Assalamualaikum dan hai pembaca IIUM Confession semua. Nama aku Scha. Umur menginjak 30 series tahun depan. Tujuan aku tulis dekat sini, sekadar nak share kisah yang membuatkan aku impress dengan ketentuan jodoh yang Allah tetapkan. How my crush be my soulmate.
11 tahun dulu, aku adalah seorang student design di sebuah IPTA. Ya, student yang ke hulu ke hilir angkut beg drawing sebesar alam tuh.
Kemana-mana mesti bawak T-square, beg colour, drawing board. How I missed student life. Huaaaaa..
Aku bukanlah dalam katogeri perempuan yang cantik, tapi jatuh dalam golongan yang sedap mata memandang.
Sepanjang 2 tahun pengajian, aku memang takde pakwe, bukan sebab aku tak laku yeee. Tapi sebab course aku ni memang life hanya di studio. Hahaha tak sempat nak pikir untuk berpakwe makwe.
Agaknya kalau time tu aku ada pakwe, memang makan hati ulam jantung lah dia sebab aku memang sejenis fokus dengan assigntment aku as aku student dekan every sem. Pemakaian aku ni just biasa-biasa. Bertudung, and pakai saja jenis-jenis jeans tu, cardigan tapi mostly tutup aurat la.
Kadang-kadang ada jugak pakai baju kurung pergi kelas. Nak dijadikan cerita, pertengahan tahun kedua aku di IPTA, aku kena sexual harassment dengan classmate aku sendiri. Tak sure lah apa yang ada dalam kepala otak dia, padahal takde pulak aku pakai pakaian yang terdedah sana-sini.
So I decide untuk berhijrah, dari bertudung biasa, aku bertudung labuh. Kalau luar dari IPTA, aku berpurdah atau berniqab sebab dalam kampus tak dibenarkan pelajar untuk berpurdah.
Alhamdulillah, rasa sangat selamat walaupun ke mana-mana aku sorang saja dan budak tu pon dah tak berani nak kacau aku dah. Even until now, aku tak pernah lupa apa yang dia buat dekat aku, but thanks sebab pasal perkara ni, aku berubah.
So, tinggal lagi berbaki setahun aku nak habiskan diploma aku. I’m so glad that I’m being a better person here.
Actually, dekat dalam kampus ni, ada kemudahan bas untuk student balik kampung. Ada senior student yang oranganisekan so that budak-budak dah tak payah susah-susah beli tiket bas dekat luar.
Tapi on that year, senior yang aku selalu beli tiket bas tu, ada masalah ape entah, so dia dah tak handle bas untuk balik kampung.
Honestly, sepanjang aku kat IPTA, aku tak pernah sekali tau balik naik bas kat luar kampus. Pening jugak la kepala piker macam mana nak balik kampung nanti.
Long story short, senior aku ni bagi no kawan dia yang ada handle bas balik ke utara. Fiuhhh.
Hilang satu masalah. So here is where everything started. Aku ingat lagi, time tu aku part 3. Aku beratur nak beli tiket bas dekat dewan makan. Panjang gilaa line. Tetiba mata aku tertumpu dekat sorang mamat nih. MasyaAllah, comel betul senyuman dia.
Dia senyum tu nampak macho gila sebab dia macam ada gigi dukung tau. Tak tinggi sangat, kurus, kulit tak cerah tak gelap, berjambang and mata dia coklat guysssss. Aipp.. Ukti, jaga pandangan ukhti..
Pufffffhh lamunanku terhenti. Tapi, terus dalam hati aku terdetik ‘Ya Allah, jadikan dia jodoh aku’. Aku tak tau mana datanglah keyakinan aku time tu, kenal pon tak, nama sape, perangai macam mana, tapi balik dari beli tiket kat situ, setiap sujud aku, dia ada dalam doa aku.
Aku tak tau nama, so aku sebut ‘Ya Allah, jadikanlah lelaki yang senyuman comel tadi, berjambang, mata coklat yang aku tengok tadi, jodoh aku. Kau jentiklah hati dia, untuk rasa kehadiran aku, Aamin’. Start dari situ, hari-hariku berbunga. ahahahah padahal, aku yang crushkan dia.
korang tau kan, perempuan hebat dalam stalk menyetalk ni. Aku start cari tau info pasal dia. Kos apa, part berapa, nama apa. Haihh, aku ada masa setahun saja nak cari tau pasal dia.Kenapalah baru sekarang nak jumpa. ahahahahah.
So, hari aku nak balik kampung pon tiba. Aku mesej dengan kawan senior aku tu, Tanya detail bas mana aku nak naik. Dia tak reply. So aku ke tempat urusetia, aku tanya nk jumpa dengan orang no yang aku mesej tu. Aku cakap aku beli tiket bas dari team dia. Guess what guys ??
Orang yang aku mesej selama ni pasal tiket bas tu tu adalah budak laki yang dalam doa aku tu wehhh. Patutlah masa malam aku beratur beli tiket tu, dia ada kat table jual tu sekali.
Aku memang tak expect orang yang aku wasap tu dia sebab masa aku beratur tu, aku memang tuju dekat kaunter kakak yang jual sebab mati-mati aku ingat kawan senior aku tu pompuan sebab bila aku panggil dia kakak, dia iyekan aje. Berdebarnya rasa jumpa dari jarak dekat.
Nampak kehandseman dia terserlah dengan sinar matahari yang tertumpu dekat dia.
Keadaan masa tu, dia agak busy, sebab ramai betul student yang beli tiket dengan team dia. So aku pon beranikan diri bertanya ‘Bang, bas balik ke Alor Setar yang mana ya ?’.
Dia tak jawab. Maybe dia tak dengar kot sebab kat situ bising, dengan bunyi enjin basnya. Bunyi beg sorong budak-budak seret lagi.
So, aku tanya lagi sekali, ‘Bang, bas balik ke Alor Setar yang mana ya ?’. Sekali, dengar dia panggil kawan dia ‘Weh Abu, kau tolong tengok jap bas mana budak ni naik, serabut betul aku tanya banyak kali nih’. Uimokkkk. Terus turn off aku. CANCEL!!
Aku dah selamat pulang ke kampung bersama hati yang terluka. Berkecamuk weh kalau gitulah bahasanya. Cuti aku berbaki lagi beberapa hari saja lagi. Jadi aku mesej ‘dia’ tanyakan detail bas aku nak naik untuk balik ke kampus. Tinggal lagi 2 hari nak balik baru dia balas weh.
Masa hari kejadian, aku dah naik bas. tapi aku pelik kenapa bas tak jalan. Lama betul tunggu. Tetibe ‘dia’ call aku. Seriouslah? Aku dah tak excited dah, sebab masih merajuk kes haritu. hahahahah lawak kan, merajuk sengsorang padahal dia tak tau pon. kah kah kah.
So aku angkat. Kemain lembut weh suara, berbeza dengan haritu. Rupanya nak minta aku tolong tengokkan bas yang aku naik tu, make sure semua penumpang naik, dan baru bas jalan.
Cehh, patut lembut pon suara, ada makna. Dasar lelaki!! So aku pon tolong, gila tak tolong, CRUSH tuh. Merajuk-merajuk jugak, effort mesti mau ada. Haha.
Alhamdulillah, kami semua selamat sampai ke kampus pukul 8 malam. Ada 2 orang yang datang bayar tiket bas dekat aku. Aik, dah official jadi conductor bas ke aku nih? Aku pon mesej dia
‘Ada student yang bayar duit tiket dekat saya ni, total semua RM 66. Macam mana nak pass ni bang??’.
Macam biasa, tak berbalas. Aku pulak jenis tak suka nak pegang duit orang lelama, kang hilang, tak masal aku nak kena ganti. Esok tu dia balas
‘Tak pa, tak perlu bagi, anggap ja itu gaji awak tolong saya haritu, Terima Kasih’.
Dalam tak sedar, rupanya Allah dah kabulkan permintaan doa aku untuk dia sedar akan kehadiran aku. Aku teruskan pengajian macam biasa menyangkakan semuanya terhenti di situ. Selepas sebulan, ada call masuk. Nama dia tertera di skrin telefon aku [Akak Bas].
Aku confuse jap, nak jawab ke tak. Ada lagi ke yang tak settle kes bas haritu. Dia nak apa lagi ? Aku pon berdehem nak clearkan kerongkong.
‘Hello, ya’.
‘Hello, dik, ni abang nih. Buat ape tuh?’.
Aku macam, dia ni gaya cam dah lama pulak kenal aku siap tanya tengah buat ape bagai.
‘Straight to the point jelah, nak mintak tolong pape ke?.
Dia gelak. adoi, comelnya. Wake up Scha, jangan cair.
‘Erm adik tak rasa ke, Allah dah takdirkan adik untuk abang?’.
Perghhh soalan dia. mau nak luruh jantung aku. Aku macam teragak-agak nak jawab. Dia yang sedar aku macam awkward dengan soalan dia tu, terus explain
‘Maksud abang, Allah dah rancang dah semua ni. Allah dah takdirkan dah adik untuk keje dengan abang. Nak tak keje ngan abang, tolong jual tiket bas ? gaji masyuk tau.’
Cehhhhh.. buat orang cuak jelah mamat nih. dah la aku crushkan dia, boleh pulak tanya soalan macam tu.
‘Maaflah bang, saya ni budak studio base, memang takde masa nk buat part-time camni. Banyak assigntment nak kena settlekan. Abang cari orang lain jela bang’.
‘Tapi, abang nak adik yang keje ngan abang. Haritu walaupon last minit tolong, semua smooth saja. Abang saja tak bagitau ada budak yang akan bayar duit tiket dekat adik, sebab nak tengok sejauh mana kejujuran adik.
Tapi bila sampai kampus, malam tu terus adik mesej abang tanya pasal duit tu, so abang memang konfiden, adik lah orangnya’.
Actually aku kat situ dah cair tahap tak dapat dibekukan lagi dah. hahahahha.
‘Tengoklah bang, biar saya fikirkan dulu, tapi saya tak cakap setuju ye’.
Hujung-hujung tu dia slamber pulak cakap.
‘Okay dik, tak payah fikir lelame sangat lah dik, abang tau adik akan setuju’.
Bengkek pulak aku dengan confident level mamat nih. Mana dia beli entah.
Perbualan terhenti di situ.
Puas aku fikir sorang-sorang. Setelah menitik beratkan study aku, dan dia. hmm aku berbelah bagi. Once aku said yes, aku dah ada tanggungjawab yang aku perlu peruntukkan untuk dia. Kawan-kawan aku yang tau story aku minat kat mamat tu ape lagi, memang, masuk jarum lah.
‘Scha, Kau tak rasa ke semua ni Allah dah plan ? Cuba kau piker, dalam banyak- banyak student yang beli tiket dengan dia, kenapa dia contact kau ?’
Hmm. Ada betulnya jugak. Ahh, bukannye tau pon kot dia ade saja call orang lain, tapi yang lain taknak. aku ni saja konon- konon baik nak tolong.
‘Habis, kau nak tolak ke tawaran ni ? Scha, try la ambil peluang ni untuk kenal-kenal dia. Kau cakap nak kawen kan dengan dia, so atleast cari la info pasal dia, takde lah kau buta-buta saja nak accept dia jadi suami’
One of kawan aku ni kalau bab nak sekolahkan aku, memang dia terror. So, aku tewas. Aku setuju nak keje dengan dia. Esok tu aku mesej dia.
‘Bang, saya dah fikir, saya setuju keje dengan abang’
‘Ha, kan abang dah kata, adik mesti setuju punyaa. So esok, jumpa dekat dewan XXX ya, pukul 8 malam, abang akan kenalkan dengan team kita, anyway thanks sebab sudi keje dengan abang’
Aku dalam hati, keje demi rumahtangga kita pon saya sanggup bang. cia cia cia. Esok tu, pukul 8 aku sampai kat dewan dengan bag drawing aku, T-square bagai as aku baru balik dari studio. Malunya nak jumpa dalam keadaan aku begini. dah serupa makcik siam jual barang dah.
Masa tu diorang memang tengah bincg ape entah, so aku datang dekat diorang.
‘Assalamualaikum.’
‘Waalaikumsalam, ha sampai pun. Ingat tak datang tadi. Uish, banyaknya barang, dari studio ke ?’
‘Aah, dari studio. Maaf kalau lambat’
Aiceh aku pon kengkonon lah jadi gadis melayu terakhir dengan baju kurungnya, pakai pulak kasut sneakers tuh. Betapa tebalnya muka aku. nasib dia tak tau aku minat dia. kalau tak mesti dia gelakkan aku sebab tergolong dalam golongan TSD (Tak Sedar Diri).
So aku diperkenalkan dengan team. Semua ada 4 orang termasuk aku. 2 lelaki, 2 perempuan. So, kawan aku lagi sorang tu, let me name her
Ayu, sebab dia memang ayu. Cantik, rendah-rendah saja orangnya. Suara serak-serak basah, kalau aku jadi lelaki pon, aku jatuh hati kat Si Ayu nih. Ayu dengan mamat ni nampak rapat.
Macam dah selesa sangat keje bersama. hmm Lagi lah confident level aku jatuh merudum tahap kalau saham ni, memang dah rugi habis dah aku. So after malam tu, dah official lah yang mamat ni jadi boss aku. Aku namakan dia Abang Boss.
Bermulalah keje aku as part timer jual tiket bas. Korang bayangkan, aku sampai tengah jual tiket pon sambil-sambil settlekan drawing aku.
Abang Boss puji aku dia cakap aku ni bagus, as long tak ketepikan pelajaran, dia tak kesah kalau aku bawak assignment aku masa tengah keje. Aku sanggup edar flyers sampai pukul 1 2 pagi sebab nk impresskan Abang Boss.
Kawan- kawan aku dah menyirap dah dengan aku, yela sampai tak sempat rehat semata nk settlekan keje dia. As expected, Abang Boss memang puji keje aku.
Aku cepat buat keje. hahaahahh makin berbunga lah aku nih. Aku dengan Ayu pon makin lama makin rapat. Bahagi tugas, blok mana yang masing-masing kena edar flyers. So keje memang smooth saja.
So untuk semester tu, everything going well. Memang masyuk gak gaji dia, sekali saja handle, aku dapat RM1K weh. Bagi student macam aku ni, memang rasa banyak gila. boleh la buat-buat topup untuk beli barang kos aku yang sememangnya pakai duit yang banyak.
Jadi untuk sem tu, Ayu pon selalu lepak dekat bilik aku, gossip-gosip cinta. hahahah tanya aku dah ade pakwe ke belom.
So aku pon story lah yang aku ada crush dekat someone nih. Dia pon bagilah idea-idea cane nak tackle lah sume. Pastu ada satu hari tu, dia datang bagitau, dia ada minat dekat sorang ni jugak.
Tapi dia kata laki tu mula-mula macam beria ,lama-lama macam dah slow down. Aku pon ape lagi, haritu dia dah nasihatkan aku, aku pon cuba la bantu padahal tak pakar sangat. Ayu cerita yang dia keluar dengan laki tu, pergi makan lah sume.
Diorang memang mcm suka sama suka tapi tak declare, ha camtu lah lebih kurang. Next tu, dia datang bagitau, laki tu macam dah jarang nak mesej dia, ajak keluar pon taknak asyik mengelak. Aku pon taktau cemana nk bantu, sebab tengok dia macam sedih saja pulak.
Even that time, aku pon ada nak story pasal crush aku, tapi memandangkan dia tengah sedih, aku respect dia. So aku pendam saja cerita aku and most of the time, aku just dengar saja cerita dia. Sebab Ayu dah nak habis sem, so nanti dah tak jumpa.
dia baik sangat, so just nak create memory yang ada sebelum habis sem. Ada satu hari tu, Ayu ajak aku pergi MCD, dia kata ada benda nak story. So aku kata tunggu aku habis class.
Petang tu, Ayu datang pickup aku naik kereta Kancil dia. So masa kat MCD, dia cerita la latest ni dia ada keluar dengan laki tu.
Pastu ada terjumpa laki tu dekat majlis kahwin, rupanya Ayu baru tau yang Ayu dengan laki tu sebenarnya sepupu jauh. What a small world kan. So aku pon cakap la lagi lah senang lepas ni nak jumpa, sebab sedara. Pastu, Ayu tanya.
‘Scha nak tau tak sape laki tu ?’
Giler taknak tau, kot-kot la kenal. hahahah boleh la usha-usha yang mana satu yang buat Si Ayu ni angau hari-hari.
‘Nak, mesti la nak tau, Sape Ayu ?’
‘Abang Boss’
Aku time tu, macam tersentap tau dengar nama tu. Serious la previously semua yang kami both dok share story tu sebenarnya orang yang sama??
Senyuman excited aku makin kelat. Nasib lah time tu Ayu takde nak suruh kitorang sebut sama-sama nama crush memasing, kalau tak lagi awkward.
So aku mcm slowdown dah tak share pasal crush aku. Hmm Aku sayang Ayu, taknak persahabatan ni rosak hanya sebab seorang lelaki. So aku decide untuk lupakan saja semua doa-doa aku. Diorang lebih secocok berbanding aku.
Abang Boss ni boleh dikira HOT jugak la dekat kampus. Time aku edar-edar flyers, ada saja aku dengar-dengar bebudak pompuan dok gossip pasal dia.
‘Eh, abang ni hensem dohhh. sapelah yang bertuah jadi GF dia. Dia kawan dengan abang aku, memang ramai gila pompuan suka dia. Kalau aku pon memang nak diaaa’ sambil gelak-gelak.
Pedih saja telinga aku dengar. Nak saja aku ambik balik flyers tu. Tak payah naik bas kitorang. haish.
Semester depan, aku praktikal. So aku harap sangat yang praktikal ni membantu aku untuk lupakan Abang Boss. Masa aku praktikal, ada sorang laki nih, dia add aku kat FB, Aku namakan Fateh.
Bila tengok mutual friend, dia friend dengan Abang Boss. stalk punya stalk, diorang satu kelas plus satu rumah sewa. So aku pon accept lah.
Aku beranikan diri, tanya Fateh.
‘Awak kenal Abang Boss ke?’
‘Ouhh, Kenal sangat. Kawan satu kos, satu rumah sewa, sekatil saja tak pernah lagi’
Uish, berani dia bergurau macam tu dengan aku. Most of conversation semua pasal Abang Boss, sampai Fateh tanya aku suka Abang Boss ke? So aku awal-awal deny benda tu. Aku cakap lah yang aku pernah bekerja dengan dia handle bas balik kampung.
Lama-lama kami makin rapat, Fateh tak buang masa, dia terus cakap yang dia nak jumpa family aku. Actually kami tak pernah jumpa pon, just tengok gambar saja pernah. Macam aku ni, Fateh pernah tengok gambar aku pon masa dia datang jumpa family aku kat kampung.
Giler jugak dia nih, datang dari Terengganu kot. So aku Nampak effort dia nak halalkan aku. Dalam Islam, if ada lelaki yang datang jumpa family, and berterus terang niat nak memperisterikan kita, dah dikira bertunang.
So, aku pon update lah status wasap aku ‘ Unofficially engaged’. Tetibe Abang Boss wasap setelah sekian lama aku cuba menjauhkan diri lepas insiden dengan Ayu haritu.
‘Eh, Scha dah bertunang ke ? dengan sape ? tak tau pon’
‘Ouh, tak officially lagi pon, tapi dah ada orang yang datang jumpa family kat kampung’
‘Lah yeke… ‘
Abang boss macam dia cuba sorokkan something. Aku macam dapat rasa yang dia tetiba cam sedih. tapi dia pura-pura tanya macam-macam pasal lelaki yang nk jadi tunang aku tu.
So aku pon story lah yang dia kenal laki tuh. Tapi sejak aku kenal Fateh, memang aku dah tak contact Abang Boss sangat dah. Kalau contact pon just pasal keje saja, sebab dia tengah pujuk aku untuk keje balik dengan dia after aku masuk sem last ni. Katanya aku nanti dah last sem,
So atleast biar lah dia ada memory indah dengan aku. Ehhh Tibberrrr …
Fateh cam tak stuju aku keje balik, sebab dia macam dapat rasa yang aku ada hati dekat Abang Boss. Tapi aku kata bila dia dah datang jumpa family aku kat kampung, aku serious dengan dia sorang saja. So Fateh respect keputusan aku.
Masa sem last aku tolong Abang Boss, aku banyak mengelak. So Abang Boss macam try hard jugak nak attention dari aku, sebab dia rasa aku banyak ngelak dari dia. Yela dari satu sudut, aku taknak lukakan perasaan Ayu. Diorang memang ada feeling each other kan.
Abang Boss kejap-kejap asik cakap.
‘Ye lahh, orang tu dah ada yang punya’
Dia keep ulang benda yang sama saja. Sampai aku pon jadi cam tak selesa.
Kalini kami contact memang betul-betul soal kerja saja. Katanya aku macam berubah. Dah tak macam dulu. Asyik membantah saja ape yang dia cakap. Memang pon, aku banyak memberontak sebab dia sejenis yang memaksa. hahahahah.
Ada satu hari, bateri phone aku mati, aku taktau dia nk jumpa sebab ada urgent jualan tiket. Time tu pulak aku tertido. Memang tak perasan lah phone mati. Pastu lepas aku sedar, memang banyak giler miscalled dari Abang Boss. Hahahaha. Tak kurang jugak wasap dari dia.
Dia tuduh aku macam-macam. Dia ni pulak memang style cakap lepas saja. Takde nk piker perasaan orang dah kalau time marah.
‘Kalau kau dah taknak keje, bagitau, tak payah nk tunjuk besar kepala nak off phone bagai, Aku boleh cari orang lain’
Aku macam sentap. Aku balas.
‘Next time kalau ada apa-apa, bagitau awal. Saya bukannya nak kesahkan tiket ni saja, banyak lagi benda nak buat. Bateri phone mati, pastu tertido. itu pon tak boleh nak piker positive ke? Tau nak tuduh orang saja, sebab tu ramai yang tak tahan keje dengan boss, saya ni saja yang tahan’
Terus aku siap-siap pergi jumpa team. Tapi memang aku sepatah pon tak cakap dengan dia. Sakit betul hati. Dia macam perasan yang dia salah sebab marah aku. Tapi aku buat derk jee. Biar tau rasa ini orang.
Hubungan aku dengan Fateh macam biasa, ada jugak discuss pasal kawen smua, Cuma aku kata buat masa sekarang nak fokus untuk final sem dulu. Dalam seminggu aku nak final exam, something happen antara aku dengan Fateh. Dia marah-marah, tuduh aku curang dengan
Abang Boss. Dia dulu pernah kena tinggal dengan ex dia, so dia memang paranoid sangat.
Dia memang hambur macam-macam dekat aku. Aku pujuk, Aku cakap takde ape-ape yang jadi antara aku dengan Abang Boss. Dia dah ada Ayu. Lagipon time tu memang tengah crisis dengan Abang Boss. Tapi dia taknak dengar. Dia nak break. Dia kata aku pompuan murah.
Nampak saja bertudung labuh, tapi murah. Hmm, aku tak boleh accept kata-kata dia. Sebab aku tak salah. Aku dah explain, dia taknak dengar. So aku kata, jangan buat keputusan time marah, sebab once kita break, aku taknak dia datang balik dekat aku.
Dia kata dia takkan datang balik untuk perempuan murah macam aku. Aku terganggu betul time tu, sebab serabut nak exam, pastu ni dah serabut dengan personal thing pulak. Petang tu aku nangis call mak aku, aku cakap aku dengan Fateh dah takde ape-ape.
And guess, like yang aku kata, Fateh datang pujuk aku balik. dia kata dia salah. Tapi time tu aku memang dengan keputusan aku.
Aku takkan terima dia balik as dia dah hina aku. Lagipon aku dah bagitau parents aku dah pasal nih. taknak nanti diorang fikir aku main-main pulak tetiba nak sambung.
Exam aku going well, Cuma aku rasa sem ni aku tak dekan. Entah lah, down juga sebab aku memang target ANC, tapi aku rasa aku tak dapat pakai selendang tu. hmm.
Seminggu aku diam. tenangkan diri aku. Aku update status whatsapp aku.
‘Kawen pon dah tak jadi, but life must go on’
Tetiba Abang Boss wasap.
‘Kenapa tak jadi kawen?’
Aku jadi geram pon ada dengan dia nih. Semua sebab dia kitorang gaduh. Takkan aku nak balas semua sebab dia. kang makin panjang polis pencen ni tanya aku soalan.
‘Takde ape lah, takdir’
Pastu tetiba Abang Boss typing lama gila.
‘Nak tak Scha kawen dengan saya? sebenarnya, Saya dah lama sukakan Scha, tapi takut nak bagitau. Yelah Scha dah la jenis-jenis Ustazah mana nak layan cintan cintun nih. Kang confess, kena reject, mana nak letak muka.
Masa Scha update status cakap dah tunang tu, Tuhan saja tau sedihnye saya. Saya lambat selangkah dari laki tu.
Masa Scha praktikal, saya berharap sangat yang Scha akan datang balik pada saya. Saya rasa kehilangan. Ni Scha dah sem last, lagi la banyak yang saya fikir. Saya takut saya hilang the best worker yang saya ada. Saya suka sebab Scha saja lain dari yang lain.
Pompuan-pompuan yang saya kenal mostly semua nak duit saya saja. Semua nak ambil kesempatan. Tapi Scha lain, keje dengan saya pon tak tanya berapa gaji saya akan bayar. Dapat gaji pon tak pernah personal pasal gaji. Saya selesa keje dengan Scha.
Saya takleh terima yang Scha dah last sem dah. Saya memang takkan dapat pengganti Scha kalau saya tak confess harinih. And lagi satu, saya suka sebab impian saya nak kawen dengan perempuan yang pakai purdah’
Aku time tuh..
Abang boss ni dah mental aku rasa. aku memang tak tau nak reply ape weh. Dah la aku berbulu dengan dia tak habis lagi, pastu send confession panjang lebar pulak.
‘Boss, are you okay ?’
‘Saya tak okay selagi tak dapat jawapan dari Scha. So please, tolong bagitau ape keputusannya. kalau kita berpisah Scha dah last sem pon, atleast saya tau yang kita berpisah sekejap saja sebab kita akan kawen’
Ape ke gile dia ni merepek nih. makin kelaut dalam dah mamat ni melalut. Aku ni dah la fragile. Ingat tak nervous ke crush kita suka kita balik. At the whole time sebenarnya aku tak bertepuk sebelah tangan. Aku memang tak habis piker percaturan Allah tu Maha hebat.
Dia hensem weh. ada rupa. menjadi kegilaan ramai pompuan,ada duit ,kenapa dia nak aku ? Ramai lagi kot yang lagi cantik dari aku dia boleh dapat. Haish.
‘Boss, Please tenangkan diri. Jangan buat saya risau’
‘Saya masih menunggu’
‘Boss, benda-benda camni bukan boleh bagi keputusan cepat, atlease bagi la saya masa untuk buat istikharah dulu ‘
‘Okayyyy.. but like I said before, tak payah piker lama-lama, sebab saya tau yang Scha akan setujuuuuu’
Panehhhh saja aku dia bagi ayat yang sama macam awal-awal dulu. Macam menganjing pon ada.
‘Boss, ni kira boss melamar saya ke ni boss?’
‘Yelahhh, kang melepas lagi, Saya serious nih’
‘Tapi sebelum tu, saya nak tanya. Ayu macam mana?’
‘Saya admit, mula-mula saya macam suka dengan Ayu. Kami berkawan, tapi lepas jumpa Scha, saya rasa saya memang nak Scha, bukan dia.
And lepas saya tau yang kami ni sedara, lagi lah menguatkan saya memang bukan untuk dia’
Perasaan aku time tu, tak sama macam aku first Nampak dia. Aku rasa berbelah bagi. tak pasti kenapa. Mungkin dengan semua benda yang jadi, aku rasa aku tak seyakin dulu.
Esok tu, aku buat istikharah. Almost seminggu jugak la aku buat istikharah. Mula-mula aku tak dapat ape- ape petunjuk.
Sampailah satu hari, aku balik kampung. tengah-tengah mengemas bilik, aku terjumpa diari aku. Dah lama aku cari diari aku tu. haritu baru jumpa.
Dan sekali lagi aku macam tak bleh brain, doa yang aku minta dalam istikharah aku tu, aku pernah tulis dalam diari aku beserta gambar Abang Boss setahun setengah yang lalu. Diari aku dah setahun hilang, tapi kenapa aku jumpa balik after aku buat istikharah.
Actually aku dah lupa yang aku ada tulis doa dekat diari aku. So bila jumpa balik diari tu, saja buka nak baca balik, and aku macam terkejut.
Ni ke petunjuk istikharah aku.. Hebat betul Allah.
And……
Kami sah bergelar suami isteri pada tahun 2016. 2 tahun lepas aku grad. Walaupon aku grad tanpa selendang, tapi Allah makbulkan doa aku untuk dijodohkan dengan Abang Boss.
Kami dikurniakan seorang puteri yang copy muka abang boss 100% setahun selepas kami kawen. Sekarang perkahwinan kami dah masuk 6 tahun hujung bulan 1 haritu walaupon kad anniversary pon Abang Boss recycle guna kad yang aku bagi hahahhaa.
Dasar takde effort!!
Anak kami dah masuk 5 tahun, dia tak habis-habis cerita yang aku ni mengorat dia dulu.
Selalu dia cerita yang Ummi ni kebanggaan Abi.
Until now, I never stop crush him. He always be my boss my hero.
Hope our love will last longer till Jannah.
Love always,
Your wife.
– Scha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit