Hi assalamualaikum semua. Terpanggil nak share confession kat sini sebab dah tak sanggup lagi nak tengok kakak menderita. Kakak saya ni dia cantik, berpendidikan tinggi, serba serbi boleh. Kira dia memang sangat disayangi ramai.
Bercakap pasal background education pula, dia selalu top scorer sejak tadika lagi. SPM 9A+, masuk universiti selalu 4 flat. Grad dengan kepujian dan berkerjaya.
Cuma mungkin sebab kami tak sempat merasa kasih sayang dari ayah sebab masa kecil sebab ibu bercerai dengan ayah, kakak nampak macam selalu mencari external validation dari lelaki yang bukan bukan.
Tak kiralah berapa cemerlang pun result kakak, berkerjaya macam mana pun, when it comes to love, kakak terus jadi macam orang paling terbodoh di dalam dunia dan sanggup biar diri dia dipijak pijak.
Back to her story, kakak berkenalan dengan L seorang lelaki bermulut manis, dan pendapat aku agak buaya sikit sebab habis semua perempuan nak ditry nya. Setakat like gambar gambar perempuan seksi kat IG dan Facebook tu kakak tak heran dah. Dah berbuih tegur agaknya.
Pantang nampak perempuan dahi licin terus ada saja cara lelaki tu nak tegur nak flirting flirting. Dah banyak kali kantoi dah sebab saya sendiri pernah banyak kali jumpa comment dia kat gambar perempuan.
Tapi kakak cool saja. Saya pula yang rasa geram untuk kakak. Tapi ni tak teruk lagi ya. Sabar duluuuu.
Belum masuk pun bab family lelaki tu lagi. Kakak ni dia jenis orang yang sangat simple. Kalau boleh majlis kawin dia pun dia nakkan yang sangat sangat simple sebab taknak susahkan pihak lelaki dan yelah nak halalkan benda baik, kita mudahkan aje ye dak?
Tapi tidak buat keluarga si lelaki itu yang selalu nak menyusahkan kakak sedangkan kakak tiada sesiapa pun nak bantu untuk uruskan majlis setelah ibu dan ayah berpisah.
Kakak beritahu yang sebelum ni dia dah berjanji dengan lelaki tersebut “Kita buat majlis akad nikah teruslah. Majlis simple simple saja takpe. Tak perlu tunang. Jimat banyak nnti boleh kita simpan beli rumah.” Ayat ni sepatutnya sejuk saja telinga family lelaki dengar kan?
Eh tetapi tidak bagi family lelaki ni. Yelah, family mereka orang berada, family kami ni marhaen saja. Bersungguh sungguh juga mereka nak buat majlis tunang. Kakak dah pesan taknak majlis tunang sebab dia agak sibuk untuk uruskan seorang diri.
Tapi bila pihak sana berkeras, kakak turutkan juga tapi kakak kata kita buat majlis biasa sahaja kerana pertama, tengah PKP, kedua, kekangan masa sebab family mereka beritahu tentang majlis tunang ni beberapa minggu sebelum majlis berlangsung.
Bagi kakak sarung cincin saja pun dah okay. Kakak tk pernah meminta minta dan tak expect apa apa pun.
Kakak yang tengah busy bekerjanya sibuk uruskan pelamin DIY,menyediakan makanan, make up artis, baju tunang, dan dulang hantaran dalam masa seminggu. Saya juga ada tolong pasangkan pelamin dan carikan barang hantaran.
Bayangkan ya, masa diberi hanyalah seminggu sahaja untuk kakak siapkan semua persiapan majlis di saat kakak sedang sibuk berkerja.
Kakak dah beritahu awal awal pada pihak lelaki yang dia hanya buat majllis simple sahaja cumanya kakak sediakan makanan yang banyak sebab yela, ini cara kami memuliakan tetamu dan ini lebih penting iaitu makanan.
Makanan pada hari itu banyak dan cukup semuanya. Saya ingatkan okay lah tu makanan dah cukup untuk majlis dan keluarganya terutama ibunya bersetuju.
Namun lain pula yang berlaku semasa majlis tunang, keluarga lelaki datang dan first ayat mak dia keluar masa tengok pelamin dan hantaran yang kakak susah susah buat sebab tak ada orang nak ambil tempahan last minute :
“Ini saja ke?”
Saya nampak senyum kakak bertukar kelat.Namun masih cuba maniskan muka masa sarung cincin. Ibunya sikit pun taknak senyum. Yelah, mentang mentang hantaran dorang bagi mahal mahal.
Kakak bagi barang standard orang bagi semasa tunang : sejadah, coklat, manisan. Bezanya cuma tak semahal hantaran pihak lelaki sebab kakak dah beritahu awal awal dia hanya buat ikut kemampuannya sahaja dan tidak pernah sekalipun meminta hantaran mahal mahal.
Rasa macam agak kelakar sikit ya. Dorang yang beria nak minta majlis tunang dari pihak perempuan, sedangkan kakak tak nak.
Dorang yang beria beri hantaran mahal sedangkan kakak tak pernah minta. Kakak bersyukur dan mengucapkan terima kasih untuk hantaran tetapi dibalas dengan sindiran sinis.
Kakak buat biasa biasa ikut kemampuan, mereka tak suka sampai pada tahap menghina kakak dan keluarga kami. Menghina semua barang hantaran yang kakak beri kerana di mata ibunya kakak “tidak menepati expectation”nya.
BTW, sebelum majlis tunang ni kakak memang rajin kirim hadiah pada family lelaki ini ya. Cuma majlis tunang ini sahaja kakak busy dengan project lalu buat sahaja apa yang termampu.
Yang saya tak boleh terima, bila kakak bersungguh sungguh rasa bersalah dan MELUTUT ya minta maaf di hadapan ibunya. Kami tiada masalah untuk meminta maaf sekiranya ibunya menasihati dengan baik. Tetapi ibunya terang terangan menghina dan menyindir kami…
Kakak lebih memilih untuk tunduk meminta maaf setelah dihina.. Kenapa sampai jadi macam ni. Kakak tu belajar punya pandai, serba serbi boleh, cantik, ramai yang nak kakak tapi akhirnya tunduk melutut pada ibu si lelaki tu padahal bukan salah kakak pun.
Adik tahu kakak dah buat semampu kakak sebab bagi masa pun berapa minggu saja nak prepare majlis.
Yang si lelaki tu pun bukan sahaja miang buaya malah tiada pendirian langsung bila dia bersetuju dengan ibunya yang menghina kakak dan keluarga kami. Malah disuruh lagi kakak berusaha lebih keras lagi untuk ambil hati ibunya.
Eh ibu awak tu siapa sampai kakak saya kena telan maruah dia nak ambil hati ibu awak? Panas membara rasa hati saya ni. Lelaki tu tak pernah sekali pun ambil hati ibu atau ayah kami tiba tiba kakak pula yang kena buat macam macam nak ambil hati ibu dia tu.
Padahal sebelum ni kakak memang dah buat macam macam untuk mengambil hati ibunya. Mungkin ibunya pandang rendah pada keluarga kami kerana yela keluarga kami porak peranda tak macam keluarga dorang happy family sangat gitchew.
Lepas peristiwa kakak minta maaf, belikan bunga dan coklat untuk orang yang terang terang menghinanya, seluruh keluarga lelaki tu termasuk lelaki tu sendiri jadi dingin dengan kakak, makin benci dan segala yang kakak buat jadi tak kena.
Rupanya barulah tahu yang lelaki itu selain tiada pendirian beliau juga suka cerita masalah relationship dia dengan kakak pada satu family beliau dan ini menyebabkan family dia bertambah benci dengan kakak. Yelah, anak lelaki mulia dia tu mana pernah buat silap.
Kakak masih juga mahu meneruskan perkahwinan walaupun dpt tentangan hebat dari abang dan saya. Tambah pula bila lelaki tersebut meminta untuk kakak tinggal bersama keluarganya selepas kahwin dan kakak bersetuju sehingga sanggup nak tukar tempat kerja.
Kadang kadang saya termenung fikir, kenapa kakak boleh jadi sebodoh ini? Dalam sangatkah trauma kakak sehingga fear of abandonment kakak menjerat kakak dalam hubungan yang terlalu toxic seperti ini. Kakak pun dah banyak sangat berubah.
Dulunya kakak suka melawa skrg ni kakak tak berapa nak jaga penampilan sangat sebab katanya lelaki tu tak suka melawa lawa sangat ni, tapi dia sendiri bila nampak perempuan lawa kat luar sampai nak terbeliak biji mata dia tenung.
Saya dah taktahu macam mana nak nasihatkan kakak lagi. Dia dah macam bukan diri dia yang dulu. Selalu nampak dia nangis, tahu dia amat takut dan sakit.
Saya rasa perlu bawa dia berjumpa psikiatri because she doesnt seem like herself anymore. Tapi masih gigih nak teruskan kahwin walaupun untuk majlis kahwin ini sekali lagi pihak lelaki demand macam macam.
Pelik. Selalu kita dengar putus kerana perempuan minta hantaran tinggi. Kali ni terbalik. Kakak ni hantaran dia pun dia tak minta walaupun pelajaran tinggi.
Kepada kakak, semoga kakak sedar apa yang kakak buat ni. Walaupun hubungan kita tak sebaik dulu, adik sangat sakit melihat kakak sakit. Masih tak terlambat untuk patah balik, kakak..
– Matahari (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit