Kaki MLM Yang Keterlaluan

Salam hormat admin dan pembaca sekalian. Asma sekali lagi menghantar confession. Aku harap korang masih sudi baca confession aku. Kali ni aku nak buat confession yang aku rasa ramai orang yang pernah lalui. Cuma berbeza situasi je. Confession aku ialah, aku anti-MLM (Multi-Level Marketing).

Dah lama aku menimbang-tara nak tulis pengakuan ni. Maklum lah, dalam kalangan keluarga aku sendiri pun ada je yang join MLM ni. Aku tak pandang rendah sedikit pun usaha mereka. MLM juga salah satu cabang perniagaan. Aku faham masing-masing cuma nak cari side income.

Yang buat full-time pulak sudah semestinya nak semakin maju dan naik sampai tier atau ranking teratas dalam hierarchy MLM. Bagus lah kan? Ada target, ada cita-cita. Terpulanglah… hak masing-masing nak memajukan diri. Aku salute mereka yang bekerja keras dalam apa jua yang mereka ceburi.

Yang aku tak salute… adalah apa yang aku nak dikongsikan di sini, iaitu cara sesetengah pengikut MLM ni mencari pelanggan sehingga boleh mengeruhkan perhubungan sesama kawan dengan tipu-helah. Seperti yang kita tau, untuk yang baru join MLM ni, target market dia lazimnya ialah kaum keluarga dan kawan-kawan.

Ini adalah cerita seorang kawan kepada suami aku yang memang dari sejak aku kenal dia dah join macam-macam MLM dan setiap kali itulah kami menjadi target audience untuk demo produk yang dijualnya.

Al-kisah, kami masing-masing ketika itu berumur pertengahan 20-an, young family. Anak pun belum ada lagi. Ditakdirkan suami dihubungi kawan sekelasnya sewaktu di sekolah menengah dulu, Husin.

Disebabkan lama tak jumpa sejak habis SPM, suami bersetuju bila Husin kata nak datang rumah kami dengan isterinya, Husna. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Kami bersedia seadanya, seperti lazimnya bila menerima tetamu.

Kali pertama bertemu, mereka berdua memang ramah. Riuh-rendah suami aku bergebang dengan Husin. Maklum, lebih 10 tahun tak jumpa. Setelah seketika berbual, Husin mula masuk topik MLM yang sedang dibuat isterinya.

Katanya isterinya yang buat MLM ni, dia biarkan saja asalkan isterinya bahagia. Tapi aku tengok, dia pun 2×5 tolong promote, siap tunjuk-ajar bini lagi. Maka, dalam awalnya nak berbual konon nak catch up on old times, tiba-tiba dah jadi sesi demonstrasi produk A****.

Mula-mula aku layankan aje sambil borak-borak. Tapi aku tengok makin lama macam-macam barang si Husna keluarkan dari beg dia letak atas coffee table aku. Nampak sangat memang diorang dah buat persediaan awal. Dan yang lebih aku panas hati, dengan selambanya dia ke dapur aku ambil cawan dan air untuk buat demonstrasi produk.

Aku sebenarnya bukan apa, kalau tujuan kau datang nak buat bisnes, harap inform lah tuan rumah awal-awal agar kami bersedia. Kan rumah kami? Kan masa kami yang nak diluangkan tu? Lebih-lebih lagi kalau nak pakai cawan sudu tuan rumah.

Ini tidak, kami sangkakan kawan-kawan datang nak berukhuwah tapi apa yang jadi, aku dan suami dah terdiam jadi penonton demonstrasi sambil pandang satu sama lain. Tang mana “catch up on old times” nya dah diorang berdua je yang bercakap?

I don’t know about you guys, tapi aku yakin korang setuju yang orang Melayu ni sangat menghormati tetamu. Walaupun kami tak suka, kami takkan bersuara atau suruh tetamu balik. Kami layan je dengan senyuman walaupuan dalam hati dah mula rasa bengang. Setelah agak lama, kami mula resah dan tertanya-tanya bila lah diorang ni nak balik.

Lama juga lah kami hadap demonstrasi mereka sebelum mereka minta diri untuk pulang. Jujur aku cakap, terbit sedikit penyesalan dalam hati aku bersusah-payah menyediakan juadah untuk mereka tetapi akhirnya aku rasa tertipu dengan tujuan kedatangan mereka.

Fast forward a few years later, kami pindah rumah baru. Husin dan Husna datang melawat. By now aku dah perasan, diorang ni kalau datang, bualan mereka mesti akan diselitkan yang kebaikan produk itu dan ini. Bila dikorek-korek rupanya mereka agen produk terbabit. Kami tak layan sangat, sekadar dengar saja.

Akhirnya, dek mereka selalu datang menziarah kami, suatu hari termakan jugalah kami suami-isteri dengan produk yang mereka promote dari kali pertama mereka melawat rumah baru kami. Produk penapis air yang kononnya hospital di Jepun pun menggunakannya. Haa… korang mesti tau produk apa kan? Hahahaha!

Ye, aku mengaku, dulu aku pun tak percaya dengan produk tersebut tetapi kerana sering dipujuk, diberi bahan bacaan berkenaan kebaikan air tapisan produk tersebut dan siap buat demo atas meja makan aku, akhirnya kami suami-isteri pun bersetuju. Bukan murah penapis air yang satu ni, aku pun tak tahu macamana lah kami boleh terjebak.

Sudahlah mahal, bukan ada servis berkala macam satu lagi penapis popular di pasaran. Maintenance semua kena buat sendiri. Yang paling aku terkejut, masa install benda tu kali pertama pun si Husin yang buat. Tak ada pun technician dari syarikat pengeluar yang datang install. Allah… what have we done here? Belas ribu RM kut…

Kami telan air liur bila sedar kesilapan sendiri. Kami sedikit pun tak teringin jadi agen MLM. Beli sebagai end-user sahaja. Alhamdulillah… whatever it is, semua dari Allah. Life goes on.

Lebih kurang setahun kemudian, lagi sekali Husin menghubungi suami aku cakap nak datang ziarah. Suami tanya aku, jawapan aku was just a simple NO. Aku serik. Tapi Husin ni gigih, berkali-kali hubungi suami aku, katanya nak promote tilam. Tilam pulak dah! Lagilah aku tak layan.

Akhirnya si Husna pula whatsapp aku. Katanya anaknya sekarang baru buka bisnes cuci karpet dan tilam. Oohh… jadi bukan lah jual tilam! Mungkin suami aku salah faham.

Aku ni satu pulak perangai, aku suka support bisnes kawan-kawan. Kalau yang buka kedai makan, aku pergi kedai mereka. Kalau yang kerja kontraktor, aku pakai servis mereka (walaupun akhirnya aku yang kecewa but this is another story for another time).

Kalau yang berniaga makanan frozen, pinggan-mangkuk, kek-kek dan sebagainya, aku beli dan tolong share di social media. Jadi naturally, bila dengar anak Husna sedang berjinak-jinak berniaga… korang rasa? Dah tentulah aku beri peluang! Bangga kut anak muda Melayu berniaga cari rezeki halal.

Aku bersetuju untuk benarkan anak Husin dan Husna datang cuci karpet dan tilam rumah aku. Little did I know I was going to be taken for a ride yet again by this cunning couple.

Pada hari yang dijanjikan, aku sebenarnya dah bercadang nak tunggu si Mamat (anak Husin & Husna, bukan nama sebenar) sampai je then aku nak gerak pergi bank. Tak perlu lah aku tunggu dia buat kerja. Pembantu aku boleh tengok-tengokkan (suami aku masa ni di pejabat). Aku cuma perlu tinggalkan duit je. Itu perancangan aku lah.

Tiba-tiba tengok si Mamat sampai dengan mak-ayahnya sekali. Ah sudah! Aku ingat Mamat nak datang berdua dengan assistant dia je. Bingkas mereka membawa masuk “peralatan” mencuci yang merupakan satu vacum cleaner dan… dan…. dan…. What? Itu saja peralatannya? Aku yang tadinya nak keluar ke bank terpaksa kensel sebab rasa tak manis pulak Husin dan Husna datang tapi aku keluar.

See? Obliging sangat kan aku? Sedangkan mereka yang rosakkan program aku. Sangka aku mereka sekadar hantarkan si Mamat je dan si Mamat lah yang akan buat semua kerja. Sangkaan aku meleset sama sekali.

Dalam sibuk mem-vakum karpet dan tilam, mereka berdua tak henti-henti memuji kelebihan vakum yang digunakan. Siap buka tunjukkan kat aku segala kotoran yang tersedut dalam takungan vakum tu. Aku pernah panggil pencuci karpet dan upholstery ke rumah. Tak pernah sekali pun diorang datang promote mesin kat aku hahaha! They just do their work, get paid and get out.

As usual, tak tergamak aku tetamu datang tapi aku “menyombong”, jadi aku dengar je lah segala pok-pek diorang. Kelemahan aku ialah aku terlalu obliging. Tengok diorang vacum karpet aku, vacum tilam aku, dan aku angguk-angguk tanda paham dan setuju. Aku hadap je semua. Tisu sungguh aku ni. Dalam hati menyesal tak keraskan hati dan pergi juga ke bank tadi. I should’ve gone to the bank!

Dan aku juga tak tergamak membiarkan tetamu datang tanpa dihidang sedikit juadah maka bergegas la aku buatkan air dan letak sedikit kuih-muih apa yang ada untuk mereka. Kalau Mamat datang sorang aku akan sediakan air ais je sebab aku consider dia datang sebagai service provider. Tapi ni dah dengan mak-ayahnya datang, aku consider diorang tetamu lah kan?

And me being the good (accidental) host that I am, aku duduk temankan diorang minum. Masa tu lah si Husna keluarkan katalog vacum yang digunakan dan explain kat aku kebaikan mesin tu, harga dan payment scheme yang ditawarkan (harga mesin tu belas ribu RM).

Masa ni aku dah betul-betul tersinggung sebab ketara sangat tipu-helah mereka. Servis cuci karpet eh? Rupanya alasan je nak jejak kaki ke rumah aku supaya dapat demo dan jual produk. Jauh sangat expectation aku dengan reality yang sedang terjadi. Tell me again why did I bother to jamu diorang minum eh?

Anyway, aku yang lemah dan tak suka konfrontasi ni cuma cakap aku tak boleh buat keputusan. Kena tanya suami dulu. Walhal dalam hati dah decide taknak. Ye lah, dah kau guna helah camtu kau ingat aku nak ke? Maka diorang pun pulanglah selepas itu tanpa si Husna lupa untuk whatsapp aku kos mencuci karpet dan tilam di rumah aku.

Seratus lebih juga aku kena transfer untuk satu karpet dan satu tilam queen size yang hanya sekadar di vacum, which aku pun boleh buat sendiri. Aku pun dah ada sebenarnya vacum yang pakai air tu cuma brand lain dan jauh lebih murah.

In other words, diorang dah berjaya buat demo berbayar, korang…. Demo berbayar! Dia demo pakai karpet aku, tilam aku, pakai letrik aku, pakai air dari pili aku, buang sisa air kotor dalam lubang jamban aku dan aku jamu pulak air kopi panas dan kuih-muih dan penutupnya diorang caj aku seratus lebih hahahhaha! Rasa nak ketuk kepala sendiri.

Selepas tu aku tak respon apa-apa dah kat Husna atau Husin. Aku membisu je. Aku bercadang kalau dia whatsapp atau call follow-up nanti aku nak cakap taknak je. Tak perlu pun bincang dengan suami. Nothing to discuss. Tiba-tiba selepas 2-3 hari, suami aku bagitahu Husin dan Husna datang ke pejabat dia pujuk suami aku pulak.

Wahh… ini dah melampau. Diorang bypass aku dan memandai-mandai pergi jumpa suami aku di pejabat pulak? Aku sendiri tak berani kacau suami aku di pejabat sebab aku tahu macamana sibuknya dia, alih-alih mereka berdua ni siap main singgah-singgah just to sell that stupid vacum cleaner.

Kau deal dengan aku, kenapa pulak kau bypass aku terus ke suami aku? You think you have a better chance of convincing him ke? Atau sebab kau ingat aku ni sekadar boneka dan suami aku decision-maker?

Panas betul hati aku membayangkan suami aku yang tengah sibuk di pejabat tu terpaksa luangkan masa rehat tengahari dia menadah telinga dan menepis dengan sopan pujukan membeli dari hamba Allah berdua tu. Itu time makan dia, time solat dia. How selfish are you people??

Akhirnya aku buat keputusan dan aku cakap dengan suami, orang macam ni berkawan ada kepentingan. Kalau tak ada barang nak jual, tak ada pun nak contact2 tanya khabar. Kalau datang mesti sebab promote barang. Ada je barang baru nak dijual. Setiap kali skim MLM baru.

“JANGAN BENARKAN LAGI MEREKA JEJAK KAKI KE RUMAH KITA”.

And that was the last I heard of them. Mungkin diorang tau aku marah. Atau mungkin juga belum ada barang baru nak promote. Aku tetap harap dan doa yang baik-baik untuk mereka.

Just don’t come anywhere near me.

– ASMA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *