Assalamualaikum .hi sekalian pembaca .hi admin .memandangkan hari guru belum lama berlalu ,saya nak ceritakan tentang anak-anak murid saya di pedalaman .terasa nak berkongsi ,moga perkongsian ini jadikan kita hamba yang lebih bersyukur .
Sebelum tu ,sekolah sis atas bukit ye .bukan atas pokok .dan murid-murid sis pakai baju sekolah macam murid-murid sekolah rendah lain .hehe .
tapi sejak sis posting kat sini ,sis selalu muhasabah diri .betapa selama ni sis tak bersyukur dengan apa yg sis ada .haritu sis pergi sekolah ,sis bekal brownies dari rumah .bagi dekat budak-budak .diorang tanya apa ni cikgu ?sedap .kami takpernah makan makanan ni .then kalau saya ada balik rumah lagi lepas cuti ,saya bawak lagi makanan macam ayam kfc ,pizza .dan masih respon teruja yg sama saya terima .wah cikguu selalu saya tengok dekat tv je ,tapi harini saya dapat makan .terimakasih cikgu .siap lari-lari untuk suap dekat kawan dia yang lain supaya yang lain pun dapat rasa .masha Allah .sebak nya sis rasa .sampai satu hari tu beberapa orang budak ni berkumpul kat meja sis dan cakap “cikgu ,ni duit tabung kami .saya teringin nak makan ayam kfc macam yang cikgu bawa .nanti cikgu beli lagi ya kalau cikgu balik” .dalam hati sis ,kalau cikgu kayaaa dan kfc tu dekat ,hari hari cikgu bawak kalian makan kat sana sampai jemu ,tapi cikgu tak kayaa .
lepas tu ,ada sekali masa cuti sis sempat bercuti ke semenanjung .dan belikan mereka keychain .ingatkan mereka tak suka tapi sekali lagi mereka lemparkan sis pandangan teruja sambil cakap terimakasih cikgu .nanti cikgu pergi lagi ,cikgu beli lagi ya .dekat keychain tu adala kartun yg lekat lekat .diorang cabut benda tu .mula-mula sis nak marah kenapa cabut .terus diorang cakap ,ni saya nak bagi dekat beradik saya cikgu .kami takpernah dapat ni .masha Allah ,sekali lagi sis tersentak .kita kadang-kadang ada banyak tapi kedekut .tapi diorang ?siap berkongsi lagi .anak-anak ,kalau cikgu kaya ,semua cikgu belikan .tapi cikgu tak kaya .Allahu
kalau waktu petang ,kadang-kadang kami lepak .yelah ,mana ada hiburan lain .mulalah diorang nak tengok gambar cikgu dia .sis suka tunjuk gambar masa sis pergi berjalan-jalan .ada satu gambar sis ,di depan patung kucing .terus murid ni jerit “eh cikgu ,macam gambar depan buku latihan kitalah .wah betul betul ada tempat ni .bestnya cikgu dapat pergi .boleh tak cikgu bawak saya nanti .mak ayah saya takda duit .hujung minggu saya pergi kebun je cikgu” .Allahu .anak-anak ,kalaula cikgu kaya .mmg cikgu nak bawak awak keluar ,untuk explore tempat lain .tapi cikgu sendiri tak mampu .kenapa cikgu nak bawak awak explore ?sebab setiap kali cikgu suruh awak tulis karangan tempat menarik yang awak pernah lawati ,kebanyakan kalian cuma tulis di kebun .sebab apa ?sebab situ je kalian habiskan masa cuti dan hujung minggu .sekali sekala je ke bandar .sebab tu cikgu suka ambil gambar ,supaya cikgu boleh berkongsi dengan kalian ,sebab tu je yang cikgu mampu buat untuk kalian .
setiap kali lepas cuti sekolah .sis suka bawak benda pelik-pelik macam pasir sintetik ,doh warna-warni .sis bawak mereka main cat air ,krayon ,alat pancing ,tepung ,blok kayu ,puzzle ,jutaria dan banyak lagi sebab sis suka tengok muka teruja mereka .wah cikguu bestnya benda ni .wah cikguuu nanti bawaklah lagi .dan perkataan wah cikgu tu sentiasa meniti di bibir mereka setiap kali ada benda baru yg bagi kita biasa dilihat ,tapi untuk mereka benda tu susah didapati .kalaula cikgu kaya ,mesti cikgu beli banyak lagi ,malah yg jauh lebih baik lagi .kalian tahu tak betapa gembiranga hati cikgu tengok kalian gelak dan tersenyum bila cikgu bawakkan benda baru ?dan kalian tahu tak sebenarnya kalianlah guru cikgu yang ajar cikgu erti bersyukur .
banyak lagi yang sis nak coretkan .tapi cukuplah setakat ni .buat kalian di luar sana ,janganlah cakap kami yg di pedalaman ni jakun .bukan kami takmahu ,tapi sesungguhnya ramai antara kami yang tak mampu .dan doakan sis ,serta rakan-rakan lain di pedalaman ni diberi rezeki yang lebih banyak supaya kami dapat beri yang lebih lagi untuk murid-murid kami merasai apa yang dirasai oleh murid-murid di bandar ya .selamat hari guru !doakan paip yg pam air dari sungai disambung dgn segera sebab air tadahan makin sikit .haha
– cikgu pedalaman
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit