Hai, nama saya Nur, anak sulong dari 9 beradik. Umur 30an dan sudah berkahwin.
Ayah meninggal dunia 5 tahun lalu. Ibu surirumah, tidak pernah bekerja sejak kami kecil lagi. Ayah pula meninggal tanpa meninggalkan harta waima sebuah rumah untuk kami berteduh.
Sebagai yang sulong, aku ambil tanggungjawab bekerja dan memenuhi apa2 keperluan adik2 yang masih belajar.
Paling lucu, sedari kecil aku pasang angan2 punya banyak harta, mampu mewahkan adik2 ku. Minat memasak jadi berimpikan ada 9 kedai makan milik kami 9 beradik, haha!
Aku berkahwin dengan suami yang mempunyai rumah sendiri. Semenjak dari berpantang anak pertama, ibu dan adik2 (4 orang) yang pada asalnya duduk menyewa di kampung, berpindah masuk ke rumah suami.
Tapi hal ni tak menjadi sesuatu yang menyenangkan di mata Uda, adik lelaki aku.
Awalnya, semua nya baik2 sahaja. Tapi hanya selepas beberapa bulan uda berkahwin, seremeh-remeh hal pun menjadi isu sehingga menyebabkan kami berselisih faham.
Sebagai contoh, dahulu kami 9 beradik suka mengusik sesama sendiri. Aku di ejek jongang, Angah di ejek gemok, Uda di ejek hitam.
Kebiasaan ini menyebabkan suami aku turut sama mengejek / membahan sesame sendiri. Mungkin pada mata orang luar, gurau kami kasar tapi begitu lah cara kami.
Satu hari, uda mengeluh luah marah pada ibu. Kata nya kami adik beradik dah hilang hormat pada nya. Bahasa juga tidak beradab, dia benci bila suami aku melawak.
Kata uda, isterinya tak pernah jumpa keluarga sebiadap ini. Dan perlahan -lahan, dia menjauh kan diri dari kami.
Tanpa tahu apa punca dan salah kami. Dia juga sudah berbulan tak datang menjenguk ibu.
Isteri nya berniaga kecil2an sentiasa update status delivery barang sehingga ke kawasan berdekatan dengan rumah kami tinggal. Tapi kenapa tak punya langsung kesempatan untuk menjenguk ibu?
Oh lupa aku ceritakan. Ibu orang yang sangat pendiam, bukan seperti ibu2 lain yang suka berkongsi cerita, memberi nasihat dan sebagainya. Kalau bercerita dalam telefon, pilih lah topik cerita apa pun, tak akan lama perbualannya.
Jadi bila uda langsung tidak menjenguknya, tidak langsung terpacul dari mulutnya bertanya tentang uda.
Sehinggalah satu hari, uda update status facebook berjumpa pakcik kami yang tinggal sebelah taman sahaja.
Kami desak ibu, cuba tanya kenapa uda tak singgah ke rumah aku. Whatsapp dari ibu di balas karangan yang sangat panjang oleh uda (atau mungkin isterinya?).
Uda kecewa dan terasa hati dengan kami, kata nya kami adik beradik seolah2 memulaukan dia suami isteri.
Isteri uda kata suamiku angkuh hanya kerana memiliki sebuah rumah untuk menumpangkan ibu dan adik2 lain. Isteri uda terasa pandangan suamiku terhadapnya seolah2 mengejek kerana dia hanya bekerja kecil2an dari rumah.
Whatsapp panjang dari uda hanya di balas bluetick dari ibu. Bila aku tanya, ibu kata dia tak mahu masuk campur salah faham kami adik beradik.
Sebagai kakak sulung, aku menegur uda. Pada aku, dia baru sahaja berkahwin beberapa bulan dengan isterinya. Si isteri belum betul2 mengenali kami.
Jadi jika ada pandangan negative dari isteri nya, sepatut nya di balas positif dari uda sebab dia lebih kenal kami adik beradik.
Teguranku juga di balas bluetick sahaja, tapi tidak lama. Isteri uda up status marah yang berterus2an, dia ugut ingin berjumpa. Tapi suami ku larang, kata nya kalau ada walau sekelumit marah dalam hati, tenangkan diri dulu.
Ye, aku marah dan kecewa. Tak pernah aku jadi kakak yang berkira, sentiasa menghulur bila adik2 meminta. Tapi di mana silap nya sekarang?
Dalam adik beradik, hanya kami berdua yang telah mendirikan rumah tangga. Adik adik lain memilih untuk abaikan sahaja uda, pada mereka kalau uda lebih pilih isteri nya, biar kan saja.
Tapi aku kasihan melihat ibu, walaupun hanya berdiam, dapat di lihat air muka nya brubah apabila kami berkumpul adik beradik tanpa kehadiran uda.
Kadang rindu juga pada ayah. Kalau ayah ada, pasti ayah akan pimpin dan pandu kami kerana ayah orang yang lantang dalam mendidik anak anak dan selalu jadi yang menenangkan jika ada antara kami yang berbalah.
Satu hari, kami terserempak di majlis perkahwinan saudara. Suami ambil langkah untuk berdiam sahaja, membatu diri. Takut jika bersuara, di pandang jengkel oleh uda dan isteri.
Sebelum balik, isteri uda salam cium tanganku. Dalam hatiku, oh mungkin dah lembut hati isteri uda.
Tapi sangkaan ku meleset. Beberapa minit sahaja dia meninggalkan kami, adik ku tunjuk isteri uda up status ‘dah cuba berbaik tapi masih dipulaukan’. Apakah???
Aku letih dengan drama isteri si uda. Aku sepakat dengan suami untuk ada kan mesyuarat keluarga. Mungkin tanpa campur tangan ipar2?
Kumpulkan adik beradikku dan luah segala rasa yang terbuku. Sedari aku kecil, aku sedar tanggungjawab dan amanah yang aku pikul.
Bukan ibu atau ayah, tapi tuhan yang kurnia kan aku title kakak sulung. Kalau ayah masih ada, pasti sedih dengan kami adik beradik.
Sampai bila nak bermasam muka? Hidup adik beradik ni ikatan sehingga ke liang lahad.
Tolong doa kan aku, untuk terus menjadi kakak yang kuat, kakak yang berfungsi bukan yang lari dari masalah. Moga ada nasihat juga dari kalian? Terima kasih..
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit