Kakak Yang Dibenci Adik

Assalamualaikum semua. Nama saya Sarah (bukan nama sebenar) berumur 30 tahun dan merupakan anak sulung daripada 5 adik-beradik. Saya mempunyai 3 adik perempuan dan seorang adik lelaki (bongsu).

Cerita saya bermula zaman sekolah masa form 5 bila saya tampar adik kedua (umur dia beza 2 tahun dengan saya) saya sebab malas dan kurang ajar bila saya tegur dia suruh buat kerja rumah. Dia naik suara sampai saya hilang sabar and terus naik tangan. Sejak tu dia tak bercakap dengan saya sampai sekarang.

Saya ingat cuma dia yang tak suka saya tapi saya silap bila saya masuk university (saya belajar di Shah Alam) tiba-tiba adik ketiga saya (umur dia beza 4 tahun dengan saya) mengelak untuk bercakap dengan saya tanpa apa-apa sebab. Masa tu dia hack hp saya and semua inbox saya dia dapat baca especially conversation saya dengan bf saya. Dia blackmail saya untuk bagitau hal saya pada ibu saya tanpa saya tahu itu rupanya adik saya sendiri sebab saya tak ada no hp dia masa tu.

Bila saya dapat tahu terus rasa darah Naik sampai kepala sebab tak sangka adik saya sanggup buat macam tu dekat kakak kandung dia sendiri. Bila saya dapat tahu itu no dia, dia perli cakap ‘ingat dah tahu aku takut?’. Fuhhh menyirap betul saya masa tu. Padahal saya tak ada apa apa masalah dengan dia pun. Sampai sekarang saya tak boleh lupa and saya tak tahu apa motif dia and kenapa dia tak puas hati dengan saya. So bermula lah kehidupan saya tak bercakap dengan adik kedua dan ketiga sampai sekarang.

Fast forward to now, ada satu hari tu saya balik kerja dalam pukul 8 Malam and saya terus suruh adik keempat saya tukar channel tv ke TV3 sebab saya memang selalu tengok berita. Time tu dia tengah tengok cerita Korea dekat tv. Saya tak sangka yang rupanya dia marah sangat dekat saya sampai maki hamun saya dekat Twitter. Memang menangis tersedu sedu saya bila baca ayat-ayat dia. Ayat-ayat yang tak sepatutnya seorang adik cakap pada kakak sendiri.

Masa saya dapat tahu ni beberapa bulan lepas kejadian saya suruh tukar channel tv sebab saya terjumpa Twitter dia. So saya saja baca Twitter dia and tak sangka dia boleh tweet macam tu. Ayat dia yang paling terkesan ‘memang patut adik beradik buat musuh dengan kakak macam ni’. Ya Allah sedih saya baca. Saya tak sangka adik ketiga saya pun benci saya. Saya menangis tersedu tersedu Dalam bilik sorang sorang bila baca semua ayat-ayat dia. Puncanya saya suruh tukar channel tv je.

Sekarang adik ketiga kerja satu company dengan saya. Masa awal-awal kerja dia tumpang saya sebab dia tak ada lesen kereta and bahaya untuk dia naik motor sebab jarak tempat kerja jauh jugak kena guna highway and bayar tol. Aku tak pernah lupa apa dia buat masa aku dekat university tapi aku tak kisah dia nak tumpang aku sebab aku fikir dia adik aku walaupun sepanjang menumpang tu kami Masih tak bercakap.

Untuk pengetahuan kawan-kawan office aku tahu aku tak bercakap dengan adik kedua Dan ketiga sebelum dia join company aku lagi. Bila dia join and mix around dengan kawan-kawan aku, dia buat buat mesra tegur aku, cakap dengan aku kononnya kami ni macam adik-beradik normal. Padahal dah bertahun kami tak bercakap walaupun duduk serumah, makan semeja etc. Bila aku fikir balik rasa macam dia bodohkan diri sendiri je sebab nak berlakon macam tu.

Baru-baru ni aku marah adik-adik aku sebab tak tolong kemas rumah lepas saudara aku balik dari menginap kat rumah aku dalam 6 Malam. Untuk pengetahuan kat rumah cuma ada ayah, ibu, aku, adik ketiga dan adik keempat. Adik kedua kerja dekat Johor and adik bongsu aku Yang lelaki belajar dekat Kedah. So cuma kami berlima je Yang ada dekat rumah. Masa aku marah tu, adik ketiga aku Naik suara and kurang ajar dengan aku lagi. Menjawab setiap apa Yang aku cakap and tak hormat aku langasung. Ayat dia ‘macam la bagus sangat’ and ‘aku tahu cerita pasal kau cuma aku diam’.

Aku rasa macam orang hilang akal bila dia Masih nak blackmail aku sampai sekarang dengan apa cerita Yang dia tahu aku tak tahu lah. Aku dah kerja dekat company tu 5 tahun and dia baru join dalam setahun. Masa dia hack hp aku dulu aku fikir positive mungkin dia Belum matang and ikutkan emosi tapi bila baru-baru ni dia Masih nak blackmail aku baru aku tau Yang dendam kesumat dia memang ada and dia memang benci aku. Aku tahu la apa motif dia kerja dekat company Yang sama dengan aku. Tak suka aku, benci aku tapi ambil tahu hal aku, ugut aku, tak ingat langsung jasa aku kat dia masa mula mula dia start kerja. Aku tunjuk jalan, Naik kereta aku, siap cakap aku tolong tu sikit je. Memang kurang ajar.

Sekarang aku dah tahu yang adik-adik aku memang benci aku. Yang tak pernah melawan aku cuma adik bongsu je. Aku buat apa-apa semua fikir pasal adik aku sebab aku anak sulung anad tanggungjawab aku bila parents dah ada. Tapi adik-adik tak pernah fikir pasal aku. Sampai masa aku warded tu adik aku tak datang tengok. Kalau ada baju aku dekat ampaian pun dia takkan tolong angkat atau jemur. Semua ni aku tak pernah bagitau parents aku sebab tak nak diorang sedih walaupun aku tahu diorang memang sedih tengok kami adik-beradik tak bercakap. Aku tahu aku bukan kakak yang baik. Aku tegas dalam berkata kata tapi aku sayang semua adik-adik aku.

Apa yang aku tahu adik-adik aku tak suka bila jiran atau saudara mara suka cakap contohi aku sebab aku ada kerjaya dan boleh dikatakan sebagai berjaya. Aku tak pernah rasa aku bagus tapi adik-adik aku selalu ingat macam tu. Diorang tak puas hati bila kena compare. Instead of looking it from positive view, diorang anggap aku ni tak layak dianggap bagus and keep on finding my fault to prove that I am not that good. Aku sedih bila adik-adik darah daging aku sendiri buat macam. Saudara, kawan-kawan atau parents aku sendiri selalu jadikan aku reference sebab insyaAllah aku boleh bantu. Tapi aku sedih bila adik-adik kau sendiri buat aku macam musuh.

Kadang kadang bila gaduh aku rasa nak register diri aku dekat Hospital Bahagia sebab aku stress. Aku selalu menangis sorang-sorang dalam bilik. Aku lone ranger. Aku bertahan sebab parents aku. Aku harap bila parents aku dah tak ada Allah akan bawak aku pergi sekali. Tiada makna hidup ni kalau Dibenci adik-adik.

Aku dah beli rumah, aku ada kereta, aku ada kerjaya. Semua ni untuk adik adik aku incase apa apa jadi dekat parents. Aku selalu fikir worst case scenario and tanggungjawab aku as a kakak. Tapi ini balasan Yang aku dapat. Untuk pengetahuan semua aku kerja sebagai engineer disebuah syarikat swasta. Bila rumah aku siap next year, aku plan nak pindah and jauh dari adik-adik aku. Seriously aku memang dah tawar hati. Orang cakap air dicincang tak akan putus, tapi bukan dalam hal aku.

Aku rasa hidup aku tak bermakna. Orang nampak aku berjaya tapi hakikatnya my life is a total failure. Aku dah tak ada siapa siapa selain keluarga. Untuk yang ada adik-beradik, hargai la mereka sementara mereka masih hidup. Aku dapat ujian dibenci adik-adik tanpa aku tahu apa salah aku yang sebenarnya. Aku harap Allah dengar doa aku untuk pergi bersama-sama ayah dan ibu.

Sekian,
Kakak Yang Dibenci.

– Sarah (Bukan nama sebenarnya)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *