Assalamualaikum dan salam sejahtera aku ucapkan kepada semua pembaca.
Aku terbuka untuk ceritakan kembali kisah ini setelah mendapat kesahihan kakak aku (Sherry bukan nama sebenar) setelah 28 tahun kisah ini terjadi.
Baiklah cerita kali ini aku ingin coretkan sedikit mengenai kakak aku. Siti Hajar namanya. Tua 4 tahun dari aku.
Sebagai ringkasan, aku mempunyai 6 orang adik beradik yang terdiri dari 3 lelaki dan 3 perempuan. Ini senarai adik-beradik aku mengikut tahun kelahiran…
Awie Rafael bukan nama sebenar (1981) Nadia Bryan bukan nama sebenar (1982) Siti Hajar (1983) Tok Ram bukan nama sebenar (1985) Sherry bukan nama sebenar (1986) dan aku.. Ahmad HANYA KERANA SARAPAN (1987)
Jika korang perasan umur kami adik-beradik beza cuma setahun atau dua tahun. Jadi hubungan kami agak rapat dan kami berkawan dan bermain dalam likungan kami sendiri. Kami jarang bermain dengan anak-anak jiran. Jika ada pun, cuma kadang-kadang.
Dalam ramai adik-beradik aku ini, Hajar adalah yang paling pasif. Hidup dia agak menyendiri, selalu bermain seorang, dan kurang bergaul. Pendek kata dialah paling pendiam dan tak banyak cakap.
Namun, dialah yang paling penyabar dan seorang yang baik hati, sentiasa bersangka baik, dan jarang memarahi adik-adiknya. Oleh kerana sikapnya yang agak pasif itu, Hajar sering kali dibuli dan dipulaukan.
Korang jangan fikir bukan-bukan tau… Biasalah budak-budak, bila ada yang agak pasif tu, tidak akan diajak bermain sekali. Dengan kata lain ‘tak masuk genglah’.
Aku yang paling kecil selalu kasihan melihat keadaan dia dipulaukan. Namun apakan daya, aku masih kecil ketika itu. Aku hanya mengikut kumpulan yang lebih dominan walaupun hati aku sedih melihat dia dipulaukan. Miss you my sister.
Namun apakan daya, kehendak takdir tiada siapa dapat melawan. Pada tahun 1992, keluarga aku ditimpa musibah. Rumah aku hangus dijilat api nista.
XXXXXXXXXX
Kejadian berlaku sekitar jam 1.00 pagi. Pada malam itu, cuaca malam hening. Gelap dan tenang… Tenang seperti malam-malam lainnya. Namun malam itu rumah aku blackout. Bekalan elektrik terputus. Jadi suasana dingin sepi itu agak pahit dari kebiasaan.
Kebetulan pula, ayah aku tiada dirumah kerana berniaga diluar negeri. Aku tiada di rumah ketika itu kerana menginap di rumah nenek. Sementara itu, di rumah hanya ada ibu aku yang menjaga adik-beradik yang lain.
Ketika itu, ibu serta semua abang dan kakak aku sedang nyenyak tidur di bilik masing-masing. Bilik ibu paling depan berdekatan ruang tamu manakala bilik yang lain menyusul ke belakang sehingga ke dapur.
Dalam keadaan senyap dan sunyi berteman kegelapan malam, kakak aku Nadia yang senang enak dibuai mimpi terjaga seketika dari tidurnya dek kerana terdengar sesuatu… Nadia mendengar seperti ada orang menyimbah-yimbah air di bawah rumah.
Oh ya, rumah kami ketika itu adalah rumah kayu bertiang dan berdapur simen. Nadia tidak menghiraukan bunyi tersebut. Apalah sangat yang difikirkan oleh seorang kanak-kanak berusia 10 tahun pada zaman itu. Nadia menyambung tidurnya kembali tanpa syak apa-apa.
Namun selepas beberapa ketika, ledakan bunyi percikan api kedengaran di bahagian dapur. Bunyinya seperti diratah-ratah secara perlahan. Sedikit membingit suasana. Kepulan bahang mula sedikit demi sedikit menyelubungi ruangan rumah. Ibu aku terjaga dek kerana kepanasan.
ALLAHHUAKBAR!!!!!!!!!
Ibuku menjerit kerana terkejut melihat adanya api di tilam. Ibuku bingkas bangun dan membuka tingkap biliknya. Digapainya tilam tersebut, cuba dilontarkan melalui tingkap tersebut.
Api dengan pantas menyambar langsir. Dan ya, maraknya api kerana berpunca dari luar rumah. Ibu aku terus pengsan dan tidak sedarkan diri.
XXXXXXXX
Sementara itu, disuatu sudut lain… abang dan kakak aku yang terjaga dek kerana bahang yang menghangat. Terkejut melihat adanya api di dalam ruangan rumah menyebabkan abang dan kakak aku tanpa berlengah masa mengejutkan adik-adik yang lain.
Hajar telah dikejutkan dari tidur namun dia begitu liat untuk bangun. Beberapa kali dikejutkan, malah dimarahinya kerana menganggu tidur malam itu.
Abang aku Awie kelam kabut. Bingung untuk bertindak. Ibu masih pengsan di biliknya. Awie berlari dan bergegas ke pondok telefon berdekatan rumah untuk menelefon pihak bomba.
Malangnya, panggilan budak berusia 11 tahun pada waktu sebegitu dianggap panggilan olok-olok oleh pihak bomba. Beberapa kali abang aku membuat panggilan namun menerima respon negatif. Abang aku tidak berputus asa. Dia meneruskan lagi panggilan.
Akhirnya setelah beberapa kali mencuba, panggilan terakhir berjaya diterima dan akhirnya pihak bomba mempercayai laporan abang aku. Awie melepaskan ganggang telefon dan terus berlari meluru ke rumah kembali. Api mulai marak.
Abang aku berlari semula memasuki rumah untuk menyelamatkan adik-adik yang lain yang masih kecil, bingung, dan tidak tahu arah yang perlu dituju. Hanya Hajar yang belum bangkit dari katilnya ketika itu.
Api semakin marak dan merebak. Maraknya api itu seperti telah dirancang di mana mulanya. Setelah berjaya membawa adik-adik keluar, abang aku menjerit meminta tolong pada jiran-jiran berdekatan.
Awie berasa sedikit lega kerana telah berjaya membawa keluar adik-adik ke perkarangan rumah. Pada ketika ini, dalam keadaan kelam kabut, Awie menyangka bilangan adik-beradik sudah cukup.
Namun sangkaannya meleset sama sekali, masih kurang seorang. Dihitungnya kembali adik-adiknya. Nyata, matanya mengerling kembali ke arah rumah yang sedang diratah api itu… Ya kurang seorang.. HAJAR!!!!!
Risaunya bukan kepalang kerana selain dari ibu, adiknya Hajar masih berada di dalam. Abang aku Awie sudah tidak berani untuk masuk meredah api yang semakin galak mengganas.
Berpusu-pusu jiran keluar dari rumah-rumah mereka. Ada beberapa orang yang masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan ibu dan Hajar. Sementara abang aku menjaga adik-adik di perkarangan rumah.
Selepas beberapa ketika, kelihatan Ibu aku berjaya dipapah keluar oleh orang kampung dengan kesan terbakar di sisi bahu dan lengan.. Ibu aku di baringkan di perkarangan rumah.
Sesi menyelamatkan Hajar tidak dapat diteruskan kerana api sudah marak dan bilik Hajar berada di hujung sekali iaitu berdekatan dengan dapur. Orang kampung bingung. Api sudah merajai segenap ruang rumah itu. Pihak bomba belum kelihatan.
Akhirnya, pengakhiran yang tidak dapat ditelan. Dan ya…. Akhirnya Hajar tidak mampu diselamatkan. Api sudah menembusi keseluruhan rumah. Beberapa letupan berdentum beberapa kali. Semua yang melihat terkedu. Tiada apa yang mampu dilakukan lagi.
Kedengaran siren bomba memecah hiruk pikuk bunyi malam itu. Akhirnya pihak bomba sampai bagi memadamkan kebakaran. Punca kebakaran mengikut laporan bomba adalah disebabkan ubat nyamuk.
Namun kami adik-beradik kami yakin ianya adalah perbuatan khianat, namun tiada yang berani membuka mulut. Telahan budak-budak, mustahil ada yang percaya bukan?
Kakak aku Hajar rentung dengan keadaan jasad yang kurang sempurna. Ada beberapa anggota badan tidak bersama jasad. Sedih sekali mengenangkan keadaan jasad kakak aku ketika itu.
Bayangkan kakak aku yang berusia 9 tahun ketika itu, jenazahnya menjadi sekecil bayi berusia setahun lebih. Kecil sangat jenazahnya. Jenazah kakak aku dibawa ke rumah nenek dan dimandikan.
Aku masih ingat ketika jasad Hajar dimandikan, aku berada di beranda rumah. Rumah nenek aku adalah rumah kayu bertiang. Aku yang duduk di beranda dapat melihat air mandian jenazah jatuh ke tanah dari lantai rumah. Aku masih ingat lagi bunyi-bunyi simbahan air ketika itu.
Selesai dimandikan, kakak aku dikafankan dan dibalut dengan kain batik. Ada seseorang memapah jenazah kakak aku untuk di bawa ke tanah perkuburan.
Ketika inilah aku sangat terkejut kerana saiz jenazah kakak aku seperti saiz seorang bayi. Kecil sangat. Aku melukuk di beranda sambil menutup muka. Sedih dan blur akan keadaan ketika itu…..
XXXXXXXXX
Beberapa ketika selepas urusan pengebumian kakak aku.
Dirumah nenek aku ini, tinggalnya beberapa orang sepupu aku yang nenek aku memang jaga sejak dari kecil. Salah seorang sepupu aku namanya Che Ta bukan nama sebenar. Kami memanggil dengan gelaran kak kerana jarak umur kami yang jauh berbeza.
Pada waktu ini, adik-beradik aku yang lain tiada di rumah nenek. Yang ada cuma nenek dan atuk, Che Ta serta sepupu yang lain, serta aku dan seorang lagi kakak aku Sherry.
Untuk pengetahuan korang semua, tempat jenazah Hajar dimandikan adalah bersebelah dengan bilik Che Ta.
Suatu hari yang hening dan damai, Sherry bermalam bersama Che Ta dibiliknya.
Bilik Che Ta ni pintunya memang sentiasa terbuka. Hanya langsir yang dialas ganti sebagai pintu. Aku pula tidur di ruang tamu bersama atuk aku. Biasalah budak lelaki memang suka tidur di ruang tamu.
Pada ketika ini aku tidak tahu bahawa Sherry turut serta menyaksikan jasad Hajar dimandikan dulu.
Bayangkan budak-budak sekitar umur 6 tahun menyaksikan jasad kakaknya dimandikan dalam keadaan tidak sempurna. Aku pun tak pastilah kenapa dia berjiwa berani sangat nak tengok. Baiklah back to the story.
Malam itu Sherry tidur di dalam bilik bersama Che Ta..dan menjadi tabiat kami 6 beradik jika tidur akan tutup muka dengan bantal. Lebih selesa dan lebih rasa selamat berbanding berselubung selimut satu badan.
Malam itu tenang. Budak-budak seperti kami memang tidur awal. Aku sudah melayang ke mana di ruang tamu. Che Ta pula macam biasalah sudah mendamaikan mimpi-mimpi indah. Sherry turut serta tidur awal.
Namun…..
Sekitar jam 2.00 pagi… Sherry terjaga. Dibukakan matanya. Celiknya dia seolah-olah sudah selesai tidur 8 jam. Sherry melihat ke sisi. Dilihatnya Che Ta sedang enak tidur membuai perasaan. Suasana sepi…. Sunyi… tiada hiruk pikuk bunyi bising malam itu…
Tidak lama selepas itu, suasana sedikit bahang. Seolah-olah ingin hujan malam namun memberikan sedikit suasana panas.
Sherry tidak dapat lelap. Dipejamkan matanya.. dipejam berkali-kali… Namun keringat matanya degil. Segar semacam rasanya. Ditambah pula suasana bahang sedikit membantutkan moodnya untuk tidur.
Sedang elok Sherry melayan perasaan.. Terasa seperti angin lalu. Ya…. Angin-angin pertama untuk mulai hujan.. Namun diluar tiada bunyi guruh atau deruan angin nakal di pokok-pokok.
Tanpa disedari buaian angin-angin lalu itu telah menyebabkan langsir bilik tersebut turut terselak sedikit demi sedikit. Sherry liar memandang ke arah langsir tersebut. Terselaknya langsir menyebabkan dia boleh melihat suasana di luar bilik.
Suasana diluar bilik agak suram namun masih jelas kelihatan. Ini kerana nenek aku selalu memasang lampu jaga. Nenek aku tidak akan biarkan suasana gelap satu rumah. Mesti ada satu lampu dibiarkan hidup.
Tiba-tiba!!!!!!
Sherry yang baring di katil sambil kakinya menghala ke pintu bilik terkedu sendiri disitu. Mata Sherry tajam memerhati suatu susuk di luar bilik. Dibulatkan matanya berkali-kali bagi memastikan apa yang dilihatnya ketika itu.
Ya Allah!!!!!!
Arwah Kak Hajar. Berdiri kaku betul-betul di sisi pintu bilik. Angin lembut datang lagi. Berkali-kali langsir bilik terselak dek kerana angin yang berlalu. Wajah Sherry sugul. Terkedu. Melihat akan keadaan arwah.
Ya…. Sherry melihat keadaan arwah dalam keadaan rentung hitam pekat. Seperti mana dia melihat ketika hari urusan jenazah tempoh hari, begitulah dia melihat malam ini.
Lupa akan dia yang Kak Hajar dimandikan betul-betul bersebelahan dengan bilik Che Ta. Sherry kaku. Sedikit pun tidak bergerak. Ingin sekali tangannya mencapai bahu Che Ta disebelah. Untung nasib Che Ta bangun. Tapi dia terlalu takut.
Sherry kaku di situ. Hanya bantal di mukanya sebagai peneman. Dia tidak boleh membayangkan, sedangkan orang lain di rumah itu sedang enak tidur, dia terpaksa berjaga dan memerhatikan suatu susuk yang sedang memerhatikan.
Pada fikiran dia akan menjerit sekuatnya jika susuk itu masuk ke dalam bilik. Ngeri, takut, trauma… Semua bercampur baur ketika itu. Sherry menutup muka dengan bantal. Melilau dia dalam kelemasan. Peluh mula berkeringat.
Sherry ketakutan. Ketar seluruh badan namun masih pegun di situ. Diselaknya bantalnya perlahan-lahan… Susuk itu masih berdiri tegak disitu. Dan yang pasti merenung tepat ke arahnya. Arghhhhhhhhhhhhhhh….. Sherry bingit… Keras dan kaku..
“Che Ta… Tolooooooong lah bangun…” bisik hati kecilnya.
Che Ta tiada apa respon ketika itu. Sekali sekala bergerak tapi gatal menghempas nyamuk. Seraya kembali nyenyak seperti sedia kala. Sherry bingung. Entah apa harus dilakukan.
Takut dan gementarnya bukan kepalang. Diselaknya lagi bantal buat kali ke dua. Susuk hitam itu masih di situ. Berdiri. Dengan keadaan tidak sempurna.
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya Sherry ketika itu. Bermacam agenda bermain di fikirannya. Buatnya susuk itu berdiri betul-betul didepannya mau meraung dia di situ.
Sherry nekad menahan ketakutannya dibawah bantal peneman itu. Lama kelamaan… Dalam menahan ketakutan malam itu Sherry tertidur sendiri.
Pada keesokkannya, seusai sarapan pagi.. Sherry memanggil aku di ruang tamu. Dia bertanya adakah aku akan percayakan dia dengan apa yang dia bakal sampaikan.
Aku sebagai adik biasanya mengangguk tanda percaya. Sherry ceritakan kepada aku apa yang berlaku semalam. Seriau aku mendengar namun sedikit rakus ingin tahu.
“Macam mana rupa Hajar… Boleh tak lukis”.. Sambil aku menghulur pen dan buku conteng.
Sherry melukis bahagian wajah… tekun.. Perlahan-lahan dilukisnya… Namun belum habis dia siapkan lukisan tersebut, aku bingkas bangun dan bergegas berlari ke dapur dan diikuti Sherry sendiri. Aku dan Sherry tinggalkan lukisan itu di ruang tamu kerana takut untuk melihatnya…
XXXXXXXX
2020
Satu hari, aku memandu kereta sambil ditemani Sherry di sebelah. Sengaja aku mengunkit kisah lama yang terpendam, lalu bertanya..
“Ehhh Sherry, awak ingat tak dulu awak pernah cerita pasal arwah Hajar kat depan bilik Che Ta. Betul ke apa yang awak nampak tu???”
Sherry membalas, “Betul. Aku tak tipu. Memang aku nampak dia sejelas-jelasnya”.
Aku menambah lagi, “Dia buat apa masa tu??”
Sherry membalas, “Dia berlegar-legar di depan bilik dan sepertinya mahu masuk ke dalam”….
Al-Fatihah for my sister. I always miss you.
– Ahmad HANYA KERANA SARAPAN (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit