Kaki Kipas

Assalamualaikum, korang. Maaflah ni bukan mus lagi ye. Haha. Aku pun duk tunggu la encik mus tu.

Baik, balik ke niat aku nak confess kat sini adalah sebab aku dah tak tahan sangat-sangat bekerja dengan kaki bodek a.k.a kaki kipas bos. Dan aku tahu bukan aku seorang yang mengalami situasi macam ni.

Serba sedikit aku nak cerita dulu latar belakang pengalaman dan pekerjaan aku.

Aku lepasan diploma engineering dari politeknik, umur dah nak masuk 28, lepas habis belajar terus aku ligat kerja. First, aku kerja di company family abang ipar aku. Senang la, duduk ngan kakak dan abang ipar, kerja pun pergi balik dengan diaorang. Sedar tak sedar 2 tahun lebih aku ‘senang’ macam ni sampai satu tahap aku dah rasa malu nak menumpang.

So, aku pun ambik keputusan la nak keluar dari situ plus cari kerja baru. Untuk pengetahuan korang walaupun aku ni macam kerja dengan family sendiri tapi dorang sangat sangat disiplin dalam kerja. Tak ada istilah family okay, lagi aku kecut perut kalau melibatkan kertas kerja atau laporan site. Report kena baling tu biasa. Lebih lagi kakak aku, dia punya expectation untuk aku siapkan kerja tu tinggi walaupun kadang- kadang dia sendiri tengok aku tidur dengan laptop dan kertas bersepah dalam bilik. Well, dia nak kena jaga airmuka adik dia depan FIL. Kot lah…

Oleh sebab dah rasa cukup berpengalaman dan bersedia aku pun apply la kerja kat tempat lain. Dalam masa yang sama, aku jumpa jodoh dan selamat lah pindah keluar dari situ. Dan di sini lah bermula segala pengalaman pahit aku berhadapan dengan geng kaki kipas bos plus kaki bodek plus kaki pemalas.

KERJA TELLER(MONEY CHANGER)

Kat sini bukan orang lain kaki kipas tapi orang cop aku kaki kipas. What the heck??

Kat atas tu aku dah terangkan environment aku kerja dengan family jadi korang boleh faham kan kerja aku macam mana, boleh hadamkan? Mestilah aku buat yang terbaik toqqq. Dah kerja ngan family sendiri pun aku kerja macam bangla inikan kerja dengan orang lain. Hari hari aku takut kena buang kerja. Masa tu aku baru umur 23. Haha

Aku tak salahkan staf kat situ kalau nak cop aku kaki kipas tapi kena faham beza kaki kipas dengan pekerja berdedikasi(puji diri sendiri sikit)ni macam mana.

Aku mula di cop kaki kipas bila ada manusia dalam company tu reveal aku punya gaji. Hampir sama dengan kakak senior yang dah kerja hampir 3-5 tahun. Weiiii..benda tu masa interview lagi kita bincang kan? Dah aku datang dengan pengalaman serba sedikit lepas tu aku boleh handle kertas kerja walaupun aku hanya seorang teller.

Aku boleh tolong settlekan masalah pendawaian kat company tu, menyenangkan kerja diaorang jugak. Kalau tak asyik blackout je, asyik hangittt je kaunter. Pun tak bersyukurrrr. Walaupun aku tak ambik port tapi sebagai manusia berhati tisu aku sedih jugaklah bila kena pulau ngan staf kat situ

Aku perasan yang dorang tak nak lunch sekali dengan aku, tak nak layan sangat aku borak sampailah satu hari aku dapat surat dari CEO.

Terkejut weiii aku dapat surat tawaran sebagai Pelatih Pengurus Cawangan, yang mana tak sepatutnya seorang teller boleh pergi sejauh tu hanya lepas 6bulan bekerja.

Masa dapat surat tu, silap aku jugak sebab pergi tunjuk dekat kakak senior. Aku bukan nak riak tapi aku cuak dan aku syak salah nama ni. Aku pun sedar diri dah kenapa pulak tiba tiba aku dapat tawaran ni? Tak masuk akal pun ada.

Korang tahu apa kakak senior tu cakap?

‘tak pernah lagi aku jumpa kaki bodek yang teror sampai boleh jadi pengurus’

Terkejut beruk aku!!!! Ooo..jadi selama ni apa yang aku sumbangkan walau kecik tapi langsung dorang tak kira. Yang dorang tahu aku ni kaki bodek.

Fine! Hari tu jugak aku resign. Haha. Terkeluar jugak lah aku punya perangai sebenar, aku dah biasa gaduh dekat site meeting jadi aku tak lepaskan peluang bergaduh ni macam tu saja. Hehehe…

Gaduh mulut jela. Orang perempuan kan. Tapi aku bersyukur walaupun Allah uji aku macam ni tapi ada orang nampak kerja aku. Sampai hari ni aku masih ingat kata-kata manager aku untuk kitaorang.

‘Kita, kalau kerja ikhlas kerana Allah, gaji sikit rasa banyak, buat sikit orang nampak, Allah mudahkan dari segala sudut. Jangan tanya kenapa dia dapat macam ni tapi tanya diri sendiri kenapa aku tak boleh macam ni.’

Hari tu lah hari aku faham apa tu kaki bodek, kaki kipas. Aku tanya suami aku ciri-ciri yang aku ada sebagai seorang kaki bodek. Hahaha..gila tak? Yes, aku murung hampir seminggu sebab tak boleh terima hakikat orang label aku macam tu.

Bagi aku kaki bodek or kaki kipas bos ni jatuh dalam kategori zalim. Zalim sebab dia tak perlu kerja susah payah siapkan tugas tapi just cakap manis manis buat bos happy dah cukup buat dia terima segala kelebihan.

Masalahnya aku terbuat lebih kerja bukan niat nak bodek tapi niat nak tolong, tambahan pulak memang aku boleh buat. Kalau aku gila nak bodek bos tak payah aku susah susah buat apa yang aku tak perlu buat. Baik aku dudukkk je kat kaunter, layan customer. Kan??

Dari sini aku belajar untuk hadkan apa yang boleh aku buat supaya orang tak salah faham. Dan kalau aku buat pun tak perlu nak kecoh kecoh bagi satu office tahu.

Dan aku pun blah la dari company tu dengan rasa sangat dukacita. Yelah, orang semua dah anti dengan kau, kau boleh lagi nak tunjuk muka?

Sampai hari ni aku tertanya tanya dan aku yakin yang aku bukan kaki bodek sebab aku tak pernah saja saja masuk jumpa bos, saja saja bagi hadiah kat bos, saja saja melawa depan bos,hellooooo…aku kerja macam korang jugak okay. Siap aku melawan lagi kalau manager nak tukar cuti aku. Money changer kan.

KERJA BUTIK KECANTIKAN

okay, yang ni kena tarik nafas dalam dalam. Sebab baru berlaku dan masih dihantui oleh peristiwa ini.

Lepas kes kat company money changer tu, aku banyak sembunyikan pengetahuan aku. Aku buat kerja apa yang perlu je. Alhamdulillah, aku selamat dari fitnah. Lepas resign dari money changer,aku apply farmasi. Kat sini aku happy sangat sangat sebab tak ada kaki bodek, semua pun buat kerja masing masing and have fun. Walaupun time bonus semua lain lain amount tapi boleh terima dan tak ada nak buruk sangka.

Lepas kerja farmasi aku dapat tawaran kerja kat butik ni pulak. Gaji lumayan dan boleh upgrade skill aku, jadi aku pun terima.

Butik ni dia based on komisyen. Banyak sales ko,banyak la gaji ko. Gitu. Jadi staf berlumba lumba lah buat sales. Dalam ramai ramai staf ada seorang hamba Allah ni aku namakan dia M.

M ni bagi aku cukup bertuah. Cantik, pandai bercakap, pandai bergaul jadi tak hairan kalau dia top sales kat situ. Skill dia pun paling bagus.

Tapi sayang, aku selalu perasan yang manager aku macam tak suka dia. Macam jeles pun ada dengan si M ni. Padahal M byk tolong up kan sales kedai. Kalau M cuti, sales pun macam so so je. Mula mula aku ingat nak buat tak tahu je tapi lama lama aku tahu ada sorang kaki kipas kaki bodek yang duk burukkan M dekat bos.

Padahal depan M, manusia terkutuk ni manis sangat mulut nya. Aku berasap kepala bila aku terdengar perbualan si bos dengan si kaki bodek, aku gelarkan MUNCUNG.

Kenapa aku panggil dia MUNCUNG? sebab dia kalau orang lain buat sales banyak sikit, dia terus muncung sedepaaaaa..tak padan dengan ISLAM, rezeki orang pun nak dengki.

Besar kepala tuhan saja yang tahu. Sebab memang bos dah macam kena manderem dengan dia. Kalau dengan si M tu bukan main marah kalau M ada buat salah ke apa. Tapi si MUNCUNG datang lambat boleh ganti, kalau kawan bos datang nak beli beg ke apa, mesti si MUNCUNG tu yang dapat.

Aku daripada memerhati, aku jadi masuk campur. Aku basuh dua ekor ni betul betul sampai aku kena warning letter. Aku tak kisah dah, yang aku tahu orang macam ni memang zalim. Ko makan la dik duit gaji ko bersumberkan aktiviti membusukkan nama orang.

Kepada kaki bodek di luar sana, setiap kali ko nak membodek bos, takperlu ko nak petik nama orang lain staf lain tu tak buat kerja. Sebab hakikatnya orang lain nampak apa yang ko buat. Cepat atau lambat, orang akan tahu aktiviti busuk ko tu. Insaf lah weiiii…tak hebat mana kerja ko kalau makan hasil bodek bos.

CUKUP CUKUP LAH BUDAYA MEMBODEK NI. SAMA SAMALAH CARI REZEKI HALAL. SEMUA NI NAK BAWAK KE ALAM BARZAKH

setakat ko kerja membodek, ko rasa ko hebat lah sangat?? Panjang lagi perjalanan hidup kau cik MUNCUNG!

Terima kasih, harap harap korang yang baca ni bukan tergolong dalam golongan kaki kipas,kaki bodek ye.

– erma

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit