dengan lelaki2 yang agak2 kene dengan aku minat and lupekan F. kalau F cari aku balik macam mana?
Aku tau aku macam noob sebab sepatutnye umur macam aku ni kan dah matang. Tapi aku memang kurang sikit exposure dengan lelaki ni sebab aku jenis garang. Haha dan kalau lelaki tu aku tak minat, aku memang malas nak layan. lepas masuk alam pekerjaan ni baru lah aku jadi peramah sebab keadaaan keje aku jugaklaa.
Harap sangat korang boleh tolong bagi nasihat yang bernas dekat aku ye.
Sekian, terima kasih.
– Kakak Noob (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit