Kalau Aku Jadi Seller Kurang Ajar

Aku student diploma digital marketing dan telah ditakdirkan aku buat intern dekat satu syarikat yang menjual produk kesihatan. Sebelum aku start intern tu, aku tak pernah terfikir aku akan mengalami konflik dalaman berkenaan niche produk kesihatan tu..

Yelah masa intern ni fikir janji dapat placement je, tak kisahlah niche apa pun. Janji dapat pengalaman. Dapat pula tempat intern ni dekat dengan kampung aku, jadi aku save cost dari segi tempat tinggal. 

So sebagai seorang intern, kerja aku banyak terlibat di bahagian sales & after sales sebenarnya di mana aku kena close sale secara manual melalui whatsapp, buat upsell dan follow up untuk minta feedback penggunaan dan macam-macam la. Kalau buat iklan tu ada la juga tapi selalu senior2 lain yang handle. 

Bila berkaitan suplemen herba ni, biasanya target market kitorang majoritinya ialah orang berumur yang ada penyakit-penyakit tertentu. Paling biasa mestilah target yang ada 3 serangkai (kencing manis, kolestrol, darah tinggi) sebab kadar rakyat malaysia yang ada salah satu dari masalah ni sangat tinggi ye.. 

Pada aku, bila nak tarik orang beli produk kesihatan ni, hampir susah ya untuk tidak overclaim kecuali kau memang dah big brand, tak perlu diperkenalkan sangat orang dah tahu. Tapi untuk produk2 lokal yang baru nak berkembang, marketing tu mesti nak kena selit2 juga benda2 overclaim tu untuk dapat banyak prospek. 

Selama aku ada di sini, tak pernah supervisor aku nak cerita beria pasal produk yang kami jual ni. Maksud aku, aku tak nampak produk tu dijual sebab founder sendiri sangat faham tentang khasiatnya atau mengamalkannya sendiri, tapi lebih pada sebab produk tu tengah viral, jadi why not join the bandwagon. Ha gittu.. Aku tengok banyak produk2 herba ni khasiat nya lebih kurang je.

Sebab tu kau tengok herba jenis A boleh claim kawal 3 serangkai, herba B pun boleh kawal 3 serangkai. Herba C pun boleh kawal 3 serangkai. 

Kalau aku buat lagi pembacaan, benda2 yang selalu jumpa kat dapur boleh ikutkan ada khasiat boleh kawal 3 serangkai macam kunyit, halia, lemon, serai, pandan dan macam macam lagi la. Boleh je buat teh/juice shot sendiri kat rumah. 

Supervisor aku selalu suruh dept digital marketing ni cari lagi isu2 kesihatan viral atau produk2 yang tengah demand, pastu propose untuk keluarkan produk yang serupa — ye la sebab tengah high demand kan, senang la sikit buat duit.. Isu detoks vaksin tengah boom, jadi produk detoks pun keluar.. Sighhh.

Jujurlah selama aku buat benda tu, aku sangat dilema ye. Aku ada konflik dalaman dengan diri sendiri, aku selalu rasa nak stop… Ye la, selama ni aku follow Dr. Imelda Balchin, Dr. Lily MK, Dr. Sakinah, Dr. Rusyainee dan beberapa doktor lagi yang selalu debunk mitos perubatan dan patahkan hujah founder produk dengan fakta yang betul…

Tetibe aku rasa macam aku tengah lawan dorang pulak tanpa niat.. Aku tak tahu nak buat macam mana. Kalau aku tak promote, macam mana aku nak dapat close sales? Aku nak jual USP produk pun macam tak kuat sangat pun.. Sebab berlambak syarikat lain jual produk lebih kurang sama, macam takde beza pun. Ntah ntah ambil dari kilang OEM sama. 

Arghhhhh… Aku sumpah tak sukaaaa.. Tapi aku kena habiskan intern aku lagi beberapa bulan. 

First sekali aku nak buat klarifikasi ya, aku tidak menolak mana2 rawatan/ubatan alternatif ya & aku juga tidak menafikan memang ada pengguna yang sihat/sembuh semula dengan izin Allah selepas mereka amal/buat rawatan/ubatan alternatif

Tapi aku tetap nak pengguna tolong hadam hakikat ni.. Kalau lah aku boleh menjadi diri aku yang sebenar & bagi jawapan jujur masa cuba close sales pelanggan, ini mungkin cara aku akan jawab :

—————————

Customer : “Saya ada penyakit X, Y, X.. Boleh ke sembuh guna produk ni?”

Aku as diri aku : saya tak boleh bagi jaminan pasti boleh sembuh sebab saya taknak bagi harapan pada encik. Saya tak tahu sejarah penyakit encik secara detail.

Kalau nak ikhtiar dulu tak salah, tapi pastikan encik sedar yang ini salah satu ikhtiar sahaja, produk dari bahan semulajadi ni memang ada khasiatnya tersendiri tetapi ia mungkin serasi atau tak serasi dengan sesetengah pengguna.. Sembuh tu Allah yang bagi.. 

(soalan jenis macam ni ramai sangat ya yang tanya, segala jenis penyakit dorang akan tanya, termasuk lah kanser sekian sekian.. Kalau boleh, pengguna nak 1 produk yang boleh rawat 1001 penyakit terus)

—————————

Customer :”Saya dah ambil produk ni, perlu ke ambil lagi ubat hospital lagi?”

Customer :”Saya nak try ambil ni, taknak makan ubat doktor dah, takut buah pinggang rosak”

Aku as diri aku : encik boleh nak ikhtiar dengan herba ini, tapi sebagai sampingan sahaja. Jangan sesekali tinggalkan ubat doktor serta-merta.

Produk semulajadi ni sama sekali bukan pengganti ubat dan ia tidak boleh bertindak serta-merta. Tempoh keberkesanan pun berbeza-beza ikut keserasian badan pengguna. Boleh jadi ada yang cepat, ada yang lambat berkesan atau ada yang tak menjadi langsung. 

Kena faham yang doktor beri ubat sebab bacaan result penyakit encik tidak normal atau boleh saya katakan tidak terkawal. Kalau encik stop ubat tiba-tiba, bacaan gula & tekanan darah boleh naik mendadak tau. Risiko nak dapat komplikasi serius seperti serangan jantung, strok, rosak buah pinggang tu akan jadi lebih cepat

Saya tahu ada orang takut dengan cerita-cerita yang kononnya ambil ubat hospital berterusan boleh rosakkan buah pinggang.

Tak betul sebenarnya, ubatan yang doktor beri dah melalui ujian klinikal dan dah betul2 tahu dos yang sesuai dan selamat diambil. Sebab itu juga ada check up berkala supaya doktor boleh monitor, jika tidak sesuai, doktor sendiri akan tukar dos atau tukar ubat lain. 

Kami sebagai seller pula tak kenal pun korang secara personal. Saya tak tahu dengan siapa saya berwhatsapp, kalau profile takde gambar, saya tak tahu pun muka korang macam mana. Tugas utama seller hanya untuk jual produk.

Lepas kami close sale, kami tak tahu dah kisah lepas tu. Berkesan ke tak berkesan ke, janji kami dah close sales, seller dapat komisen jualan. Jaranglah seller nak follow up tanya update kesihatan korang melainkan kami nak kumpul testimoni baru atau nak suruh repeat order je. 

Saya personally tak rasa akan ada doktor yang sengaja nak suruh patient bergantung ubat selama-lamanya. Bukannya dorang dapat komisen pun kalau bagi pesakit ubat. Kalau dekat hospital kerajaan, ubat pun pesakit tak perlu bayar. 

Saya faham fitrah manusia nak sihat, taknak makan ubat selama-lamanya. Sebab tu ada yang cuba ikhtiar cara lain. Cara yang terbaik kalau nak ikhtiar dengan produk alternatif:

1) Pastikan tahu pasal ingredient produk tu, pastikan ia nya selamat & ada kelulusan KKM sebaiknya

2) Jangan terus tinggalkan ubat doktor, ambil produk sebagai bantuan sampingan sahaja

3) Kebanyakkan supplemen herba mempunyai khasiat yang lebih kurang sama saja, tak perlu ambil banyak banyak produk dalam satu masa

4) Andai kata lepas cuba produk tu dan dengan izin Allah ianya serasi dan bantu kawal bacaan penyakit korang, korang tak perlu risau, doktor sendiri akan tahu bila nak turunkan dos ubat korang secara berperingkat & akhirnya stop kan ubat bila bacaan dah cantik dan terkawal. So jangan risau.. Tak perlu pandai-pandai stop sendiri hokey

5) Bila dah boleh maintain bacaan normal, ada lah lebih penting untuk korang jaga pemakanan harian.. Tak perlu ambil apa-apa produk dah. 

—————————

Customer :”Produk fake ni, tak berkesan pun.. Penipu!”

Aku as diri aku : apa yang encik expect? Kami sendiri pun tak berani letak jaminan keberkesanan sebab ianya herba kering semata-mata. Takde campur apa apa dah bahan lain. Kalau dari 10 orang, 7 berkesan, 3 tak berkesan, takkan lah encik cakap ini produk fake? Apa kalau produk original 100% berkesan pada semua orang ke?

Kalau lah ada satu ubat/produk yang 100% confirm berkesan pada semua orang, rasanya dah tak wujud dah hospital/klinik. Silap2 who atau bigpharma patenkan produk dulu tu lepastu tak bagi orang lain jual.. Biar depa je control kesihatan dunia, depa je kaya

—————————

Customer :”Berapa lama boleh nampak kesan ni?”

Aku as diri aku : kesan ni saya tak boleh letak jangka masa spesifik, sebab lain orang lain kesan nya. Faktor keberkesanan bergantung jugak pada pemakanan harian ada kawal ke tak. Konsistensi ambil produk ni. Ubat hospital makan tak? Cara hidup sihat tak?

Memang ada yang seminggu pun dah nampak ‘kesan’, tapi kesan ni bergantung pada pemerhatian pengguna tu sendiri, ada yang anggap bila badan dah segar maksudnya dah berkesan. Ada yang anggap tunggu gula turun baru lah dikatakan berkesan.

Ada yang tunggu sampai boleh bebas ubat baru dikatakan berkesan. Susah nak cakap.. Terlalu random dan tiada rekod data keberkesanan. Saya taknak letak jangka masa spesifik, nanti encik marah pula bila tak nampak kesan lepas sekian tempoh

—————————

Customer :”Cepat sikit hantar produk ni, saya ada appointment doktor lagi 2 minggu.. Saya nak cuba produk ni dulu”

Aku as diri aku : ni mesti encik selalu skip ubat doktor kan, pastu bacaan tak cantik. Dah nak dekat tarikh appointment ni jadi gelabah pulak. Takut doktor marah lettu. Jangan lah encik mengharap produk ni ajaib pulak dalam masa 2 minggu terus normal. Boleh cuba, takde masalah. Kalau menjadi alhamdulillah.. Kalau tak serasi, takleh buat apa la. 

—————————

Customer :”Saya dah 2 hari ambil produk ni.. Takde kesan pun?”

Aku as diri aku : ayyo encik, ini bukan produk ajaib, ia nya bahan semulajadi je. Kalau lah produk ni lepas makan je terus berkesan tiba-tiba gula turun, kolesterol turun, berat badan turun.. Itu dah lain macam tu.. Dah macam letak bahan terlarang pulak. 

Lagipun kalau encik dah bertahun tahun ada penyakit ni, takkan lah baru beberapa hari dah boleh normal. Produk ni pun tak tahu lagi serasi ke tak dengan tuan sebenarnya. Sila realistikkan jangkaan encik ye. 

—————————

Customer :”Ada jaminan ke kalau tak berkesan produk ni?”

Aku as diri aku : saya tak boleh bagi jaminan cik.. Sebab saya tahu takkan ada satu produk/ubat/rawatan dalam dunia ni yang 100% sesuai untuk semua orang.

Even customer saya sebelum ni pun, dalam 10 orang, mungkin 5 orang serasi, lagi 5 tak mnenjadi. Kalau cik nak ikhtiar jugak dulu boleh, tapi pastikan encik tahu apa yang encik ambil dan ia nya sukarela ye. Sebab saya tak paksa encik beli. Kalau encik nak cuba juga, itu pilihan encik. 

—————————

Customer :”Saya dah ambil produk X, saya nak cuba produk Y pula.. Boleh ke saya ambil keduanya”

Aku as diri aku :encik, kalau produk tu ada khasiat yang lebih kurang sama je, kenapa encik nak ambil banyak2 supplemen dalam satu masa? Kalau produk x tu dah berkesan, mesti encik takkan cari produk y pula kan.

Saya tak marah encik nak ikhtiar, tapi saya tak sarankan encik ambil macam-macam produk dalam satu masa. Saya pun tak tahu apa ingredient dalam produk-produk lain yang encik ambil tu. Takut2 ada interaksi yang menyebabkan kesan lain pula bila diambil sekali. 

—————————

Customer :”Dah macam-macam jenis produk saya cuba, takde satu pun berkesan”

Aku as diri aku : hmm.. Kalau dah kata macam macam produk pun tak berkesan, saya takboleh janji produk saya akan berkesan pulak. Sebab produk ni bahan semulajadi je.. Kalau makan lepastu tak menjadi saya pun tak tahu nak kata apa dah.

Boleh ikhtiar kalau nak atau encik tak perlu dah beli apa apa supplement lain, encik jaga je pemakanan, elakkan makanan yang perlu dielakkan, minum air kosong banyak, aktifkan diri, positifkan minda, ikut nasihat doktor. Makan ubat doktor dengan berdisiplin. Kalau encik boleh kekal disiplin, insyaAllah saya yakin encik boleh bebas ubat tanpa perlu ambil supplement lain pun. 

As a summary, kalau korang nak try produk alternatif memang tak boleh dihalang, tapi :

1) Sebaiknya bincang lah dengan doktor anda

2) Suplemen bukan pengganti ubat doktor!

3) Jangan memandai stop ubat sesuka hati, kalau keadaan jadi teruk, seller tak bertanggungjawab yahhh

4) Jangan lah ambil banyak sangat suplemen dalam satu masa. Jaga pemakanan lagi baik

5) Jangan lah korang asyik minta nasihat perubatan dekat seller. Pengetahuan seller terhadap background penyakit korang amatlah limited walaupun korang citer la macam-macam pun, kami seller tak boleh diagnosis korang.

Saya sendiri seller pun bukan background perubatan. Saya budak dip digital marketing wakkk. Saya tak tahu cemana mechanism of action produk yang saya jual

6) Jangan lah korang tanya soalan soalan macam “Saya ada penyakit A, B, C.. Boleh ke sembuh makan ubat ni”. Saya blurr lah nak jawab soalan ni. Kalau jawab boleh macam bagi harapan pula. Kalau jawab tak boleh, customer lari. Kalau jawab insyAallah, customer tak yakin pastu lari jugak..

Korang kalau nak ikhtiar dengan sesuatu benda alternatif, banyak kan lah buat pembacaan sendiri, dah yakin baru beli.. Jangan lah minta pandangan saya T.T, saya cuma budak intern yang terpaksa close sale. Skrip pun company bagi T.T

7) Amalkan gaya hidup sihat lebih baik. 

8) Banyakkan membaca pleaseeeeeeeeeeeeeeee. Baca baca dan baca. Baca lah dulu.. Sampai dapat info. Sampai yakin. Jangan minta nasihat pada orang bukan ahli. 

Nak selit sikit lagi hal customer berumur ni :

– kalau dah pilih cod, tolong lah ready telefon tu — jangan la bila kurier call taknak angkat sebab kononnya takut nombor tak dikenali tu scammer call. Bila parcel return, marah seller pulak haduhhh

– pastu kalau dah cod tu, seller dah pos barang, jangan lah cancel sesuka hati. Korang ye la tak terasa sebab postage tak ambil duit korang lagi

– banyak syarikat jual produk kesihatan yang lebih kurang sama, mintak pakcik makcik tolong lah ingat balik dengan siapa makcik order — ni order dengan orang lain, pastu marah seller lain. Dia tak baca detail produk, pastu seller gak kena marah. Waduhh

– kalau takde benda baik nak cakap, lebih baik diam. Diam mulut dan diam jari

Maaf la kalau apa yang aku ceritakan ni tunggang langgang. Aku tengah serabut ini. Aku nak minta doa strangers semua, doakan aku boleh habiskan intern dengan jaya menghadapi conflict & doakan aku dipertemukan dengan next kerja yang aku takyah hadap konflik macam ni lagi. Aku takuttt..

– intern terkonflik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Intern awk ni mcm buat “direct selling” atau MLM je.. slalunya intern terlibat dgn polisi atau objektif jabatan or syarikat tersebut, kmdn buat ulasan atau cadangan utk penambaikan dsb., paling2 pergi site or bantu pegawai lain, tp bkn yg buat kputusan or berkaitan isu terperingkat dsb., bkn nya jual2 brg, ada target sales, bg nasihat kesihatan dan bagai2.. klau lma lg intern nya, dan awak rse x sesuai, contact dekan awk n bincang utk tukar lokasi or bidang di tempat lain, kan mse mohon tu ada 2-3 pilihan tempat (klaw x silap la), sbb ada je intern di ofis sya, disebabkn dia ada ‘konflik’ dgn bos (yg juga penyelia dia), mintak tukar utk buat intern di tempat lain, pdhal dia dah hampir ‘setengah jln’ dlm tempoh intern dia tu.. buat apa nk pening2 kpala nk jual2 brg, lainla klau amik course bisnes or marketing ke.. x tau la, cba yg terbaik.. pngalaman sya dlu terlibat dgn MLM ni, diorang mmg bnyak ‘kelentong’ je, sbb nk bg naik sales, klaw jwb mcm awak tu, mmg customer pon ‘berbelah-bgi’ klau nk bli, last2 x jadi, tambah klaw produk tu mahal giler.., org skrg lg nk jimat, klaw bhn2 tu bole cari, baik dia buat sendiri je.. good luck.. wasalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *