Hi, disini aku ingin meluahkan kekesalan yang telah aku lakukan terhadap adik ku.
Aku merupakan anak no 4 dari 7 orang adik beradik. Arwah ayahku meninggal sewaktu aku berumur 10 tahun. Aku mempunyai dua orang abang, satu kakak dan 3 orang adik lelaki.
Aku ingin berkongsi mengenai adik no 2 ku iaitu Ijak. Ijak merupakan seorang individu yang introvert, tidak bergaul dengan orang dan berkurung dalam bilik setiap masa.
Sekarang Ijak telah berumur 27 tahun namun masih tidak bekerja dan menetap bersama keluarga di kampung.
Ijak ketika kecil kerap dipukul oleh abang dan kakaknya termasuk aku. Sewaktu kecil, Ijak merupakan budak yang buas dan sedikit blur. Kami adik beradik dibesarkan dalam keadaan abusive setelah pemergian ayah kami.
Abang sulung aku merupakan seorang yang panas baran dan kaki pukul. Dia selalu pukul adik2 dan memecahkan barang jika dia tidak mendapat apa yang dia hajatkan.
Ibu aku bekerja sebagai pembantu kedai makan demi kelangsungan hidup tapi ketika awal2 menjadi janda ibu mengabaikan kami adik beradik dan banyak keluar dengan lelaki lain.
Oleh itu kami adik beradik selalu menjaga diri sendiri masing2.
Ibu aku juga selalu menangkan abang sulungku dan bersikap pilih kasih.
Berbalik kepada kisah Ijak, Ijak menjadi mangsa keadaan dan menjadi punching bag adik beradik ku.. malah aku sendiri pernah menampar dan mencubit Ijak semasa kecil.
Seingat aku dalam 10x aku pernah mencubit/memukul Ijak yang waktu itu masih sekolah rendah.
Abang sulungku ada sejarah memukul kesemua adik2nya. Ibu ku kadang2 melarang abangku namun tidak diendahkan kerana ibu aku cuma perempuan tua. Abangku lagi kuat berbanding kami semua.
Aku sangat kesiankan Ijak, sehingga sekarang bila aku teringatkan balik kesalahan yang telah aku lakukan terhadap Ijak.
Setelah Ijak memasuki sekolah menengah aku melayan Ijak dengan baik kerana aku berasa berdosa dan bersalah kerana pernah sakitkan Ijak dulu ketika kecil.
Namun Ijak sekarang telah menjadi insan yang gagal, mungkin kerana trauma dari keluarga sendiri. Ijak sekarang menjadi penggangur pada umur 27 tahun, dia tidak pernah bekerja setelah habis spm.
Dia berkurung dalam bilik dan banyak bermain telefon/game. Dia tidak solat, mandi bila disuruh, dan pengotor. Dia cuma keluar dari bilik untuk mandi atau solat.
Dia masih bercakap dengan aku dan adik beradik yang lain cuma tidak rapat dan tidak mesra. Perangai Ijak jugak tidak menentu dan seakan2 bipolar.
Ijak banyak kali terkantoi bercakap sendirian dengan adik beradik aku yang lain. Jujur aku rasa Ijak ada masalah depression and anxiety.
Kami adik beradik cuba berbaik dengan Ijak namun kami masih tidak serapat seperti adik beradik yang lain.
Aku rasa sangat bersalah kerana pernah sakitkan Ijak. Aku harap aku dapat putarkan balik masa dan dapat menjaga Ijak dengan baik.
Sekarang ibu aku jugak sudah berubah kerarah yang baik dan redha menjaga Ijak. Namun aku masih berasa berdosa kerana menyakiti adik sendiri.
Aku luahkan disini kerana aku rasa sangat bersalah dan sedih.
– Tirah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit