Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca.
Terima kasih kepada IIUM Confession kalau confession ini disiarkan.
Pertamanya aku nak minta maaf kalau korang bosan dengan confession rumahtangga. Tapi aku sangat2 buntu sekarang.
Rumahtangga aku hampir menemui penamat harini gara2 aktiviti sukan suami aku. Jadi, aku mengharapkan nasihat, tips, petua dari pembaca. Aku sayang rumahtangga ni.
Aku tak hantar kat KRT sebab takut baca nasihat2 kat sana.
Usia perkahwinan kami baru setahun. Dan alhamdulillah kami dikurniakan seorang anak yang comel. Beza umur kami 3 tahun saja.
Sebelum kahwin memang aku dah maklum dia suka bersukan. Kami dah berkompromi dan berjanji aktiviti dia akan berjalan macam sebelum kahwin cuma berkurang sahaja.
Aku ok je janji main dengan kawan2 lelaki. Lagipun lelaki ni tak boleh halang hobinya kan. Itu apa yang kakak2 dah kawin nasihat aku. Jadi, aku positif je.
Selama berkahwin dengan dia, dia pernah kantoi mesej2 cinta, sayang dan rindu dengan rakan sekerja dia. Aku namakan A.
Aku dah pernah tegur dia selalu mesej A gosip pasal tempat kerja. Lepas pada tu aku tak jumpa dah dia mesej A.
Tapi naluri isteri aku curiga dengan dia. Aku dapat tangkap dia padam mesej dengan A. Aku tahu sebab aku curi2 whatsapp web hp dia.
Masa tu kami gaduh besar, hampir nak bercerai. Lepastu, aku disahkan hamil. Dia pun berubah jadi lebih baik. Daripada sebelum ni asyik nak marah dia jadi lebih penyayang.
Masalah timbul lagi lepas aku bersalin. Selama ni aku mati2 ingat dia main dengan kawan lelaki je. Rupanya dia ada juga main sukan dengan kawan perempuan.
Yang buat aku marah dia main sukan dengan A. Aku tahu pun sebab aku terbaca mesej kawan dia. Kawan dia kata dia kecewa suami aku pilih main dengan bunga berbanding dengan kawan lelaki.
Jadi, aku persoalkan kenapa tak jujur selama ni main sukan dengan perempuan. Lebih lagi main dengan A. Bekas skandal dia. Siapa je tak curiga kan? Dia kata aku selalu fikir negatif pasal dia.
Aku cuba bagitahu yang aku tak suka dia main sukan dengan perempuan. Kalau nak main, main lah dengan kawan lelaki. Alasan dia sebab kawan perempuan tu bos dia. Jadi boleh la dia bodek untuk dapat better job.
Tadi, aku cuba suarakan lagi sebab esok dia kata dia nak main dengan kawan2 perempuan dia. Semua perempuan.
Selama ni aku ajak dia main sukan tak pernah nak setuju. Sekarang boleh pula main dengan perempuan lain. Alasannya jangan ungkit benda dah lepas. Sekarang aku kena tunggu anak dah besar baru dia ajak main.
Kami gaduh teruk sangat tadi dia ada bagi hint2 nak tinggalkan aku. Siap drive nak hantar aku balik kampung. Kami gaduh dalam kereta tadi.
Aku rasa agak melampau sebab aku tegur aktiviti sukan dengan perempuan. Takkan teruk sangat sampai nak hantar aku balik rumah parents aku.
Dalam kereta tadi dia menangis kata aku tak faham dia. Aku selalu fikir negatif pasal dia. Dia tak boleh hidup dengan orang yang negatif dengan dia.
Isu kecil je bagi aku. Tapi, dia sampai fikir nak cerai..
Jadi, aku beralah aku minta maaf. Aku cium tangan dia. Tapi, aku rasa unfinished sebab dia masih dengan ego nak main sukan dengan perempuan lain.
Jadi sekarang aku harap korang boleh bagi pendapat apa patut aku lalukan?
Adakah aku patut biarkan je atau buat sesuatu. Atau pendam je seorang2.
Tolong la bagi nasihat membina. I really need it now.
Thanks…
– Puan M (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit