Kisah Hidup Kak Long

Assalamualaikum nama aku Anita, aku first time tulis dekat IIUM Confession ni. Sebelum ni jadi silent reader je.

Harini aku nak cerita sikit, tapi bukan pasal hidup aku, tapi pasal hidup Kaklong aku. Kaklong aku ni penjawat awam, dia orang yang hebat, dia sangat berdikari, masa dia bujang dia selalu travel luar negara.

Setahun 3, 4 kali dia pegi luar negara secara backpacker. Kaklong seorang yang happy dan suka bantu orang.

Kaklong berbadan besar, jadi dia rasa itu tanggungjawab dia untuk mengangkat kawannya yang patah kaki untuk naik ke kelas di tingkat dua masa dia sekolah dulu. Lepastu balik rumah, dia mengadu dekat mak pinggang dia sakit.

Alahaii Kaklong Kaklong. Kalau dia balik kampung, dia akan beli hadiah macam macam untuk mak ayah aku, adik adik dia, sedara mara dan jiran jiran.

Tak pernah berkira cumanya dia agak boros sikit la. Tu aku mengaku la sebab dia jenis tak berkira bab duit, duit habis tak kisah.

Hidup dia berubah lepas dia kahwin. Lepas 3 tahun bekerja, dia decide untuk berkahwin dengan pilihan hati dia.

Mulanya mak ayah aku macam tak setuju sebab laki tu tak mempunyai apa apa. Hanya kerja kerani je. Gaji laki tu pon hanya 1/3 sahaja dari gaji kak long aku. Lelaki tu pulak berjalan tempang dan umurnya sudah memasuki separuh abad.

Mak ayah aku mesti la dah kenal perangai anak nya, jadi mereka tak setuju untuk kak long aku berkahwin dengan lelaki tu.

Bukan kerana mereka mata duitan. Mereka yakin dia takkan dapat jaga kak long dengan elok. Tapi sebab Kaklong berkeras nakkan lelaki tu, mak ayah hanya turutkan jua keinginannya dan yakin tu sudah jodoh Kaklong.

Hidup berumah tangga mesti ada pasang surutnya. Tapi selepas sebulan mereka berkahwin, kak long menangis telefon mak, rupanya suaminya ditahan polis kerana air kencing mengandungi dadah ketika roadblock.

Terduduk kami semua. Apalah ujian Kaklong kali ini. Usia perkahwinan baru setahun jagung.

Mak lah yang keluarkan duit simpanan nya untuk menjamin laki Kaklong tu. Duit Kaklong dah habis untuk majlis kahwin dan honeymoon yang semua nya ditanggung oleh Kaklong sendiri. Seronoknya dia kahwin free.

Aku taktau la apa yang buatkan kak long kahwin dengan dia. Mungkin mulutnya yang manis. Dia suka berjanji itu dan ini, tapi haram habuk pon takde.

Lepas tu, mereka hidup macam biasa. Ada sesekali kak long telefon mak mengadu nasib dia, kadang dia larikan diri bila dia tak tahan nak hadap perangai suami nya.

Ada suatu hari kak long telefon mak, bagitau nak bunuh diri, tapi tak cerita pula perkara yang sebenar. Mak ingatkan hanya bergaduh biasa, mak hanya pujuk saja la, biasa la hidup berumah tangga, kena terima perangai suami isteri.

Hari berganti hari, Kaklong mula bangkit, macam macam bisnes Kaklong buat untuk bantu rumahtangga nya disamping kerja hakiki nya juga. Dalam hati aku, rajinnya Kaklong buat bisnes nonstop, tak penat ke dia.

Tapi kadang ada juga Kaklong pinjam duit aku, bulan ni sesak sikit katanya. Aku pon bagi saja la, malas nak bertanya macam-macam dan nak syak bukan-bukan. Rumahtangga dia, pandai-pandai la dia bina.

Hingga la pada tahun lepas, semua terbongkar. Kaklong dah tak tahan sangat untuk menanggung segala beban.

Dia minta tolong mak untuk jenguk dia dan keluarkan dia dari rumah mereka. Dia taktau kemana nak dituju dan seperti anak kecil yang diikat kakinya. Kak long dah penat nak simpan aib suaminya.

Kaklong cerita dari A sampai Z perangai suaminya. Mengucap panjang mak dan ayah bila mendengar kisah Kaklong. Tidak terduga kami kisah hidupnya sampai macam ni sekali. Dia menyesal dia dah pilih orang yang salah untuk jadi suaminya.

Rupanya suami Kaklong ialah biawak hidup. Sudah setahun tidak bekerja kerana pecah amanah dan hidupnya hanya mengambil dan menghantar kak long kerja semata-mata kerana Kaklong tidak mempunyai lesen. Selebihnya semua tugas Kaklong.

Kak long la yang harus kemas rumah, memasak, sediakan rumah, kereta, motor. Semua bil-bil rumah Kaklong yang bayar.

Suami nya juga suka bermain judi online, bila Kaklong tak dapat nak bagi duit untuk dia , dia akan pinjam dekat ahlong. Duit bonus kerja Kaklong habis buat bayar hutang ahlong yang suami dia pinjam.

Barang kemas habis digadai. Motor yang ayah hadiahkan untuk Kaklong pon mereka jual. Taktau la apa lagi yang tinggal untuk kak long.

Kalau tak bayar, nanti ahlong cari Kaklong di tempat kerja. Duit gaji kak long habis untuk bayar hutang je. Mak dan ayah la yang dok bantu kewangan kak long sekarang ni.

Nak harapkan suaminya, tak habis-habis salahkan Kaklong. Sebab Kaklong la dia main judi, sebab dia bosan kak long abaikan dia. Kaklong pemalas, Kaklong abaikan dia di tempat tidur. Kaklong itu Kaklong ini.

Semua salah Kaklong bagi dia nampak besar tapi salah dia main judi, pinjam duit ahlong, ambil dadah, tak bekerja, tak bagi nafkah zahir dekat Kaklong itu kecil saja dan salah yang remeh-temeh. Belum lagi bab mertua dan ipar-ipar kak long yang pengikis. Kesian kak long.

Sekarang ni alhamdulillah kak long dah bercerai dah pon dengan suami nya. Tolong doakan dia semoga dia cepat move on dari suaminya yang parasit tu. Dan semoga Kaklong temui kebahagiaan yang sebenar dalam hidup dia.

Kaklong terpaksa bermula dari bawah balik hidup dia. Hidup sehelai sepinggang berseorangan. Semoga bekas suami dia dah tak kacau Kaklong lagi.

Kepada Kaklong, terus berjuang, kami sekeluarga akan tetap bantu Kaklong keluar dari masalah Kaklong. Mak dan ayah akan sentiasa support kak long.

Cukup la bertahun tahun Kaklong pendam dan simpan aib suami. Sekarang sudah tiba masa untuk Kaklong kembali ceria seperti Kaklong yang dulu.

Kepada suami suami diluar sana, hargai la isterimu yang dah terima kamu apa adanya. Perbaiki la diri kamu sebelum berkahwin supaya kamu tidak menganiayai pasangan mu.

Dan cukup kan la ilmu-ilmu dunia dan akhirat mu supaya kamu dapat membimbing keluarga mu kejalan yang diredhai Allah.

Kepada isteri-isteri yang sedang menderita, bangkitlah dari kesakitan yang kamu rasakan. Lengkapkan diri kamu dengan ilmu yang bermanfaat dan berguna untuk masa hadapan.

Janganlah jadi isteri yang hanya menurut sahaja kehendak suaminya kalau itu akan mendatangkan mudarat. Isteri juga punya hak. Dan keluarlah dari perkahwinan ini kalau ia menyakitkan.

– Anita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *