Aku seorang lelaki berusia pertengahan 20an. Baru sahaja tamat pengajian di salah sebuah IPTA di Selangor sebulan yang lepas.
Kini menetap di rumah bersama kedua ibu dan bapaku sementara mendapatkan pekerjaan. Aku hanya mempunyai dua beradik, aku dan kakak sulungku yang kini berusia lewat 20an.
Bercerita mengenai kakak aku. Dia masih belum berkahwin dan tidak lagi bekerja sejak 3 bulan yang lepas. Dia nekad berhenti kerja kerana ada isu dengan majikannya. Jadi, di rumah kini ada kami berempat tapi ayahku hanya pulang setiap hujung minggu kerana bekerja di luar daerah.
Aku perhatikan sejak bertahun2 lamanya yang kakak langsung tidak melakukan sebarang kerja rumah. Ya, bunyinya klise dan tidak pelik bagi kebanyakan wanita zaman sekarang. Kemuncak kemarahan aku ialah apabila dia sudah tidak lagi bekerja dan tinggal bersama di rumah ibu bapaku.
Sikapnya yang lebih gemar terkurung di dalam bilik sambil bermain telefon pintar tanpa ada secebis rasa tanggung jawab untuk turut sama membantu ibuku menguruskan hal rumah seperti memasak di dapur, mengemas rumah, menyapu lantai, mencuci pinggan dan sebagainya.
Tidak dinafikan bukan semua perempuan gemar memasak, namun apa yang aku kesalkan disini, jikalau benar minat untuk memasak itu tiada langsung dalam diri, sekurang2nya lakukanlah tugasan rumah yang lain.
Ibuku kini sudah berusia 60an maknanya kudratnya semakin berkurangan. Sungguhpun jika ibu anda berumur 40an sekalipun dan jika ada rasa tanggungjawab sebagai anak, anda seharusnya tidak membiarkan ibu anda melalukan tugasan rumah sendirian lebih2 lagi jika anda sudah berusia lewat 20an bermakna anda sudah cukup matang.
Sebelum aku tamat belajar, setiap kali aku pulang ke rumah sempena cuti semester ataupun pulang setiap hujung bulan. Aku akan pastikan yang kepulangan aku dapat dirasai oleh kedua ibu bapaku di mana walaupun aku masih tidak dapat memberi mereka wang ringgit kerana masih belajar.
Namun aku cuba untuk membantu mereka dari aspek melaksanakan kerja rumah seperti mengemop lantai, membersihkan laman rumah, membuang sampah, mengelap/vacuum habuk di perabot/ permaidani dan lain2 lagi.
Aku seringkali menasihati kakak aku agar membantu ibuku ketika ketiadaanku di rumah, namun apa yang aku dapati dari ibuku dan pemerhatianku, kakak lebih gemar berkurung di bilik dan hanya akan keluar bilik untuk makan dan menonton televisyen dan masuk semula ke biliknya.
Ibuku sendiri sudah tidak larat menasihati kakak kerana kakak bukan jenis orang yang terima nasihat, dia akan merengek2 dan riak mukanya akan berubah seperti mahu menangis walaupun nasihat/teguran itu deberikan oleh ibuku sendiri.
Aku dan ibu sering bertengkar kerana sikap kakak. Masing2 buntu memikirkan sikap kakak yang tiada secebis rasa tanggungjawab untuk membantu kami melakukan kerja rumah.
Bangunnya selepas tengah hari dan keluar dari bilik untuk menjamah masakan yang sudah tersedia atas meja dan sejurus selepas itu akan kembali masuk ke biliknya dan akan turun semula untuk makan malam dan untuk menonton tv sahaja selepas itu.
Setelah hampir lebih 5 tahun aku gagal menasihatinya sehingga kan kerap bertengkar namun kakak masih dengan tabiatnya yang sama menyebabkan aku mengambil keputusan untuk memulaukannya.
Senang kata, aku langsung tidak bertegur sapa dengan kakak aku dan ini berlanjutan selama lebih 6 bulan sungguhpun ibuku meminta agar aku tidak berbuat demikian namun aku punyai alasan tersendiri.
Kakak aku tahu akan sebab dirinya dipulau oleh adiknya sendiri kerana kami kerapkali bertengkar akan isu yang sama saban hari sebelum ini.
Aku tidak menyangka yang ianya berlanjutan sebegini lamanya kerana sangkaan aku selepas seminggu dua dirinya mendapat tahu adiknya memulaukannya, jangkaan aku dia akan muhasabah diri dan cuba untuk berubah namun sehingga kini perangainya masih sama seolah-olah tiada apa2 yang berlaku.
Apabila kita tinggal sebumbung di rumah yang sama, aku rasakan yang tugas membersihkan rumah itu pada setiap ahli keluarga. Melainkan kau dari keluarga berada yang mampu menggaji ‘bibik’, itu lain ceritanya.
Baru2 ini aku berpeluang untuk meninjau keadaan biliknya ketika dia berada di ruang tamu aras bawah sedang menonton televisyen, aku senyap2 buka pintu biliknya dan alangkah terkejutnya aku dengan keadaan biliknya yang saling tak tumpah macam ‘tongkang pecah!’.
Kain baju, tudung bertebaran di setiap segenap ruang lantai yang ada sehinggakan aku sendiri tertanya, “macamana kakak aku berjalan dalam bilik ni?”.
Hal ini kerana nak pijak lantai pun tak boleh sebab seluruh lantai dipenuhi dengan kain baju. Sambil tu aku berkata dalam hati, “kalau lipas masuk bilik kakak aku ni pun boleh terpelecok kaki lipas tu nak berjalan melalui timbunan baju di lantai tu, silap2 boleh mati lemas lipas2 tu semua”.
Saya harap rakan2 disini dapat membantu kerana sudah bermacam2 cara aku lakukan namum dia tetap dengan sikapnya yang membiarkan ibu melakukan serba serbi kerja rumah sungguhpun tahu ibu kini sudah berusia dan amat tidak wajar semua kerja rumah dilakukan oleh ibu sendirian.
Tidak menjadi kesalahan anak yang berusia lewat 20an bujang dan tidak bekerja untuk tinggal bersama di rumah ibubapanya namun yang menjadi persoalan ialah tanggungjawab anak terhadap kedua orang tuanya lebih2 lagi jika tinggal sebumbung.
– Man (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit