Kakak Peniru Rapat

Hari ini apa nak jadi jadilah. Saya dah tak tahan lagi sebenarnya. Kalau korang apa korang nak buat bila korang ada kakak perangai macam kakak saya.

Ini bukan cerita zaman remaja tapi masing masing dah jadi mak orang. Saya tak faham kakak saya ni suka saya tiru apa yang saya buat dan beli.

Sekarang saya tahu gaji dia dah mahal, tapi tak tahulah jika dia guna kad kredit juga. Kalau korang di tempat saya apa korang akan lakukan.

Kakak saya gemar follow apa yang saya beli. Contohnya minggu ni saya belikan mask Jovian, tengok tengok minggu seterusnya dia pun sama pakai. Tudung jenama sama, gaya tudung sama.

Ada ketika suami belikan saya gelang emas, dia pun beli juga selepas itu.

Sampaikan saya beli baju tidur anak saya pun pada minggu seterusnya dia juga beli brand yang sama. Ikutkan hati nak je saya sidai baju saya dalam bilik.

Mana saya dan suami makan dia pun akan turut pergi tempat yang sama. Malah jika saya bermalam di hotel lima bintang atau bercuti di tempat yang best dia akan turut pergi ke tempat yang sama selepas itu

Kalau orang lain mungkin saya tak ralat sangat ini kakak sendiri, kakak kandung. Adakah dia terlalu mengkagumi saya?

Saya bukan orang besar malah dia lebih berpendidikan dari saya.

Tapi cara kakak saya ni buat saya begitu annoying. Sampai suami pun perasan dengan cara dia yang suka meniru apa yang kami beli dan ada.

Cara anak berpakaian pun dia tiru, style baju, kasut perhiasan semua tiru.

Dengan adik saya sorang lagi tak pulak dia ikut, cuma nampakla juga kekadang dia meniru style adik ipar saya yang suka mendeco rumah.

Saya tertanya dalam diri, kakak saya ni tak ada style sendiri ke semua nak meniru orang. Lepas tu up sana sini tapi orang tak tahu dia tu follow adik dia.

Nak marah pun kakak sendiri, saya still sayang dia. Cuma saya memang berbulu dengan cara dia. Husband pun selalu perli dia dalam group family tapi dia tak pernah nak ambil peduli.

Saya cuma minta cukuplah tu kakak follow saya beli atau buat apa apa. Carilah style kakak sendiri.

Saya kekadang terpaksa hide story atau kaburkan logo sebab tak nak dia ikut saya.

– Lina Latiff (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *