Kaki Kipas

Pada tahun ketiga pengajian, aku menjalani latihan industri di sebuah syarikat multinational. Hari pertama, aku bertemu dengan seorang senior di universiti yang sudah 5 tahun bekerja. Ingin menjadikan senior sebagai tempat rujukan, tapi dia bakal berhenti hujung bulan itu.

Pelik! Kenapa mahu berhenti? Jawatan sudah tetap, syarikat yang kukuh, pengalaman sudah luas, gaji yang amat selesa. Rugi! Keputusan yang dia ambil dalam kecelaruan ekonomi ini sangat berisiko. Khabarnya, dia mahu pulang ke negeri kelahiran dan bekerja sebagai freelancer auditor.

Asam garam dunia pekerjaan menjadi tontonan aku, kalau mahu bergosip, sampai kiamat tidak habis. Tapi aku tertarik dengan satu cerita, senior itu berhenti kerana kecil hati. Biar betul! Tak kan lah sebab perkara seremeh itu. Dia paling berpengalaman dalam bahagian itu, kerja smooth, orang bawahan suka, menjadi rujukan pertama.

Malangnya bos tak nampak semua itu. Rakan dia yang sama-sama mohon kerja di situ sudah jadi senior executive, tapi dia masih lagi di tahap executive. Dia tidak pandai membodek, jarang ulang-alik ke bilik bos tapi kerja siap juga. Pada waktu itu, aku tetap kata (dalam hati); dia rugi dan cepat mengalah sebab hal kecil. Syarikat juga rugi sebab terlepas pekerja yang baik.

Kini, aku sudah dapat kerja tetap, hampir setahun bekerja tapi sudah hantar notis berhenti. Kenapa ya? Sebab aku juga tidak pandai mengipas. Aku lagi teruk, baru setahun sudah mengalah. Memang benar, manusia akan pergi bila tidak dihargai.

Kaki mengampu ini ada banyak jenis. Ada yang kaki kipas tapi tak reti buat kerja. Ada yang pandai mengampu dan burukkan rakan sekerja. Aku pula terkena yang pandai mengipas dan pandai mencilok idea, kerja dan pandangan orang lain (credit taker). Silap aku juga sebab terlalu ambil ringan isu ini. Aku tidak kisah siapa yang dapat nama, janji kerja aku siap.

Tapi kesan buruk jangka panjang, aku semakin disisihkan bos. Aku dilihat sebagai pekerja tidak berpotensi dan macam tak berguna saja. Aku stress bekerja dalam environment begini. Aku dah tak tahu bagaimana cara untuk pulihkan nama aku. Jalan mudah yang aku ambil; berhenti kerja.

Kaki pengampu ini ada di mana-mana sahaja. Jadi berhati-hatilah, jangan jadi macam aku, sudah terhantuk baru nak tengadah. Kebanyakan orang yang mengampu ini, tidak sedarpun dia ini kaki kipas; mereka mengatakan apa yang mereka lakukan ini sebagai usaha mereka untuk shine bright like a diamond. This is my hard work. Anda kena berusaha untuk menyerlah. Pendapat aku, tak salah untuk jadi orang no 1 dalam syarikat tapi jangan sampai kambus periuk nasi orang. Pasukan kerja yang baik akan menyerlah sebagai kumpulan bukan individu yang pijak atas kepala orang lain untuk menyinar.

– Ella

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit