Kalau Dah Jodoh

Hi, Assalamualaikum readers. Sebelum aku banyak jadi silent reader, hari ni terbuka hati ku untuk berkongsi cerita berkenaan jodoh. Nama aku ika (nama sebenar), umur 28 tahun & sudah berkahwin ada cahaya mata sorang.

Cerita yang aku nak sampaikan ini berkenaan cerita aku dan suami ku. Sebelum mengenali suami ku, aku ada kenal sorang mamat ni, dia kawan kepada abangku, kami berhubung rapat selama 5 tahun, start dari aku form 4 sampai lah aku sambung diploma ke Universiti awam di Johor. Aku memang sayang giler dekat mamat ni dan dia dah banyak kali jumpa family aku, kononnya tunggu aku habis belajar, dia nak masuk meminang, aku memang happy sangat, sapa tak happy kan orang serius nak dekat kita walaupun aku sedar diri muka aku ni tahap yang biasa2 sahaja. Hahahaha. Tapi mungkin sebab ada sisi lain yang dia tertarik padaku. Cewahh.

Okay sambung cerita, nak dijadikan cerita, lagi satu sem nak habis belajar, aku dapat tahu dia ada perempuan lain. Aku tahu pun sebab aku terstalk facebook dia, selama ni aku tak tahu pun dia ada facebook, yelah kami pjj, masa tu aku tak reti guna whatsap, memang jakun giler. Berhubung guna handphone alcatel, tu pun aku dapat tebus voucher rm50 yang kerajaan bagi. Mamat tu kantoi sebab ada perempuan ni dok berbalas komen dekat dia, komen sweet2 semuanya. Aku screen shoot semua, aku tunjuk dekat dia, tapi dia tak ngaku, aku dah start nangis2.

Lepas tu dia terus senyap tak balas mesej aku, aku call tak angkat, benda berlarutan sampai 2 minggu. Last2 akak aku call dia tnya, dia berterus terang dia memang dah tak nak dekat aku tapi dia tak gentleman sebab larikan diri mcmtu.. Dia bgtau akak aku dia dah bertunang sebenarnya dah 3 bulan, tapi dia tak tahu nak bagitau aku macam mana. Aku apa lagi, meroyan lah. 5 tahun aku tunggu dia. tak makan tak mandi macam mati laki, aku menangis berkurun dalam bilik je, puas akk aku nasihat, lagi semggu nak masuk sem last. Aku kuatkan, aku nak move on kononnya.

Aku balik kolej, mulakan hidup baru tp sumpah susah nak move on, tiap2 malam aku nangis sambil dengar lagu jiwang, lagi achik spin plak tu, meleleh hingus aku. Hahaha. Sampai kawan aku pun sedih tengok kawan tak serupa orang dah, dinasihat pun tak jalan jugak. Tapi dalam masa yang sama, aku kenal sorang kakak ni, dia paling baik, tiap2 malam dia tak putus asa call aku bagi kata2 semangat. Suruh aku berubah dan sebagainya.

Malam tu aku tidur, aku tak nangis dah. Tapi pukul 3 aku terbangun sebab aku mimpikan ex aku tu. Aku bangun solat hajat, solat istikharah, aku doa sungguh dekat Allah, aku minta ampun, aku solat taubat kalau selama ni aku lagho dalam bercinta, Allah uji aku bersebab, tapi aku yang lalai. Malam tu aku nangis sampai aku tak sedar aku tertidur atas sejadah. Pagi aku tersedar, aku janji dgn diri nk mulakn diri baru, aku nak berubah, konon tak couple dah.

Beberapa bulan berlalu, aku dah boleh move on, aku kenal sorang laki ni dekat wechat, masa ni wechat famous tapi bukan mcm skrg budak2 terencat yang main ye. Aku kenal secara tak langsung masa tu aku baru pakai smart phone tahun 2014, orang lain hp semua canggih, aku baru nak main whatsap wechat.. Noob giler. Aku try look around. Si laki ni aku namakan dia A lah, si A ni usha2 aku, add aku dekat wechat, kami pun kenal2 lah.

Tapi honestly aku tak suka si A ni sebab muka dia bukan taste aku walaupun aku pun tak semenggah. Tapi tak nak kecilkan hati, aku layan juga dalam terpaksa sebab aku rasa boring, layan la kawan2 kan. Aku ingat si A ni betul2 tertarik dekat aku, dia pun sama baru break dengan awek dia. Kenal aku pun sebab boring kot. Aku layan tak layan sebab tak minat & aku memang takde kawan laki, kesian kan. Hahaha.

Ntah macam mana, tiba2 si A call aku, muka tak seberapa tapi suara dia sedap didengar, percaya ke tak aku dah mula start angau dengar suara dia, sejak dari tu tiap2 malam bergayut macam kera. Dia layan aku baik sangat, aku dah mula jatuh hati selepas pertama kali jumpa dekat luar, not bad lah. Lepas jumpa, aku jadi sayang dekat dia, tapi aku pendam, aku bgtau bff aku je, dia bagi aku harapan sbb dia jenis sweet talker. Pagi petang whtasap wish good morning, evening sampai ke night jadahnya lah. Gigih dia nk ngorat aku, aku pun perasan lah ingat dia pun beriye, sebab dengan ex aku dlu semggu sekali mesej. Hahahaha. Bila orang ambik berat pasal kau lebih sikit, mesti kita rasa macam butterfly kn.

Aku terus terang dekat dia, aku bagitau aku suka dekat dia & aku serius nak kawan rapat sebab aku xde kawan lelaki, dia cakap dia tak ready & anggap aku kawan je. Punya lah malu muka aku time tu, dah muka buruk malu lagi kena friendzone. Sebab dia layan aku helokk sangat sebelum ni, macam bagi aku harapan. Lepas aku confess dekat dia, dia terus senyap, tak balas whatsapp.

Aku sedih & mula sedar diri lah, aku fikir memang aku ni kena games dengan lelaki je. Wlpn kena reject, aku tetap gigih stalk dia dari jauh, stalk social media dia, aku tak berani nk whatsap or call wlpn aku rindu, orang dah tak sudi buat apa terhegeh2 kan, lama2 pendam aku rasa Aku kena lupakan dia jugak. Lagi smggu nk habis belajar, aku block semua pasal dia. Aku nk mulakan hidup baru kali kedua. Alhamdulillah semggu hbis blajar, terus dapat kerja kerani biasa2 dekat rumah abang aku.

Bila aku start nk move on ni, datang plak akak aku nk jodohkan. Kata aku dah kerja,dah boleh kahwin. Aku baru shari kerja kot, haha. Memandai je dia call aku cakap nak jodohkan aku dengan anak sapa aku tak tahu, aku cakap dengan dia, cukup lah kali kedua aku kena reject, aku nk fokus kerja cari duit.
Malam tu aku selepas solat isyak, aku nangis aku doa aku minta Allah berikan yang terbaik, aku hanya merancang, Allah yang menentukan. Semoga aku diberi ketetapan hati, jangan berharap lebih kepada insan, nanti terluka. Semoga hati aku tak lalai dengan cinta lagi.

Selepas 6 bulan aku lost contact dgn si A, aku unblock dia semula, sebab masa tu dah nak raya, aku terdetik hati nak minta maaf, walaupun dlm masa y sama aku rindu, bayangkan aku tahan rindu macam mana. Aku dapat rasakan dia jodoh aku la kot, sebab setiap aku solat, aku doa pasal jodoh, mesti terlintas pasal si A ni, 6 bulan aku selitkan doa utk dia, hanya doa mampu aku kirimkan. Lepas aku unblock, aku whtsapp dia, aku bagitau minta maaf bla.. blaa.. & aku cakap aku dah putus asa dengan dia, aku taknak tunggu dia lagi, aku nak tamatkan hubungan kawan kami & guest what, dia cakap dia nak masuk minang aku.

Dia cakap dia dah lama sebenarnya suka dekat aku tapi dalam masa yang sama dia tak boleh move on dengan ex dia, dia berbelah bagi sama ada nak mulakan hubungan baru dengan aku atau kembali kepada ex dia wlpn dia tahu yang ex dia tinggalkan dia. 1st love bhaii mahu tak meroyan. Pastu aku cakap dengan dia, kalau dia tak boleh nak lupakan ex dia, jangan cari aku, aku tak nak sedih terluka lagi, kot2 dia hilang lagi, aku serik dohh.

Aku cakap kalau dia serius, bawak mak ayah dia jumpa, mungkin aturan Allah tu lebih baik, Allah permudahkan urusan. aku tak pernah jumpa mak ayah dia & adik beradik dia. Tapi mak ayah dia terus datang merisik plus meminang aku, betul2 dengan aku tak bersedia, tapi nasib baik masa majlis tu time raya haji, sempat lah buat makan2. Jodoh tak pernah salah alamat, kadang kita dah berputus asa, & tak kisah pasal jodoh. Kalau dah jodoh kita akan bersama juga.

Sekarang kami dah kahwin baru masuk tahun ke 3. Masih panjang perjalanan ini. Ini sahaja lah confession aku, sorry kalau tak best, hanya nak kongsi luahan hati. Terima kasih readers sudi luangkan masa.

– Ika

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *