Kakak Yang Terlara

Assalamualaikum semua. Aku menulis dengan hati yang sebak. Kisahnya aku anak sulung dari 6 beradik. Arwah mak meninggal masa aku umur 10 tahun. Sejak tu ayahlah yang menjaga kami berselang seli dengan mak saudara yang kemudiannya kawin.

Masa aku umur 13 ayah kawin dengan janda anak 1 sejak itu hidup aku berubah. Mula2 mak tiri ok tapi lama-lama makan kami dicatu.

Kami makan betik goreng yang dipanaskan berulang2 masak petang masuk fridge esok panaskan balik dan begitulah. Tak ada betik bendi pula. Semua tu yang ayah tanam keliling rumah.

Aku umur 15 kerja part time di kedai fujifilm untuk perbelanjaan diri dan bayar yuran sekolah dan ayah aku tak peduli pun. Ayah aku pegwai kerajaan. Masa ada arwah mak ayah sangat penyayang dan hidup kami selesa.

Tapi aku tak pasti kenapa hidup kami jadi begini lepas ada mak tiri. Kemudian aku dan adik lelaki aku dihantar ke asrama dan adik2 aku yang lain dirumah. Ada adik aku seorang ni dia suka jadi tali barut mak tiri demi kepentingan diri.

Lepas SPM mak saudara aku dari utara datang mak tiri beriya2 minta mereka ambil kami adik beradik. Adik aku yang suka mengampu nak tiri ni pun ikut.

Sampai rumah Mak saudara aku tak ada seluar dalam sebab aku tak pernah ada yang baru sebab masa diasrama aku cuma diberikan duit yuran makan saja tiada perbelanjaan.

Tapi salah aku sebab aku ambil seluar dalam sepupu aku yang cantik dan pensil dia tanpa kebenaran dan adik aku mengadu kat makcik aku maka jadi gaduh besar kat rumah tu dan aku lari.

Berbekalkan cincin kawin mak aku yang digadai aku cari kerja di Melaka. Tapi sebab aku rindu adik2 aku dirumah bila gaji aku balik.

Mak tiri minta aku 300 sebulan untuk belanja rumah tapi rupanya dia guna duit tu beli pinggan. Adik aku yang pengampu pun sama balik rumah dia kerja di pasaraya dekat.

Aku lepas tu tiap2 bulan balik beli biskut dan makanan berkotak2 untuk adik2 tapi 300 tetap bagi kat mak tiri.

Gaji aku+ ot dalam 800 masa tu balance guna untuk sewa bilik dan makan minum aku.

Satu hari ada lelaki ni sama kerja tergila2 kan aku sampai aku kena sembunyi dalam toilet kalau dia cari. Lelaki ni ada adik satu department dengan aku.

Nak dijadikan takdir satu hari dia tipu adik dia ajak aku jumpa kat the store. Tapi bila sampai adik dia tak ada dia yang ada. Dia kata adik dia tunggu tempat lain.

Mula2 aku tak nak ikut tapi akur juga. Aku masa tu 18 tahun bodoh nak mampus. Sampai satu tempat ni laser disk tak silap aku. Macam tempat orang tengok wayang tapi sunyi.

Masa tu dia rogol aku dia kata akhirnya aku dapat kau jangan risau aku akan bertanggungjawab. Sedih weh hidup aku. Murung gila babi hidup. Aku kuat juga sebab fikir adik2 aku. Lama aku tak balik rumah.

Satu hari bila aku dah ada kekuatan balik. Aku tak dibenarkan masuk. Aku tido di tepi longkang malam tu. Sedih wei. Masalah tak tempat nak mengadu. Pagi tu aku letak duit 100 kat almari aku beredar. Kebetulan lepas tu aku dapat politeknik pun aku tolak.

Anak dara masa tu umpama bangkai kalau hilang dara. Aku tak balik rumah lepas tu. Masa nak kawin je aku balik.

Rupanya lepas tu ayah aku kerap posting lain2 tempat sebab nak lari dari adik beradik dia. Cuma aku pelik ayah aku sebenarnya rapat dengan adik beradik dia kenapa nak lari.

Lepas kami kawin walau aku benci dia sebab maruah la aku kawin. Rindu adik2 tapi aku diuji Allah berat. Masa aku anak 2 aku dapat tahu adik perempuan no 4 aku ada kat Shah Alam aku pergi cari dia. Rupanya adik aku masuk pusat pemulihan akhlak…

Aku pun tak tahu sebab hidup aku lepas kawin melarat menumpang rumah mertua kat hujung hutan. Aku menoreh getah masa lepas kawin. Anak 2 baru berdikari ke JB.

Rupanya adik aku dendam sebab masa dia kat pusat pemulihan mak tiri aku kata dia bagitahu aku tapi aku tak peduli.

Ya Allah macam mana aku nak jelaskan. Masa adik aku menumpang kat rumah aku hari sabtu aku ot rupa2 laki aku cuba nak rogol adik aku pulak.

Ya allah beratnya. Suami dan adik anak kecik2 baru umur 4 dan 6 tahun mana aku nak pilih?? Adik aku sendiri keluar rumah naik bas. Aku kejar dia sampai stesyen. Aku nampak dia dalam bas. Aku menangis sekuatnya.

Lepas dekat 3 tahun adik aku muncul balik. Masa tu aku kat kl dah. Dia ajak aku pergi celebrate birthday ayah aku.

Ayah aku dah macam orang bodoh aku tengok. Diam. Buat hal sendiri. Lain dari ayah yang aku kenal.

Rupanya adik aku ni dah rapat dengan mak tiri. Masa ni aku tak tahu nasib adik2 aku yang lain. Tak ada yang buka cerita aku pun malu nak tanya. Takut aku kena sembur sebab aku kakak yang gagal.

Aku rindu adik lelaki aku tapi aku malu. Masa tu zaman tak ada lagi hp walau 3310 pun tak ada. Masa aku nak bercerai aku balik rumah atok baru aku tahu adik lelaki aku dah meninggal.

Ya Allah selama ni aku ingat adik aku baik2 saja. rupanya adik aku kena halau keluar rumah masa bulan puasa nak raya.

Ayah aku outstation adik aku excident kat highway. Aku berjalan umpama tak jejak tanah. Lara hati aku sampai hari ni. Sekarang dah 11 tahun aku bercerai. Anak2 aku bela sendiri dan adik aku yang pengampu dah minta maaf atas semua kesalahan dia.

Cuma adik aku yang no. 4 menjadi gunting dalam lipatan hingga hari ni kami adik beradik tak pernah bersatu.

Masa arwah ayah meninggal aku Allah bagi izin uruskan ayah sampai pengebumian. tapi pelik adik no. 4 aku kata dia yang bomoh ayah sampai mati sebab ayah aku bomoh dia.

Dia kata mak tiri pernah nak jual dia kat tok bomoh. Cuma yang aku tak faham dia rapat dengan mak tiri sampai sekarang. Kawin dia mak tiri yang uruskan. Adik beradik ayah aku tak mahu datang kalau mak tiri aku ada.

Dan faraid arwah ayah aku awalnya sesen pun aku tak tak dapat. Tiba2 adik aku datang serah RM3000 kata ni duit bahagian aku.

Aku sekarang serah semua pada Allah saja. Macam2 cerita adik no. 4 aku ni bawa kesana sini. Tapi aku buat keputusan untuk diam saja. Itu lebih baik.

– DaliaZ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *