Sebelum mula bercerita, aku perkenalkan diri aku sebagai Bunga. Aku dilahirkan dalam keluarga yg besar, brape org adik beradik x perlu la aku nyatakan. Cuma aku nak cerita pasal sorang kakak aku ni. Aku namakan dia sebagai Kayu je la. Sebab hati dia ni kayu. Takde perasaan. Fikir perasaan sendiri je. Dan fikir diri sendiri je betul. Jenis yg tak boleh ditegur langsung. Harapnya kalau dia baca ni, dia sedar la.
Okay, mari aku mula bercerita. Ni kisah masa raya kebiasaannya. Atau masa ramai2 balik kampung. Si Kayu ni surirumah tapi ada bisnes dari rumah iaitu bisnes baking. Biasanya kek, biskut dll. So, biasalah musim raya, dia akan sibuk baking biskut raya sepanjang bulan Ramadhan.
Jadinya, setiap tahun, mesti ada isu sama dan alasan yg sama untuk dia bermalasan sepanjang masa dia balik kampung. Dia akan cakap dia penat bekerja, penat cari duit. Kerja tak berhenti2. Padahalnya, dari awal2 dia kahwin lagi sebelum dia mula bisnes baking dia lagi, dah wujud alasan ni. Masa tu cakap penat urus rumahtangga. Habis orang lain x penat ke? Pastu kalo dia balik seminggu, sepanjang seminggu tu memang dia jadi permaisuri bermalas2an macam la orang lain x penat ya? Kalo sehari dua je dia rehat, boleh terima lagi la. Ni kira balik kampung buat adik2 jadi bibik x bergaji dia.
Yang kami geram, bukan sebab dia malas nak tolong kat dapur ke apa. Lantak dia la tak nak tolong dekat dapur kalau kami dah ramai dekat dapur. Tapi yg buat kami bengang sebab kami yg kena penat kemas apa yg anak2 dia sepahkan. Malahan diri dia sendiri pun sama, makan nasi boleh dia tinggalkan pinggan dia sendiri atas meja?? Goreng2 telor untuk anak pun tinggal bersepah mcm tu je. Dia sedar tak, kalau bukan kami yg ambil basuh pinggan2 tu, mak yg ambil basuhkan. Tergamak dia menghambakan mak?? Dan, bila kami semua tak ada di rumah, hanya mak dan dia di rumah, mak masak sorang2 kat dapur, dia bangun tidur ngan anak2 dan laki dia terus makan siap tinggal pinggan tak berbasuh. Hoi, apa mak ni kuli kamu ke?
Tolonglah wahai semua manusia yg balik kampung time2 raya ni, tolong ada common sense sikit. Tolong jangan fikir penat kamu kerja je. Orang lain pun penat kerja juga. Tambah2 hari raya ni, semua orang penat terutama mak kita yg dah tua. Tolong jangan dok fikir nak menghambakan adik2 dan mak dekat kampung bila balik. Dorang pun penat juga jadi bibik tak bergaji kamu. Tolong jangan fikir kampung ni tempat rehat kamu je. Awal2 sampai, nak rehat dulu rehat la bagi hilang penat travelling tapi bukannya rehat sepanjang masa kamu balik kampung. 7 hari kamu balik, 7 hari la kamu rehat gitew. Kita bukannya minta awak jadi bibik dekat kampung. At least tolong urus anak masing2, tolong kemas sendiri apa yg kamu laki bini dan anak2 kamu sepahkan. Dan, tolong basuh sendiri la pinggan mangkuk kamu. Ini tak, main tinggal atas meja je. Ingat adik2 dan mak kamu ni bibik kamu ke??
Bila kena sindir, tau pula sentap cakap orang tak faham dia penat le apa le. Masalahnya brape lama ko nak rehat? Cukuplah ko dah rehat seharian, kitorang x cakap pape. Faham ko penat. Tapi bila ko menghambakan mak dan adik2, memang kitorang bengang le. Memang la mak tak cakap pape sebab malas nak jadi isu besar. Tapi ko tau tak mak pun terasa hati dengan perangai ko. Mak siap cakap, dia buat mcm ni sekarang, nanti tgk la anak2 dia layan dia macammana nanti dia dah tua. Ko nak ke macam tu? Setiap tahun pun isu sama je. Tolonglah berubah.
– Bunga
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit