Taip. Padam. Ta…ip.. Pa..dam
Sebenarnya dah lama aku nak kongsi di sini, cuma pelbagai bermain di fikiran. Apa weh ayat aku. Iyolah, macam ini
“Kang aku tulis, depa duk mengata mak dengan adik aku”
“Sat gi aku cerita, satu donia membawang hal ini”
Tapi aku cuba berfikiran positif. Aku harap apa yang aku kongsikan ini menjadi pedoman untuk semua supaya semua menjadi insan yang adil dan penyayang.
Juga bak kata pepatah”ambil yang jernih, buang yang keruh”. Perghhh, karangan A +. Tak sia-sia cikgu BM aku mengajar dahulu.
Kisah aku, begini. Aku dilahirkan untuk menjadi seorang penjawat awam. Ahh gituuu.
Masuknya aku ke dalam alam penjawat awam adalah tidak menggunakan mana-mana kabel. Percayalah. Sebab pekerjaan aku ini tak perlukan kabel pun. ‘Hot stuff la you ini ‘ lah kata minah Bangsar.
Jadi sebagai seorang kakak yang sulung, aku diajar untuk berkorban. Enam bulan aku bekerja, dapat gaji sedap. Iyolah, sedap sebab bolehlah beli baju sehelai dua setiap bulan masa mula kerja tahun 2013.
Maka, mak aku yang aku hormati pun sok-sek la dengan aku . Lembut je ayat beliau masa itu.
“Along, mak nak minta tolong sedikit. Yelah, Along pun dah kerja. Ada gaji besar”
“Nak minta tolong apa itu? Kalau boleh tolong, Along akan tolong”
“Rumah mak dekat Somban tu. Dah masuk notis lelong. Mak sayanglah rumah itu. Kalau lelong, kena blacklist. Silap-silap mak masuk bangkrap .”
“la mak. Habis tu macam mana?”
Itulah permulaan bagaimana aku membuat pinjaman peribadi, demi mak aku. Betullah sebab aku anak sulung. Aku kena balas jasa mak ayah.
Minggu itu dengan penuh bergaya, aku cetak slip gaji , segala dokumen dan melangkah penuh bergaya ke bank yang mempunyai lambang sotong.
Tak lama selepas itu, LULUS. Saja aku taip menggunakan huruf besar sebab best ek jadi penjawat awam. Mudah betul buat pinjaman. Baiklah, melalut.
Fast forward. Fast forward dalam bahasa Melayu apa ya? Nanti pempengaruh Hariss Nasril akan bangkitkan pula aku tak guna perkataan BM dalam pengakuan ini.
Baiklah, sambung lagi.
Beberapa tahun selepas itu, tak silap dua tahun selepas itu. Kau kira lah, 2013+ 2, jadi berapa? Aku didatangi semula mak aku untuk membuat pinjaman peribadi demi menarik hutang rumah kedua mak aku dari masuk ke kancah lelong.
Sekali lagi aku sebab anak yang sulung, aku melangkah dengan bergaya ke bank yang beragama untuk membuat pinjaman. Lulus!
Aku sebenarnya pelik sebab mak aku ini bukan orang tak berduit tapi mungkinlah perancangan kewangan tak betul. Mak aku pun penjawat awam, dan masa itu dah gred 48 nak ke 50 berapa entah. Kalau ikutkan, banyaklah gaji kan?
Entahlah, aku tak tahu gaji mak aku. Aku pernah juga terfikir, kalau dah nak kena lelong, mengapa tak guna loan perumahan kerajaan untuk struktur semula hutang rumah-rumah. Entahlah. Ayah aku? Ayah aku dah meninggal ketika aku di matrikulasi.
Cuma pinjaman peribadi yang aku buat, mak aku tak pernah akad apa-apa nak jadi hutang ke atau bayar nanti ke atau aku kena redha ke. Tak apa. Aku anak sulung, aku kena berkorban. Dan mak aku baru pencen hujung tahun lepas. Sehari selepas Krismas.
Tapi sampai sekarang, mak aku tak ada pula sebut nak bayar atau bagi sekian-sekian. Aku diam sajalah kan sebab apa? Se…bab…. Aku anak sulung dan aku kena ber? Kor…ban…..
Jadi ceritanya, dua minggu lepas. Aku balik rumah mak aku sebab nak ambil surat. Masa aku buka laci surat tu, aku nampak segugus kunci rumah yang berkilat dan baru.
Nak kata kunci rumah mak aku, tak mungkin sebab kunci rumah mak aku lain. Nak kata kunci rumah dekat Seremban pun lain. Habis, kunci apa ya? Kau kunci hatiku di dalam hatimu?
Aku pun diam sahajalah sebab aku rasa macam tak penting nak beria tahu. Jadi, aku pun buat macam biasa.
Kemudian aku duduk sekejap, sambil tunggu mak aku balik dari kedai. Aku pun saja layari Facebook. Aku tengok, adik lelaki aku kongsikan cara semak kerosakan rumah baru. Lantas aku teringat kunci yang aku terjumpa tadi.
Sampai je mak aku di rumah dari kedai, dia ke dapur minum air Coway. Aku pun bersuara,
“Mak, Along ambil surat tadi. Terima kasih, tolong simpan. Nak tanya , kunci rumah siapa dalam laci tu?”
“Kunci mana? Yang baru tu ke?”
“Ya, mak. Yang ada label-label tu. Kunci siapa? Eh, John beli rumah ye mak? Murah rezeki dia. Baru kerja setahun dah beli rumah.”
“Rumah baru, mak la. Mak beli sebab saja mak beli sebelum pencen. John nak duduk dengan bakal isteri dia”
Sejurus saja mendengar kenyataan balas mak aku, aku rasa macam nak terjun jambatan pun ada. Hati ku bagai kristal dihempas ke lantai pun ada.
Entahlah, pelbagai perasaan muncul. Aku rasa macam tak adil. Betul aku bukan harap balasan tapi entah. Aku keliru. Kenapa aku kena berkorban sedangkan adik aku dapat sedap je.
Rumah-rumah sekarang ni pun mak aku tak cakap nak hibah atau beri dekat siapa cuma dia banyak kali sebut, rumah yang dia duduk ni kongsi adik beradik. Rumah di Seremban akan dijual.
Tapi apa istimewanya John? Sebab John adalah lelaki dan aku adalah wanita? Sebab John ada rupa berbanding aku yang kulit koko? Sebab John pandai ambil hati dan aku, tidak?
Nanti aku cakap, kata ungkit. Tapi aku sebut, jadi derhaka pula. Nak redha? Entahlah. Perlu ke aku minta mak aku duit yang aku pinjam dari bank? Atau perlu kah aku jauhkan diri.
Sampai sekarang aku tak tahu nak gambarkan perasaan aku ketika berhadapan dengan mak aku dan adik aku. Itu belum cerita lain. Aku nak cerita tapi dah pukul 11. Tak elok tidur lambat nanti gemuk sebab kerintangan insulin dek hormon kortisol meninggi.
Kalau aku rajin, nanti aku sambunglah cerita. Kalau kau orang suka, type SAYA NAK ke 22333 , sekarang.
– M.I.S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
ZALIMNYA MAK BUAT KAT ANAK MACAM TU.. SEDIH SAMPAI KE SINI.
KORBAN selalunya melibatkan hewan yg takdak akal fikiran. Camna ko yg berpelajaran keje gomen takleh fikir semua ni masa amik loan dulu? Takde soalan ke kat mak time tu. Mungkin ko hengat rumah2 tu bakal jd milik ko tu yg mudah buat loan bg mak? Dan ko tak penah soal apa pon dan start mengelupur bila tau john yg basuh kaki dpt free. Benda da jd dah terkorban kan. Sekarang neh ko suh mak ko tukar je rumah atas nama ko. Tu pon kalau mak nak rasa mcm nipis je peluang tu. Semoga berjaya
fuhh pedih bedesing telinga, 100% betul ayat awak, kekadang mmg kena cara direct mcm ni baru ada akal. hihihi
setuju. minta hibahkan dan tukar nama. sebab dah banyak berkorban. adik tu senang ja dapat
SAYA NAK tapi macam tak malas pulak nak hantar dekat 22333 😅
Sis kena buat sesuatu supaya loan tu bukan sis bayar sorang.. banyak cantek, john nak duduk dengan bakal isteri eh john la bayar.. pastu nanti nak duduk free je? Ehh anak emas ke john tu semua nak bersuap baik takyah kawen.. macam mana nak sara anak orang kalau tanggungjawab pun tak reti nak buat.. geram lak aku dengan mak2 yg menggunakan kepentingan anak lain untuk kepentingan anak emas dia ni.. satu hari Allah tu balas balik tau lah kau nak belajar hidup dalam kesusahan..
Kesian awak. Awak baik sgt ni rasa smp mak kandung pergunakan .. Dan sorry, mak awak kejam zalim pd ank. Mak awak pilih Kasih. Slow talk la one to one. Luahkan isi ht awak. Mngis lah dpn mak. Biar dia tahu ank sulung pun ada perasaan….
Aku ni takat baca confession org je tak pernah terdetik utk komen. Tapi yg ni baca geramnya sampai ke sini plk hingga tahap gigih aku nak taip komen yg tak pernah² aku buat sblm ni.
1. Loan pertama buat tuk cover rumah yg sekarang mak duduk. Dengan wasiat kongsi adik beradik
2. Loan kedua plk utk setel masalah rumah mak yg kat Somban nu. Dengan wasiat bakal di jual kemdian hari.
3. Omaknya pencen. Guna wang pencen beli rumah baru. Si john n isteri sedap la terima bersih dpt duduk rumah baru mak.
Si Kakak..
Aku tak paham cmna ko dah terpikir benda logik n rasional tapi berat mulut nak tanya details dgn mak ko sblm proceed buat loan tu. Benar lah.. instinct tu selalunya tepat dan betul. Tapi bila ko dlm fasa penafian maka terima la natijahnya. Unless ko memang dah ready